View: 10285|Reply: 60
|
[Tempatan]
Pekan Sungai Besi bakal berwajah baru
[Copy link]
|
|
Pekan Sungai Besi bakal berwajah baru
KUALA LUMPUR - Wajah usang Pekan Sungai Besi bakal berwajah baru menjelang 1 Ogos tahun depan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan projek menaik taraf dan mengindahkan kawasan itu, seiring dengan keperluan semasa.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan bagi tujuan itu meliputi kerja-kerja menaik taraf pasar, mempertingkatkan kualiti kemudahan asas seperti jalan raya dan mengecat semula bangunan-bangunan.
Menurutnya, bagaimanapun ciri-ciri dan aktiviti tradisi di situ akan dikekalkan dan dinaik taraf sebagai ‘heritage township’ secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada elemen tarikan pelancongan.
“Penaiktarafan Pekan Sungai Besi sebagai pekan warisan atau ‘heritage village’ merupakan produk perbandaran bandaraya Kuala Lumpur seiring dengan projek-projek berunsur warisan yang sedang dilaksanakan seperti Laluan Jejak Warisan atau Heritage Trails, Dataran Warisan Medan Pasar.
“Ini adalah antara usaha memastikan generasi muda mengenali dan prihatin dengan tinggalan sejarah warisan agar imej-imej ini tidak terus luput ditelan zaman dan dilupakan.
“Kemudahan sistem transit aliran ringan (LRT) akan menjadi satu nilai tambah dan selepas pembangunan ini, penduduk tidak perlu lagi tertumpu ke kawasan bandar kerana semuanya ada di sini,” katanya.
Terdahulu berlangsung Sesi Mendengar Pandangan Bagi Cadangan Menaik taraf Dan Pengindahan Pekan Lama Sungai Besi yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd.
Ahmad Phesal berkata, sesi itu menjadi titik permulaan rundingan secara terus kepada pemilik atau penyewa bangunan bagi cadangan itu agar kedua-dua pihak memikul tanggungjawab bersama agar memperoleh manfaat bersama termasuk kepada DBKL.
Katanya, ia juga membuktikan pihak berkuasa tempatan itu tidak pernah meminggirkan pembangunan di pinggir bandar.
“DBKL bersedia menerima pandangan dan cadangan orang ramai berhubung kerja-kerja naik taraf dan pengindahan Pekan Sungai Besi ini.
“Diharapkan juga rundingan dapat berjalan lancar dan mendapat kerjasama padu daripada semua pihak,” katanya.
Difahamkan, bagi melancarkan kerja-kerja pembangunan seramai 64 penjaja kecil di kawasan itu juga akan dipindahkan ke tapak baru demi keselesaan mereka dan pengunjung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeah, naik taraf sangat diperlukan.. Tp harap2 blh kekalkan bangunan lama.. Lebih 50 tahun aku kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 tmpt yg lain pun di naik taraf juga ...selari dgn prkembangan semasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
31 tahun aku membesar kat sini
hahahaha
bangunan sentimental value...of kos laa pasar sama kedai bata
jgn robohkan....
naik taraf bangunan kedai nasi ayam selekoh membawa ke mapley bawah pokok
dari aku kecik cenggitu je rupanya
lrt tu dah lama ada
x yah kata tu projek naik taraf
puii
|
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 2-12-2013 08:51 AM
31 tahun aku membesar kat sini
hahahaha
Kite kenal ke..? Sekolah mana dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
gerai2 kaki lima situ mcmana lak...? |
|
|
|
|
|
|
|
ngan naik taraf....semua benda nak kena bayar.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus laaa..bila aku gi pekan sungai besi cam pergi negara luar plak...cantik lagi cokit |
|
|
|
|
|
|
|
tp skg dah ade lakefields, kedai2 usang tu cam muram jer xde org gi |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 2-12-2013 09:04 AM
tp skg dah ade lakefields, kedai2 usang tu cam muram jer xde org gi
kedai tom yam depan lrt tu masih utuh lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 2-12-2013 09:09 AM
dengar citer Pekan Padang Sumatera pon bakal dinaiktaraf..betul ke?
camtu lah aku dengar..siap ada MRT lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 2-12-2013 09:06 AM
kedai tom yam depan lrt tu masih utuh lagi.
punca utama jln situ jem
|
|
|
|
|
|
|
|
owh..alang2 pekan sg besi nak naik tarap..
jln yg kat sekitar pudu/ pudu sentral tuh cam ne pulok...naik taraf gak tak...
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la naik taraf..kedai2 makan situ pun patut naik taraf kebersihan..
aritu lalu kedai makan..mencicit 2-3 ekor tikus kat dapur.. loya tekak aku
nasib baik aku xmkn situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 2-12-2013 09:17 AM
punca utama jln situ jem
tau tak pe
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 2-12-2013 10:07 AM
tau tak pe
lg satu gerai tepi jalan dekat surau area pasar mlm tu..penuh keta benti tepi nak beli kopok leko laaa,air laa..boleh plak DBKL wat buta x npk gerai tu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka pegi sini sbb suasananya mcm zaman jepun (mcm la aku idop pd zaman tu ) |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 2-12-2013 10:33 AM
lg satu gerai tepi jalan dekat surau area pasar mlm tu..penuh keta benti tepi nak beli kopok leko ...
syurga makanan. boleh drive thru je kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|