CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4961|Reply: 21

Zizan Razak Merancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan

[Copy link]
Post time 15-11-2013 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Zizan Razak Merancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan
Oleh RotiKaya Staff pada
14 November 2013, 9:11AM
Pelawak, pelakon dan penyanyi popular Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai wanita dikalangan artis tempatan dengan pelbagai gosip yang dilemparkan padanya. Sehingga kini, ternyata masih belum ada hubungan yang begitu serius terjadi antara mereka semua.
Walaubagaimana pun, Zizan berharap agar dia dipertemukan jodoh dan berkahwin di usianya yang bakal mencecah 30 tahun pada tahun hadapan.
“Siapa tak nak berkahwin, saya hendak berkahwin tetapi belum ada jodoh yang sesuai. Sekarang ini masih dalam proses mencari & mengenal hati budi. Saya pun ada target, iaitu sekiranya sudah mencapai umur 30 tahun, saya hendak berkahwin,” ujarnya semalam.
Sementara itu, Zizan Razak akan membawakan watak sebagai Zizang dalam Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November ini. Menurutnya berlakon dalam telemovie ini boleh tingkatkan penguasaanya dalam bahasa Inggeris dan ini memberikan ia suatu pengalaman yang berbeza.
“Alhamdulillah apabila diberikan tawaran untuk saya berlakon dalam telemovie ini saya begitu teruja dan seronok kerana ia merupakan pengalaman yang berbeza kerana telemovie ini mengajar saya untuk berbahasa inggeris walaupun tidaklah sebegitu fasih dan saya dapat tingkatkan lagi penguasaan bahasa antarabangsa itu,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2013 02:34 PM | Show all posts
Artis tgah meletop.. kes kawin pun ramai yg nak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:45 PM | Show all posts
sila cepat kawin..berlakon..lawak ..pengacara semua ntah apa2
tapi pelik asyik menang award je...
harap bila dah kawin..hilang sikit fan fanatik ko tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:50 PM | Show all posts
i single
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:59 PM | Show all posts
Zizang Rock !!  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:03 PM | Show all posts
harap zizang kawen supaya bebas dr kontroversi n cemuhan gosip dunia hiburan mesia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2013 03:03 PM | Show all posts
vv2005 posted on 15-11-2013 02:45 PM
sila cepat kawin..berlakon..lawak ..pengacara semua ntah apa2
tapi pelik asyik menang award je...
...

agreed!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:04 PM | Show all posts
laaaa.. dia pon ada eh oh! my ganu. cehh..


apa2lah.
xfemes dah pong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 03:08 PM | Show all posts

Zizang nk kawen dgn sape ek??

duit bertingkek2 malam tidoq sorang ape kejadah nye.. khen


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:08 PM | Show all posts
emma maembong la nih akan di tanya lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 08:04 PM | Show all posts
tomet05 posted on 15-11-2013 07:08 AM
emma maembong la nih akan di tanya lak

minah nie dulu dah x mengaku.. ayat klise...  sekadar kawan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2013 08:07 PM | Show all posts
cikatilia posted on 15-11-2013 07:04 AM
laaaa.. dia pon ada eh oh! my ganu. cehh..

yer ker... abis dia kata rating naik haha..
hero filem pun abis dia sapu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 01:44 AM | Show all posts
please kahwin cepat... bukan nak mengata tapi agak pelik awat byk sangat award yg die dapat..
lakonan,pengacaraan dan lain2 yang dia kendalikan biasa jer... Atau Malaysia ni kekurangan selebriti yang berbakat
dalam bidang hiburan??? oh hoiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2013 11:54 AM | Show all posts
bungasejuk posted on 15-11-2013 05:44 PM
please kahwin cepat... bukan nak mengata tapi agak pelik awat byk sangat award yg die dapat..
lakon ...

nie zaman dia kot tengah hot ... haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 12:07 PM | Show all posts
Aku pon heran dgn dia ni..bakat bkn setakat x seberapa tp mmg ''ntah apa-apa'',x tau la peminat & stesen tv tu nilaikan dia mcmana..felik2...sekali pikir apa la ilmu yg dia pakai,da la dpt aweks pon cung2 sume stok pan asian ... lawak bodoh time mengacara konsert AF pon ada org gelak..x hbs2 baca komen org memuji dia hensem,kacak,macho,sweet,smart...adoi tolonglar..aku pon harap sgt heols kawin cepat2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 12:35 PM | Show all posts
good.. kawen jer cepat jijang.. supaya kurang gelenyarmu yang meluatkan ittew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 12:38 PM | Show all posts
Pelawak rempit. Tapi dia ni mula dari bawah kan, takdela menumpang populariti sesiapa, rempit pon rempitlah. Dah rempit menjadi pujaan masyarakat since semua movies pasal rempit komfem laku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 01:15 PM | Show all posts
nok kawing taung depang ke zizang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2013 03:25 PM | Show all posts
zizan skrang pun dlm kelompok artis  yg demandnya tinggi..
mcm2 yg diminta dan harga dia pun tinggi... meletop haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:07 AM | Show all posts
Pinnochio...xminat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066234 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list