CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11820|Reply: 94

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

[Copy link]
Post time 3-11-2013 09:33 AM | Show all posts |Read mode
salam.... ni artikel dari dr maza....iols baru tau.... sori kl topik ni dh ade.... then dilit laaa.. tq

sumber http://drmaza.com/home/?p=1297

any pros and cons komen to share?

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

Nasir, Kuantan.

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
[size=1em]Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalenderHijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
Gambar Hiasan – Gua Thur
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2013 09:57 AM | Show all posts
yang penting apa yg dibawa nabi itu sunnah

kalau nak kire calendar dalam dunai ni ada banyak gergory , syamsi , qamari ...

so u know no big deal

tapi kalau yg nak lebih penting hayati dan FAHAMI
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 09:58 AM | Show all posts
apa yg you tak faham

anything you wanna share?

nak synthesis Bloom taxonomy 5 kena start taxo 2 tu dulu ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:04 AM | Show all posts
kalaiu tk tahu apa I cakap

tahap taxonomy kefahaman ada 6 semua rujuk Bloom taxonomy so kalau org yg tak faham asas bloom level 2 je jgn ke bloom level 6 nak tahu sintesis kena tahu kefahaman bukan boleh tahu pros and cons kalau tak faham.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 3-11-2013 09:58 AM
apa yg you tak faham

anything you wanna share?

Ade ke aku ckp aku x paham artikel ni?

Anything to share other than bloom thingy?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 3-11-2013 09:58 AM
apa yg you tak faham

anything you wanna share?

Ade ke aku ckp aku x paham artikel ni?

Anything to share other than bloom thingy?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2013 10:19 AM | Show all posts
True-X posted on 3-11-2013 10:18 AM
Ade ke aku ckp aku x paham artikel ni?

Anything to share other than bloom thingy?

ko tak cakap tapi i nak tahu apa ko faham.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:20 AM | Show all posts
eh marah ke , kata suka share share kannnn? so I sharelah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2013 10:22 AM | Show all posts
okay I nak Tanya penting sangatkah nak tahu tarikh berhijrah daripada the spirit of hijrah dan kecintaan kita terhadap rasulullah yg membawa dan berdakwah agama islam yg syumul indah itu , sunnah baginda yg terdapat dalam hadith hadith sahih?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 3-11-2013 10:20 AM
eh marah ke , kata suka share share kannnn? so I sharelah ...

Ade ke aku marah..?...tuh soklan ke 2..hehe..soklan pertama tadi ade ke aku ckp aku x paham artikel ni?...

Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 3-11-2013 10:22 AM
okay I nak Tanya penting sangatkah nak tahu tarikh berhijrah daripada the spirit of hijrah dan kecin ...

For info..x boleh ke posting kt sini...? Lebey2 lg this artikel from prominent guy.... muharram pon ari selasa ni

Kl x boleh dilit je..no prob.. hapy2 je...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:28 AM | Show all posts
True-X posted on 3-11-2013 10:25 AM
For info..x boleh ke posting kt sini...? Lebey2 lg this artikel from prominent guy.... muharram po ...

there are  afew prominent  gentleman apart from Dr Maza...i am sure you pernah dengaq Dr Zahazan, Dr Zaharudin

mmg happy je tengok gaya you struggle so hard to evade , tapi dengan niat i ikhlas kan....share share....
hmm....Ussop pun i happy je bawak point yg sama ,  semua org tahu kannnn?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:30 AM | Show all posts
True-X posted on 3-11-2013 10:25 AM
For info..x boleh ke posting kt sini...? Lebey2 lg this artikel from prominent guy.... muharram po ...

memang boleh delete saje sebab rasa autonomi buka thread sendiri kan?
tapi dari refleksi perangai  itu org tahu dah kan....

kata nak share share ilmu seronok bagai , deleting thread pun okay tapiu sendiri kontra apa you cakap ...hmm lagi best tengok ni

org bagi jawapan ...soal bawa perkara baru tak tahu pun apa bukti dia bjaq sebelum faham ke tidak

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:32 AM | Show all posts
wow dari hehe ( konon tak marah ) terus nak delete ..thread pulak katanya  ..interesting ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 3-11-2013 10:32 AM
wow dari hehe ( konon tak marah ) terus nak delete ..thread pulak katanya  ..interesting ...

