CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9554|Reply: 119

[Tempatan] Jambatan gantung ikonik di Teganu kite

[Copy link]
Post time 10-11-2013 11:21 AM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU - Jambatan gantung ikonik atau 'drawbridge' yang pertama seumpamanya di negara akan menjadi mercu tanda baru negeri ini dan melonjakkan sektor pelancongan.

Kemudahan yang bernilai mula dibina Januari ini di kawasan Tanjung yang menempatkan projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek tersebut adalah hasil usahasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kedudukan Terengganu sebagai Gerbang Pelancongan Timur di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, proses tender projek tersebut sudah hampir selesai dan akan diumumkan oleh lembaga tender dalam masa terdekat.

“Projek ini akan menyambungkan muara utara dan selatan, kita jangkakan ia mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

“Menariknya jambatan gantung ikonik ini turut dilengkapi dengan kemudahan restoran di atasnya yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa, ruang pameran dan menara," katanya.

Kata Ahmad, reka bentuknya yang boleh dibuka dan ditutup memudahkan laluan kapal,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat di Pusat Dagangan Terengganu di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim.

Program Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat peringkat negeri itu adalah sebagai satu wadah bagi pihak ECERDC untuk mendekati rakyat negeri ini secara langsung dan berkongsi maklumat mengenai projek ECER yang telah dilaksanakan di negeri ini sepanjang tempoh lima tahun yang lalu.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri terharu dengan komitmen Kerajaan Persekutuan yang telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion melalui ECERDC bagi melaksanakan 41 projek infrastruktur dan pembangunan modal insan di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan Rancangan Malaysia Ke-10.

“Hasil pelaksanaan projek dan program tersebut, Terengganu kini sedang mengalami satu transformasi yang amat membanggakan, di mana ia telah berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM20.4 bilion sejak penubuhan ECER sehingga kini.

“Pelaburan tersebut telah berjaya mewujudkan kira-kira 10,850 peluang pekerjaan untuk rakyat, serta hampir 800 usahawan baru di negeri ini.

“Impaknya adalah lebih luas kerana pelaburan tersebut turut menjana kesan limpahan ekonomi dari segi pertumbuhan peluang perniagaan dan keusahawanan sampingan dalam sektor pembinaan, hartanah, logistik, latihan dan pelbagai perkhidmatan profesional yang lain,” katanya.

harap-harap dah siap nanti sempat la I pegi teganu tgk jambatan ni Last edited by marine_admiral on 10-11-2013 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 11:21 AM | Show all posts
semoga tak runtuh wahai terengganu darul runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 11:35 AM | Show all posts
habislah.. lepas ni siapa lalu sana kena beli insurans... takut jambatan ikonik no.1 di malaysia runtuh kalau pg terengganu aku dh get ready dengan helmet safety.. hik3..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 11:38 AM | Show all posts
Marilah kita bina ikon terengganu...marilah kita bina istana negeri besar dan mewah....ummah pasti kembang kuncup bangga....walaupun rakyat negeri hidup miskin melarat
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 11:39 AM | Show all posts
nok perabis duit lepas tu runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:05 PM | Show all posts
Janganlah runtuh pulak karang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2013 12:07 PM | Show all posts
tak cukup iconic building lagi ke kat terengganu ni?

pada aku stadium yg runtuh adalah raja segala iconic building dlm sejarah malaysia..

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:07 PM | Show all posts
♫...andai hari esok, jambatang akang runtuh...♫



terengganu darul runtuh  






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 12:11 PM | Show all posts
xpyh buat lh nti runtuh,


kontraktor umno terengganu stok2 bodo dok rok cetong
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:14 PM | Show all posts
terengganu makin maju uols..tak sabar nak balik sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:16 PM | Show all posts
tunggu runtuh saja...

jambatan bole jadi tarikan pelancongan???
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:18 PM | Show all posts
terengganu...rakyat dia kalu tak kaya x tau la....dgn sifat kedekut yg mendalam..harus kaya raya zaman berzaman sejak dulu....maklumlah nak hidang teh kat tetamu pun ketar lutut...takut gula habis
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:19 PM | Show all posts
bengong betol buat bende tak paedah nih


cuba bangunkan tambah pelaburan kilang ke ape ke ade pekdah jugak untuk anak muda ganu..

ni abis lari ke negeri lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:31 PM | Show all posts
propa jah puak2 pr nih,penang dan selangor darul runtuh jua takde pulak takut nak g sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:47 PM | Show all posts
tak payah lah. yang dekat tanah pun dot dot dot. ni yg tergantung
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 12:59 PM | Show all posts
jambatan gantung bukan ka suspension bridge? tang mana gantungnya.... aku nampak al-ala London Tower Bridge pun ada...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 01:03 PM | Show all posts
myoujin posted on 10-11-2013 12:19 PM
bengong betol buat bende tak paedah nih


Hasil pelaksanaan projek dan program tersebut, Terengganu kini sedang mengalami satu transformasi yang amat membanggakan, di mana ia telah berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM20.4 bilion sejak penubuhan ECER sehingga kini.

“Pelaburan tersebut telah berjaya mewujudkan kira-kira 10,850 peluang pekerjaan untuk rakyat, serta hampir 800 usahawan baru di negeri ini.


kang kalo satu ganu penuh kilang korang gak yang semput tak bole bernafas katanya...



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 01:06 PM | Show all posts
@zorrro_03  untunggg la
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 01:09 PM | Show all posts
ganu???...doa byk2 laaa kalo drive atas jambatan nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 01:12 PM | Show all posts
aechae posted on 10-11-2013 01:06 PM
@zorrro_03  untunggg la

Ikan gelama laa untung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.186126 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list