View: 36646|Reply: 196
|
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
[Copy link]
|
|
aku bekas student di sini, lebih popular dikenali sebagai J.O (nama singkat, masa tu sebut JO je seme org tau) masa tu hanya 2 jenis kursus je kt situ : secretarial & library science. Masa mula2 aku menjejakkan kaki kt situ, ada satu perasaan mcm sayu, sedih dan kecewa pun ada la sikitttt sb teruk beb environment macam zaman jepang jerr, building pun jenis lama dan sangat pelik pada pandangan aku la masa tu. Dah lama sikit..lps seminggu dua tu, aku mcm dah boleh terima dan suka pulak stay kt situ...tak tau ler nape. Paling aku suka bilik aku la sb redup syahdu jerrr sangat sesuai utk aktiviti tido bagi aku yg kuat tido nih
Ni pengalaman aku la masa kt situ :
1. Bunyi loceng kaki - bunyi ni mmg selalu sangat aku dengar sejak mula aku masuk sini. Mula2 aku buat dek je sb x tau menahu pulak ape sign bunyi tu tapi lepas sorang dua senior dlm dorm aku tu (senior tak ramai, junior paling ramai dlm bilik tu) muka lain macam je tiap kali bunyi tu dtg aku pun pstu try aarr korek2 ape citer. Rupanya bunyi loceng kaki tu menandakan yg The Green Lady (nama gelaran hantu perempuan yg popular kt situ) is coming laa. Sentap aku kejap, kecut perut aku nih..
2. Ribut dalam bilik - padahal masa tu xde ribut xde petir xde ujan pun kt luar (ni kwn2 aku dlm bilik la yg citer sb msa tu dorang kate aku sorang je yg tido mati) yg lain seme bangun ketakutan, berkumpul berpeluk2 sb takut. Masa aku bangun tido pagi esoknya aku heran la nampak langsir terbelit kt kipas, bilik sepah2, camane aku bleh x sedar ek??
3. Kawan aku kejut suruh teman gi toilet - yang ni saspen. Muka sebijik kawan baik aku, mintak aku teman gi toilet masa tu dlm kol 3 pagi kot. Aku hampir2 bangun nak teman dia, tapi ..jap..jap..nape kawan aku pakai baju mcm nak gi kuliah ni? siap lipstick make up bagai...gile ape tido santek santek giteww. Something is not right dlm ati aku berkata. Aku terus tutup muka sambung tido. eh..eh....dia kejut aku lgi...ini kali dia pakai baju tido gown pulak kaler pink. Aku pelik lagi sekali laahh....sb kawan aku ni bkn la pemakai gaun tido yg sebegitu kiut yerrr...dia punya uniform tido mmg confirm2 suar pendek dgn sleeveless jek. Arrrrggggh....tensennnn!!! aku tido..pstu dia x kejut dah hehehe
4. Mimpi siapa sebenarnya The Green Lady - yang ni touching sikit sedihhh...'Dia' seorang gadis yg sgt cantik. Rambut hitam ikal mayang panjang sampai ke pinggang. Kulit putih kuning, tinggi lebih kurang 5 kaki 5 inci. Kisah sedih ini berlaku lama dulu rasanya sekitar tahun 60 an kot. 'Dia' seorang yang sangat baik lemah lembut, kalau korang tgk muka dia x sangka pulak last2 nye jadi hantu pulak. Citernya dia dah terlanjur dgn bf yg sangt2 dia syg dan percayai sepenuh hati. Bila dah jadi camtu bf dia tinggalkan dia mcm tu je. Mula2 bagi alasan nak balik kg dulu sb nak bgtau family yg dia nak kawin dgn pmpuan nih. tapi last2 tak muncul2 sampai sudah. Bdk pmpuan ni pun panik x tentu arah ke sana sini cari bf dia, pegi office dorang kate dah benti, pegi rumah sewa dorang kate dah pindah. Dia frust n sedihhhh sgt2...perut semakin membuncit. Dia x tau nak citer kt sape so dia citer kt kwn baik dia, malangnya kawan baik dia pecah rahsia pegi citer kt orang lain. Makanya semua org kt campus tu dah tau citer dia. Semua org pulaukan dia termasuk kwn baik dia tadi tu. Ke mana2 dia pegi semua org pandang serong xde sesape pun berckp dgn dia. Pakaian pun dia dah tukar ke tudung labuh sb nak cover perut dia. Yang paling sedih bila berita dia mengandung anak luar nikah tu sampai ke pengetahuan keluarga dia, mak & ayah dia x mengaku dia anak. Semua bantuan kewangan dorang stop, gadis ni x tau nak buat apa, jiwa dia stress, sgt tertekan, bercelaru sampai la satu mlm tu masa tu hujan, petir kt campus, dia dlm keadaan terlalu sedih, hampa dan putus harapan berlari naik ke tingkt 5 bangunan kt situ, tiba kt hujung koridor dia menangis semahu2nya, dia kate mmg dia ada niat nak terjun, dah cuba nak terjun, dia menyesal tapi sesalan tu dtg semasa dia dah dlm keadaan sedang jatuh ke bawah...dah terlambat. Tpat jam 2.10 pagi dia meninggal dunia di satu kawasan dlm campus tu dgn sebelah muka nya hancur dan baby pun turut sama meninggal dunia. Aku terjaga dari mimpi dlm keadaan yg basah kuyup sb berpeluh..bkn terkencing yer...sb masa dia citer tu dia transfer semua feeling dia kt aku. Rasa nak pecah dada ni, perasaan tu sgt susah nak aku explain sgt2 menyedihkan......di akhir mimpi dia ada mintak tolong sesuatu kt aku....dia mintak tolong aku carikan bf yg tinggalkan dia...siap bagi aku nama penuh bin sekali...tapi aku terpaksa tolak sb kalau aku setuju dia akan ikut aku seumur hidup aku...aku mintak maaf kt dia, aku ckp kt dia amat mustahil aku dpt trace bf dia ni sb peristiwa ni dah lma sgt berlaku...mustahil aku dpt cari. Dia tunduk sedih, tapi dia mmg cantik, mmg baik orangnya. Dia x penah kacau aku lagi lepas tu. org lain dia kacau la, ada sebab dia kacau, dia x suka apa yg segelintir student kt situ buat.
