CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7737|Reply: 44

Edisi ankel david mehh: David Teo Sokong Nora Danish

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2013 02:53 PM | Show all posts |Read mode


Semenjak kebelakangan ini, artis-artis di bawah naungan MIG dilanda kontroversi berkaitan dengan kisah percintaan dan kontrak yang ditetapkan oleh pihak MIG berkaitan dengan cinta. Menemui David Teo di majlis tayangan filem ‘Highland Towers’ di Cathay Cineleisure, Damansara pada Isnin, GUA sempat bertanyakan kepada David mengenai perkara ini.

“Bercakap pasal cinta, selagi namanya manusia, selagi itu tidak terlepas daripada cinta. Tapi jadi lebih dramatik apabila ada yang timbulkan cerita cinta sama seperti filem lakonan mereka. Saya tidak hairan dan bagi saya tidak aneh apabila seseorang artis muda perlu melalui pelbagai situasi sebelum berjaya,” jelas David.

“Sepanjang saya terlibat dalam industri hiburan dan perfileman, pelbagai perkara yang saya lalui. Bagi saya bukan perkara yang luar biasa dalam dalam mendidik artis-artis baru ini untuk mereka lalui pelbagai fasa seperti fasa gila glamor, kejutan budaya, buta cinta dan sebagainya. Fasa-fasa sebegini harus ditempuh sebelum menjadi bagus dan popular,” ujar David lagi.

David juga menjelaskan bagi artis-artis di bawah naungan MIG yang mengikut pantang larang, mereka akan berjaya mencipta nama dalam industri.

“Bagi sesiapa yang mengikut pantang larang, mereka akan menjadi bintang popular. Kita lihat sahaja antara bintang-bintang yang dilahirkan oleh MIG seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan Shaheizy Sam, mereka fokus pada kerjaya dan tidak mencampurkan perihal kerjaya dengan hal peribadi.

Seperti Lisa dan Farid, mereka juga telah bercinta, seterusnya berkahwin dan sehingga kini masih mengukir nama dalam bidang ini. Sebab itu saya selalu tegaskan kepada bintang-bintang MIG, terutamanya yang baru mencipta nama untuk fokus kepada kerjaya, bukannya cinta. Ini agensi lakonan, bukan agensi cari jodoh,” tegas David lagi.

Saat ditanya mengenai Nora Danish, artis naungan MIG yang seringkali dilanda isu mengenai kisah percintaannya, David ada penjelasan tersendiri mengenai perkara tersebut.

“Saya anggap itu adalah kebiasaan untuk wanita matang dan mempunyai kerjayanya sendiri seperti Nora. Mengikut umur pun, Nora layak untuk bercinta. Saya akan hormat dan sokong apa jua keputusan Nora kerana statusnya sebagai seorang pelakon yang telah ada nama tersendiri dalam industri, dia layak untuk bercinta. Saya tekankan untuk bintang-bintang baru supaya tumpukan kepada kerjaya dan bukannya cinta,” jelas David lagi.

David juga sempat memberi komen mengenai orang luar yang tidak faham mengenai kontrak pihak MIG berikan kepada artis-artis naungannya.

“Bagi saya, orang luar yang terjebak dalam kontroversi kontrak ini tidak faham dan hanya mengambil kesempatan. Mungkin yang tidak faham itu adalah gila glamor sebab nak tumpang populariti ataupun mereka dengki dan tidak berpuas hati, ibarat kacang lupakan kulit,” jelas David mengakhiri perbualan.
Last edited by tapibukanaku on 30-10-2013 03:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 02:55 PM | Show all posts
penerbit giler glamour....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 02:55 PM | Show all posts
Bolehla bg ND gelang emas pasni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:03 PM | Show all posts
Ankle teoh kiss bontot
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:06 PM | Show all posts
david teo ni nampak je keding, and bodo2 alang tp dasat gak "power" dia menundukkan retis2 melayu supaya keje keras sampai hal bercinta berkawin pun jadi syarat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:14 PM | Show all posts
ok la ankle sudah2 la tu.. ankle mmg de best la.. ok..
sila la tak yh nk kecoh2 lg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2013 03:34 PM | Show all posts
sbb dengan vvip kan...??? tu sbb ko tak kesah benau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:35 PM | Show all posts
biasalah kot pd aku...

cam parent aku...masa awal2 kerja...suh kerja dulu jap...da stabil sikit baru la pikir pasal kawin..tapi

da ok sikit skg masih tak kawin2 pung  






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 03:38 PM | Show all posts
berani DT nak halang ND. sekali kena penampar dengan nedim baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:40 PM | Show all posts
sheetRock posted on 30-10-2013 03:35 PM
biasalah kot pd aku...

cam parent aku...masa awal2 kerja...suh kerja dulu jap...da stabil sikit b ...

setuju ngan ko
uncle david bukan tak bg retis2 baru bawah mig tu kawen
die cuma tekankan suh fokus keje
ni baru2 keje sebok nak kawen, nnt keje ntah ke mane
benda2 ni jd isu sbb kes suharil jawa n hawa tu je
kecoh je la


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 03:44 PM | Show all posts
aurora273 posted on 30-10-2013 03:34 PM
sbb dengan vvip kan...??? tu sbb ko tak kesah benau...

dgn nedim tu. super duper kaya dari ankel david tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:47 PM | Show all posts
David ni dah jadi lalang....kejap ckp itu..kejap ckp ini...

apa saja la daviddddddd
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:50 PM | Show all posts
kalau nora danish bercinta ngan nedim perlukah sheols bekerja lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:50 PM | Show all posts
ala, artis2 yg nak pertikaikan kontrak david ni, x yah la sign agreement, ni dah sign mcm2 lak yg x kena. bodoh piang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 03:57 PM | Show all posts
annehuda posted on 30-10-2013 03:50 PM
kalau nora danish bercinta ngan nedim perlukah sheols bekerja lagi??

wahh uols..da jadi pre mod...

bod manakah itu akan anda takluki?

Comments

utk mengelakkan OT .. hehe... ala bod wayang je ...  Post time 30-10-2013 03:58 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 03:58 PM | Show all posts
azie.dz posted on 30-10-2013 03:47 PM
David ni dah jadi lalang....kejap ckp itu..kejap ckp ini...

apa saja la daviddddddd

berani ke david dgn nd? nd ada ned ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 04:07 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-10-2013 03:58 PM
berani ke david dgn nd? nd ada ned ok?

david terjerat ngann ayat dia sendiri...takut kena hentak ngan ned...dan dan kuar statement sokong ND

u lawak la bro davidddddddddddddddddddddd
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:09 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-10-2013 03:44 PM
dgn nedim tu. super duper kaya dari ankel david tau

ye lah, mana tau nedim tu nak plak berlakon filem arahan dia... fuhhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 04:13 PM | Show all posts
azie.dz posted on 30-10-2013 04:07 PM
david terjerat ngann ayat dia sendiri...takut kena hentak ngan ned...dan dan kuar statement sokong ...

yeahhh bro david.

setakat jed jaidi yg tak menang exco pemuda tu, boleh lah ankel david lawan. ini ned ok, pegawai khas menteri..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:15 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-10-2013 04:13 PM
yeahhh bro david.

setakat jed jaidi yg tak menang exco pemuda tu, boleh lah ankel david lawan ...

ketar lutut debid ekekeke..dan dan sokong ND
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.197910 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list