Lana Nodin ada buah hati baharu!
ssss
|
TENGAH asyik baca buku motivasi hidup, maklumlah, awal-awal tahun begini azam pun masih tebal, tiba-tiba Diva dapat satu panggilan telefon daripada seorang kawan lama, Cik Vida namanya. Kata Vida, dia pun baru dapat panggilan telefon daripada seorang kawan. Diva tak kenal pula kawan yang disebutkan itu. Itu tak penting, Diva anggap sahaja kawan kepada kawan Diva tadi sebagai sumber. Apa yang penting cerita yang disampaikan kawan Diva tadi.
Ibarat muka surat diari baharu sempena tahun baharu, cerita yang masuk kali ini mengenai pelakon super seksi, Lana Nodin yang kononnya baru putus cinta dengan Johan As’ari hujung Disember lepas. Bercinta pun ala-ala sebulan sahaja. Biarlah, yang putus biarlah putus.
Kata Cik Vida, Lana sekarang sudah ada dapat pengganti Johan, pendek kata, sudah ada kekasih baharu. Laris sungguh Lana Nodin, macam bunga kembang di taman. Seekor kumbang pergi, terus datang pula si kumbang yang baharu. Dengarnya, kumbang yang cuba sedang pikat hati Lana sekarang seorang doktor. Serik gamaknya Lana nak cari orang dalam industri lakonan. Untunglah, hati yang remuk dapat doktor pula sebagai penawar.
Kata sumber kepada Cik Vida juga, si doktor yang terpikat dengan Lana itu seorang pemuda berdarah campuran Pakistan dan mat saleh. Mereka berjumpa buat pertama kali di Pulau Pinang, kebetulan doktor yang berkerja di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia untuk satu urusan. Hebat betul penangan Lana, putus cinta sahaja terus ada yang masuk jarum. Katanya, Lana dengan si doktor itu sudah lama kenal cuma baru sahaja doktor berkenaan berani, siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar lagi. Lana sendiri sudah muat naik gambar jambangan bunga berkenaan dalam Instagram dia lagi tau.
Beruntung Lana! Tengah bahagialah tu. Kalau betul, Diva harap kali ini janganlah pisang berbuah banyak kali lagi. Diva dengar, Lana pun sudah banyak berubah. Sudah tak pakai seksi-seksi lagi. Baguslah tu, umur pun dah makin lama makin bertambah. Kalau Diva jadi Lana, terus bagi signal hijau punya!
Diva: Dengar Johan As’ari pun sudah banyak belajar daripada sejarah, eloklah.
M&I impressed n gladly someone made my day thank u
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm#ixzz2q9BGA0w6
Hakcipta terpelihara
Last edited by Soksek11 on 12-1-2014 10:51 AM
|