CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5288|Reply: 38

[Dunia] Dubai bina ‘Bandaraya Aladdin'

[Copy link]
Post time 12-4-2014 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Dubai akan membina ‘Bandar raya Aladdin,’ projek yang diilhamkan daripada cerita Aladdin dan Sindbad.
Majlis Perbandaran Dubai dalam kenyataannya semalam berkata, projek itu mengandungi tiga menara, terdiri daripada ruang komersial dan hotel.


Jarak antara setiap menara ialah 450 meter dan ia akan dibina di Sungai Dubai.

Ia selaras dengan wawasan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
PEMANDANGAN menara bandar raya Aladdin yang dilakar artis.



Ketua Pengarah Majlis Perbandaran Dubai, Hussain Nasser Lootah, dalam kenyataan itu berkata: “Bandar Aladdin akan terletak di antara pelabuhan kapal komersial di Sungai Dubai di Al Regga hingga ke Dubai lama dan mengandungi tiga menara.

“Ia bertujuan membangunkan menara untuk dijadikan ikon legenda lampau dengan sentuhan bercirikan keindahan tarikan pelancong bandar itu. Ia tidak akan mengganggu kegiatan di pelabuhan berkenaan.”

Menurut Hussein, pembangunan projek seumpama itu akan memberi kesan kepada budaya dan sejarah global terhadap kawasan terbabit serta menjadi sumber kebanggaan generasi akan datang di samping menyumbang kemajuan kepada UAE.

Ia juga diramal akan membantu meningkatkan ekonomi Dubai dalam jangka panjang, khususnya menjelang Expo 2020.

Projek berkenaan akan mempunyai jambatan berhawa dingin dengan lantai bergerak bagi menghubungkan menara itu dengan jalan masuk serta keluar dan tempat letak kereta.

Menara itu pula akan menawarkan pemandangan ke arah sungai, bandar lama Dubai serta pembinaan moden, termasuk Burj Khalifa.

Bercakap mengenai reka bentuknya, Hussain berkata: “Seni bina serta kandungan projek berkenaan mengambil kira hubungan sejarah dan warisan kapal layar di sungai itu, menandakan perdagangan mengguna kapal sudah wujud sejak abad ke-11 yang belayar ke pantai Afrika Timur, India dan China. Ia juga akan mengandungi mitos mengenai pelayar terkenal, Sindbad dan Aladdin.”

“Kerana itu, kandungan simbolik reka bentuk projek bangunannya diilhamkan daripada cerita dan warisan lampau, termasuk cerita mengenai bangunan dan istana yang mempunyai kubah berbentuk agak ganjil, tergantung di udara.

Bentuk jambatan yang akan menghubungkan bangunan itu mewakili kehidupan marin eksotik, seperti naga dan ular.

Tiga menara itu akan mempunyai kawasan binaan seluas 110,000 meter persegi dengan menara paling tinggi mempunyai 34 tingkat.

Dua menara lain pula akan mempunyai 26 dan 25 tingkat sementara 900 ruang letak kereta akan disediakan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai kos projek berkenaan.

Bandar raya Aladdin itu adalah projek terbaru Dubai yang bertemakan pelancongan. Sebelum ini, majlis mengumumkan rancangan membina projek seumpama itu, termasuk Taman Safari Dubai, Taman Buaya dan Taman Al-Quran.

Projek yang dalam pembinaan sekarang termasuk, taman Bunga dan Miniatur, Perpustakaan Mohammad Bin Rashid Library di atas sungai dan Pusat Seni Al Quoz.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 03:20 PM | Show all posts
arab memang terkenal dengan membelanjakan duit ke arah projek bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pakweneelofa posted on 12-4-2014 03:20 PM
arab memang terkenal dengan membelanjakan duit ke arah projek bodoh

Trip ke dubai baru2 ni mbuatkan mood kita jadi semangat & ceria bila dpt tgk sesuatu yg moden yg jarang dilihat d negara sendiri. Kotanya bersih & terjaga sentiasa walau ramai rakyat asing menetap d sana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 07:45 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 12-4-2014 03:20 PM
arab memang terkenal dengan membelanjakan duit ke arah projek bodoh

itu adalah 1 cara mcm mana org putih tarik balik duit mereka lepas bayar minyak org arab...sbb yg buat & kerja di projeck itu nanti majority mat & minah salleh juga....pintar salleh salleh ini ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:39 AM | Show all posts
Juadah posted on 14-4-2014 07:36 AM
Trip ke dubai baru2 ni mbuatkan mood kita jadi semangat & ceria bila dpt tgk sesuatu yg moden yg  ...

