CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99875|Reply: 1653

Nora Danish jadi hos jemputan Nona TV3 (pg.21)

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2014 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Bukan anak emas

Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI


Kalau ikutkan, pe­ngarah wanita muda, Eyra Rahman me­ngarah enam filem bersama Metrowealth Pictures (MIG). Ada yang sudah ditayangkan, Aku Terima Nikahnya, Dua Kalimah, Bencinta dan Aku Pilih Kamu manakala dua lagi, Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan Pengantin Malam menanti tayangan.

Kini Eyra sibuk di lokasi filem ketujuh, Gudang Kubur. Yang menarik, dari ketujuh filem arahannya itu, lima menampilkan Nora Danish sebagai watak utama.

Lantas ada mendakwa Nora anak emas Eyra atau Eyra pertaruhkan populariti Nora untuk kejayaan filemnya. Walaupun pengarah itu pernah menafikan Nora anak emasnya satu ketika dulu, tindakan terbarunya tetap mengambil Nora kembali diperkatakan.

Eyra akui untuk kali ini dia ingin mencuba pelakon lain tetapi Nora antara yang disenarai pendek pihak penerbitan.




“Saya tidak nafikan pilihan itu dibuat antara saya dengan produser. Takut juga kalau terlampau banyak bersama Nora akan memberi impak sama saja dari segi lakonan dan pengarahan.

“Selepas ini saya akan cuba elak menggunakan Nora,” katanya.

Pun begitu, Eyra tetap optimis dan melihat kelebihan yang wujud dalam kerjasama yang terjalin sejak lima filem lalu. Katanya, Nora mempunyai satu keupayaan dan kematangan sendiri yang jarang ada dalam kalangan pelakon lain.

“Bukan bermakna pelakon lain tidak bagus, cuma saya biasa kerja dengan Nora dan tahu kelebihan dan kekurangannya.

“Baik dari segi penyampaian dan pemahaman, maknanya sekali cakap, Nora faham. Kalau pelakon lain, mungkin kena bermula dari bawah semula.

“Tambah pula sejak sarat mengandung, saya menjadi sensitif dan mudah marah. Jadi, seelok-eloknya saya memilih kru dan pelakon yang biasa bekerja dengan saya supaay tidak terlalu tertekan,” katanya.

Walau sarat mengandung lapan bulan, Eyra masih duduk di kerusi pengarah. Malah, ketika berbincang dengan Nora, Eyra akui mendapat maklum balas positif daripada aktres itu.

Katanya, untuk mendapatkan kelainan dari segi watak, dia berbincang dengan Nora secara serius mengenai apa lagi yang belum dilakukan bersama.

“Nora sendiri mengaku selesa bekerja dengan saya kerana boleh memahami antara satu sama lain. Namun, kadangkala bahaya juga sebab takut nanti saya ha­nya memandang pada Nora sehingga langsung terlepas pandang pelakon lain.

“Sebab itu, saya perlu tahu batas dan setakat mana kemampuan masing-masing tanpa perlu melebihkan pada satu pihak saja,” katanya.

Gudang Kubur yang juga filem seram keduanya arahannya selepas Pengantin Malam yang baru selesai proses pembikinan, Eyra akui terkejut kerana pada awalnya bercadang menghasilkan filem genre lain.

Namun, selepas mendapat maklum balas positif Pe­ngantin Malam yang diang­gap bakal memberi impak sendiri, penerbit memberi peluang kepadanya menghasilkan satu lagi filem seram.

“Ketika sesi pra-tonton Pengantin Malam bersama beberapa tenaga penerbitan, mereka kata keseraman yang cuba ditonjolkan berbeza dari beberapa filem seram sebelum ini.

“Saya terfikir juga, adakah saya mampu lakukan dalam keadaan macam ini (mengandung)? Selepas mendapat nasihat doktor dan keluarga, mereka memberi sokongan.

“Kelainan untuk Gudang Kubur ialah saya tampilkan Nora dengan hero yang matang, Faizal Hussein. Sebelum ini kita banyak disajikan dengan hero dan heroin sebaya,” katanya.

Selain barisan pelakon yang unik, Gudang Kubur ­turut memberi sisi seram dan psiko yang bersilih ganti. Penggambarannya memakan masa 18 hari dan ­dilakukan sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat sejak 22 Mac lalu.

Selain Nora dan Faizal, filem ini menampilkan Atikah Suhaimie, Along Eyzendy, Niezam Zaidi, Pablo Amirul dan Epy Kodiang.




Credits: hmetro.com.my Last edited by achik2009 on 8-4-2014 08:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
:lol
yeee....i rasmi kan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:40 AM | Show all posts
Ai rasmikan kemudian haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 12:43 AM | Show all posts


http://web.stagram.com/p/691859106267655140_11893321


noradanish   "Ey apadah hantu ketawa....." @faizalhusseinofficial #gudangkubur   6h

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:44 AM | Show all posts
Citer ni baru keluar newspaper ke? Apasal me dah tau citer ni lama dah since b4 shooting this latest film wit Faizal hussein.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:45 AM | Show all posts
achik2009 posted on 5-4-2014 04:43 PM
http://web.stagram.com/p/691859106267655140_11893321

Tak sangka Faizalhussein ni lucu!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2014 12:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 12:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2014 12:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 12:52 AM | Show all posts
Gigih achik. Ada gambar eyra rahman ni tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 12:56 AM | Show all posts
cepheid posted on 6-4-2014 12:52 AM
Gigih achik. Ada gambar eyra rahman ni tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 12:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:05 AM | Show all posts
Cantik nowa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk buat cmne..fs dh xrelevan sbg heroin filem..
Last edited by bambimo on 6-4-2014 03:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu pun xberapa nk laku sgt cerita cerita dia... so case close.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 04:28 AM | Show all posts
mancung jugak idong ND ni. dia wat camne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 06:12 AM | Show all posts
eyra rahman who??
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:32 AM | Show all posts
Eyra Rahman direktor murahan. Hijabi bagai tapi skrip filem mesti ada pompuan seksi dan aksi gesel2.
Aku muntah pelangi tengok Aku Terima Nikahnya. Mcm sial.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 06:45 AM | Show all posts
Pengarah yg aku x knl.
Tp filem agk terkenal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
SayaSayangMama posted on 6-4-2014 04:21 AM
Satu pun xberapa nk laku sgt cerita cerita dia... so case close.

pembetulan ye. bukan tak berapa nak laku tp semua filem lakonan dia tak laku. dahla tajuk2 film sendu. jln citer sendu. pelakon senduu. agk tkejut faizal blakon gk dlm film2 metrowealth ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.157034 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list