..dh la kokater aku x paham...pastu kater aku marah...hehe... kt benang satu lg aku ckp ko marah..ko kate aku fitnah ko...skrg ko ckp mcm ni boleh pulak...funny meh..hehhe

Abes tuh nk kater ape lagi..

Kl ko ade info dr uzar pasal muharram ..pls share kt sini...

Selama ni aku blajar kt sekolah hijrah nabi muharram..rupenyer bukan...sooo salah ke bile dpt tau info ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 10:42 AM | Show all posts
dear all

actually i still digging sum alt info on dr maza statment..... if there is any other discrepancies..... if u have further info pls share... tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2013 10:56 AM | Show all posts
True-X posted on 3-11-2013 10:37 AM
..dh la kokater aku x paham...pastu kater aku marah...hehe... kt benang satu lg aku ckp ko marah.. ...

is this one of the way u adopt just to evade the main core concepts

marah ke tak marah ke hehe hehe ke  the fact is you tak jawab dan you bagi banyak alasan  so i can still  see you are evading the topic.

so nak tengok lah you faham ape?

tak nak kupas ke kefaham you dulu ttg awal muharam ttg so and so

nak tanye you la agak agaknya kefaham ttg awal muharam tu perkara rukun ke  tidak  ? - ni masih dalam topik ni ...kot kot la u nak share

ehh you kena tahu apa rukun islam iman tu duu ye

nak start ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:56 AM | Show all posts
t.t, nice info... aku memang tahu sebelum nie kalendar hijrah masa zaman umar, bukan zaman nabi... so aku terfikir mcm mana diaorg tentukan bulan dan tahun sebelum tu, so dah tahu...

untuk momod, ayat tunggang terbalik lagi mahu komen... siap cakap taksonomi bloom lak, kang aku copy carta bloom kat sini kang, ko dah guna aras 6 itu ayat ko sebab ko jer faham tersirat ayat ko itu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 10:59 AM | Show all posts
True-X posted on 3-11-2013 10:37 AM
..dh la kokater aku x paham...pastu kater aku marah...hehe... kt benang satu lg aku ckp ko marah.. ...

so salah tak salah bukan soal  

tapi ia berkaitan pemahaman you ...u see? u nampak tak , kenapa org lain tak freak out pun kalau tarikh awal muharam so and so

ia berbalik pada  pemahaman sunnah core concept...

i nak tanya u satu soalan laaa nak uji you ni i habaq bebetul

you kan suka quote quran ? cintakan Quran kan u said cantik ayat semua tu

so apa signifikan hijrah madinah ....dengan ayat quran - CER JAWAB soalan ni - u see? ni tak off topic sebab kita cakap signifikan hijrah dengan quran ..punya ayat ....u nak jawab  NI SOALAN 1  dari saya - saya habaq  ni.

sebab u know semua org islam tahu ini yg bljaq sekolah di malaysia , sama lah dengan silibsu yg you dakwa you bljaq sama....

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 11:08 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 3-11-2013 10:56 AM
t.t, nice info... aku memang tahu sebelum nie kalendar hijrah masa zaman umar, bukan zaman nabi... s ...

oh you tak faham boleh tanya, dan i nak jugak habaq tarikh silapke tahun kalendar ke  , adakah itu rukun ?

rukun ke nak tahu awal muharam hijrah ?

okay ni berbalik pada soal pemahaman , ade k org freak out  atau keisingan atau jatuh bangunan sebab oh my god tarikh so and so ?

kalendar konsepnya based on perjalanan jasad samawi - bulan ke bintang ia relative to something.

kita semua tahu pun  sebelum kedatangan islam nama nama bulan tu digunakan  untuk tujua politik dan peperangan ada bulan yg haram perang .

so no big deal, dan ini nak habaq yg bulan bulan itu dah wujud.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.931127 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list