yup...bagi aku projek ni bagus gak...nak diversified ekonomi UAE...tak ler harap duit minyak jer..dorang tau minyak satu hari nnt akan habis so skg dah stat wat tourist attraction
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:45 AM | Show all posts
negara islam lain susah skit pun tak bantu negara pak arab ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 09:52 AM | Show all posts
Simunggu posted on 14-4-2014 07:45 AM
itu adalah 1 cara mcm mana org putih tarik balik duit mereka lepas bayar minyak org arab...sbb yg  ...

sbb tu aku suka mat dan minah salleh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:53 AM | Show all posts
Juadah posted on 14-4-2014 07:36 AM
Trip ke dubai baru2 ni mbuatkan mood kita jadi semangat & ceria bila dpt tgk sesuatu yg moden yg  ...

dengar orang malaysia pun dah mula berhijrah ke sana..asal reti cakap bahasa arab saja lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 09:57 AM | Show all posts
gosok jgn xgosok
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:05 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 14-4-2014 09:52 AM
sbb tu aku suka mat dan minah salleh

pintar...org arab shj yg budus percaya dgn mat/minah ini....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:12 AM | Show all posts
yang banyak buat projek ini dubai

Qatar pun cuba lawan (hos piala dunia, nak hos olimpik, buat macam macam juga nak lawan dubai n abu dhabi)

negara arab lain cam saudi, kuwait, oman, bahrain pun leh jadi cam dubai
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan brunei plak x terfikir ke nk buat menda2 menarik kat negara dia tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:15 AM | Show all posts
totok melayu mmg camtuh...walaupun dah/nak maju...nak tempelak...negara mundur yg nak lebih  maju dr mesia pun nak tempelak jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:16 AM | Show all posts
Simunggu posted on 14-4-2014 07:45 AM
itu adalah 1 cara mcm mana org putih tarik balik duit mereka lepas bayar minyak org arab...sbb yg  ...

tapi lepas tu..mat saleh gak la yg gila datang bercuti kat tempat2 tersebut..
mat seleh dapat keuntungan sekali bina.. pak arab dapat keuntungan sepanjang masa, sampai la binaan roboh..
ade gak bijaknya pak arab tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:17 AM | Show all posts
eniliana posted on 14-4-2014 10:16 AM
tapi lepas tu..mat saleh gak la yg gila datang bercuti kat tempat2 tersebut..
mat seleh dapat keu ...

terima kasih bg pencerahan yg tepat & mampat..kena sekolahkan skit org2 melayu kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:23 AM | Show all posts
Simunggu posted on 14-4-2014 10:05 AM
pintar...org arab shj yg budus percaya dgn mat/minah ini....

diorang ni kan pelopor kolonialisasi...tk dapat kawal kerajaan..kawal ekonomi dan duit negara orng...hahaha...sama la mcm menatang fdi yang anak abah kepala botak selalu sebut tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 10:24 AM | Show all posts
HUHA posted on 14-4-2014 08:45 AM
negara islam lain susah skit pun tak bantu negara pak arab ni!

ye betul tu doraemon
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:27 AM | Show all posts
kecimpret posted on 14-4-2014 10:17 AM
terima kasih bg pencerahan yg tepat & mampat..kena sekolahkan skit org2 melayu kita ni

tu laa pasal, org kita terutamanya totok pembangkang sudah dilatih melihat projek mega bernilai super duper mahal sebagai membazir semata2, tanpa melihat kesan jangka panjang hasil dari kewujudan projek mega tu......kalo nak tentang harga kos yg x masuk akal ok laa yg tu aku pun tentang.....

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:27 AM | Show all posts
lepas projek aladin...ape pulak depa nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:40 AM | Show all posts
eniliana posted on 14-4-2014 10:16 AM
tapi lepas tu..mat saleh gak la yg gila datang bercuti kat tempat2 tersebut..
mat seleh dapat keu ...

saya ingat mat/minah salleh tu bukannya touris tapi memang expatriate di sana...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.612837 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list