Dulu aku penah jatuh sakit sebab ternampak dia kt hujung katil aku dgn telekung putih dia, bila aku tutup muka dia hayun katil aku mcm nak rak. Aku demam lama sgt pstu mak aku bwk balik berubat baru ok.
Itu la citer aku. Banyak lagi kejadian, kalau ada sesiapa yg nak kongsi pengalaman boleh la citer kan yer..
Last edited by Santeira on 23-11-2013 09:51 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya ex student situ...tp mase tu amek sains kesihatan...tmpt tu memg sunyi..tp ak rase best lagi duduk situ dr shah alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Arg dekat plak tuh dgn rumah aku ....., |
|
|
|
|
|
|
|
super duper senior ni... kos libry science ke ?
lecturer libry dulu memang ramai bekas student JO ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan J.O tu nama glamer org yg bukak benang ni hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kat green lady tu .. nape nama dia green lady...
1960 tu ITM tu dah wujud yek.... bukan nak irritate u.. nak tanya je k...
so green lady tu student kat situ la yek... |
|
|
|
|
|
|
|
kos libry science ..ex-boss wa dulu student kt sini...ha.ha.. |
|
|
|
|
|
|
|
4. Mimpi siapa sebenarnya The Green Lady ..err..kalo zaman 60an..kalo diorang masa tu umor 17-18..50 tahun seudah tu...silap2 bf dia pun dah mati...bf dia pun mesti umor 60 an...
kalo jupe bf dia, dia ada ckp nak buat apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih aku google bagai... ni dari abang wiki
UiTM is closely linked to the development of the independent Malaysian nation. It began in November 1956 as Dewan Latehan RIDA (Rural and Industrial Development Authority Training Center) in Petaling Jaya, Selangor.[1] The school later became known as Maktab MARA (MARA College) in 1965. The name change meant that the college no longer operated under RIDA and instead became the most important unit of the MARA Training Division. MARA stands for Majlis Amanah Rakyat (Council of Trust for the People) under the charismatic and dynamic leadership of Tan Sri Arshad Ayub.
In 1967, the college was upgraded to Institut Teknologi MARA (MARA Institute of Technology) or ITM. Its establishment came as a response to a need in Malaysia for trained professionals, especially among Bumiputeras.
kalau betul la cerita green lady.. cerita jadi area tahun ni la kan... awal2 penubuhan dah ada kes bunuh diri... real horror kan... |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya boyfriend GL tu budak ofis la kan.. bukan student...
dah addicted lak aku... nak investigate bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
jefrilza posted on 21-11-2013 04:04 PM
kesiannya kat green lady tu .. nape nama dia green lady...
1960 tu ITM tu dah wujud yek.... bukan ...
Sejarah Pembangunan
Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996
UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.
Dewan Latehan RIDA 1956 - 1965
Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Maktab MARA 1965 - 1967
Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.
MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankan program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.
Institut Teknologi MARA 1967 - 1999
Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.
Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat :
Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;
Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;
Senat telah ditubuhkan;
Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya;
Setiap jabatan diberi nama Fakulti;
ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;
ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.
Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah.
Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;
Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.
Universiti Teknologi MARA 26 OGOS 1999
Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.
Universiti Teknologi MARA Akta 173
Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepada sebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti lain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua peringkat.
sumber: http://www.uitm.edu.my/index.php ... sejarah-pembangunan
|
|
|
|
|
|
|
|
kat situ sekarang ada kos art n desinkan. kawan iols ramai amik.master kat j.o sana..tapi depa takla cerita apa2. sungguh scary pengalaman tt |
|
|
|
|
|
|
|
shafur posted on 21-11-2013 04:32 PM
Sejarah Pembangunan
Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996
thanks shafur... gigih u carik ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak soalan saya TT tak jawb ni...
org panggil dia green lady nape yek,,,,
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm citer master's sun pulak |
|
|
|
|
|
|
|
jefrilza posted on 21-11-2013 05:06 PM
thanks shafur... gigih u carik ye...
welcome
|
|
|
|
|
|
|
|
cik tt, mimpi ko pasal the green lady tu same tak ngan citer yg sebenarnye?? |
|
|
|
|
|
|
|
J. O. - Jalan Othman. masa mula2 baca aku ingatkan nama TT kat kampus |
|
|
|
|
|
|
|
ustad saya pon penah bgtau..kalau orng nk bunuh diri, mmng akan datang perasaan menyesal time jatuh tu.. tu pasallah diorang mnjerit.. ni diakui sendirik oleh orang yang cuba nak membunuh diri tapi tuhan masih panjangkan umurnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
gugurla posted on 21-11-2013 03:49 PM
Saya ex student situ...tp mase tu amek sains kesihatan...tmpt tu memg sunyi..tp ak rase best lagi du ...
u r rite tenang dan damai je, kt shah alam tu..mak aiiii punye la ramai umat...pening kepala
|
|
|
|
|
|
|
| |
|