View: 6594|Reply: 52
|
[Tempatan]
{6} Pendaftaran plet kenderaan tanpa sempadan mulai 1 Mei 2014 !
[Copy link]
|
|
17 April 2014
Melaka: Kerajaan dijangka melaksanakan sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, melalui sistem itu pembeli kenderaan boleh mendaftarkan nombor pendaftaran negeri yang dikehendaki di mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara.
Katanya, sebagai contoh, pembeli kenderaan di Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor boleh memohon di pejabat JPJ Melaka tanpa sebarang bayaran.
“Pembeli kenderaan boleh memohon nombor pendaftaran kenderaan itu di mana-mana negeri dan kemudian mendaftarkannya di tempat pembeli.
“Sistem ini bagi menampung permintaan pelanggan yang meminati nombor pendaftaran tertentu.
Bagi memudahkan mereka, kerajaan melaksanakan sistem ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 di Akademi Pengangkutan Jalan di sini, semalam.
Seramai 249 pelatih mengikuti kursus berkenaan selama tiga bulan bermula 13 Januari lalu.
Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.
Abdul Aziz berkata, sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan berkenaan akan dibuat menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP yang kini semakin berfungsi dengan baik.
“Selepas sistem pengkomputeran mySIKAP berjalan lancar, kita boleh serapkan sistem pendaftaran tanpa sempadan kerana dijangkakan tidak banyak proses pendaftaran tanpa sempadan ini kerana masih ramai yang mendaftar mengikut negeri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kaedah pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu sudah dimulakan pada 1 April lalu manakala bagi syarikat akan bermula 1 Jun ini bertujuan menangani isu pemalsuan dokumen.
“Ia terutamanya membabitkan transaksi tukar hak milik kenderaan tanpa persetujuan dan di luar pengetahuan pemilik asal selain menyelesaikan masalah berhubung pemilik baru yang enggan membuat proses pertukaran milik dan menggunakan kenderaan di atas nama pemilik asal,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pemandu bas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, Sabtu lalu yang disahkan positif dadah, beliau berkata, syarikat bas perlu memantau rapi pemandu di bawah mereka.
“Ini kerana 80 peratus daripada kemalangan maut membabitkan kecuaian manusia atau pemandu.
Justeru, dalam konteks ini, syarikat bas perlu bertanggungjawab.
“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) disaran mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang mengabaikan pengurusan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.-myMetro
p/s aku nak amik no langkawi la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelom nie x boleh ke...nape kawan aku boleh je beli plat KL walaupon dok penang |
|
|
|
|
|
|
|
runner number plat nj cri mkn cm nelol |
|
|
|
|
|
|
|
card_reader posted on 17-4-2014 07:03 AM
Sebelom nie x boleh ke...nape kawan aku boleh je beli plat KL walaupon dok penang
kereta Penang plet KL tapi urusan di JPJ KL kan...
yg nie mgkn urusan di mana-mana ibupjbt JPJ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sure ramai fefeeling nak jadi org KL... hahahahahahahahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk baru je bayar runner utk no plate W ____ W RM 400. tunggu sikit lg pun takpa, leh ambik no plate perlis |
|
|
|
|
|
|
|
makn sendulah plet R dan D |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa xbest gler!! Ntah pape.. 1 sb kesian runner xde job da.. Pastu dah tntu2 semua nk pkai no kl.. No negeri lain sape yg nk wei?? Mcm ni buat je semua W |
|
|
|
|
|
|
|
yey, takyah susah2 lagi pasni, jimat duit bg runner. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa faedah dari perlaksanaan sistem tanpa sempadan ni... Makin cepat la nombor wilayah berjalan... |
|
|
|
|
|
|
|
kurang satu punca rezeki runner...
Runner byk kabel org dlm lebat hasil...
sekali hulur sebeban kat kaunter...
" nanti amiknye kak..." |
|
|
|
|
|
|
|
laku lah plet KL lepas ni
hari tu g Kedah pun org tanya
ni no plet baru ke?
cantiklah ... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa berebut nak pakai no.KL?nombor KL running laju dan kereta baru nampak dah lama sbb plat lama..pakai la plet perlis...berbulan nak naik satu abjad tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelukis.plan posted on 17-4-2014 07:56 AM
hilang dah job runner number plet
org perlis pun bnyk pkai plat kedah.huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Pas nie nak beli kereta kat labuan pakai plat J, dh 5tahjn bwa balik semanjung org xthu tu kereta labuan |
|
|
|
|
|
|
|
ah..kenapa baru nak buat sekarang?
|
|
|
|
|
|
|
|
baby_pingu posted on 17-4-2014 09:40 AM
ah..kenapa baru nak buat sekarang?
abis...bila lagi?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|