CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11184|Reply: 65

Mazhab Kristian Yang 'Mirip

[Copy link]
Post time 21-10-2013 11:43 AM | Show all posts |Read mode




Seumur  hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah  mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar  membezakan kristian gaya baru?





Waktu  Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat.  Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum  Muslimin yang sedang  menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah  Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.  Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip  Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya  hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.





Selain  berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai  bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila  kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih  banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka  menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus  sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum  (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).





Hal  yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama  sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian  ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan  sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada  kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang  kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok  juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah  satu persepuluh dari pendapatan.









Kenapa  Ajaran Ini Muncul?





Ada  pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk  mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti  kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh Nabi Isa  as.





Sebagai  seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali  Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari  berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam  berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.

SUMBER ASAL

Last edited by servantforever on 21-10-2013 11:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 12:06 PM | Show all posts
well...untuk aku Agamaku ...untuk kamu agamamu..

I hold what I believe , you hold what you believe...

, then?? biaq pi kat depa ...yg penting luaskan syiar ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:11 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-An'aam 6:116)

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:11 PM | Show all posts
Kenalah TS memahami bahawa kristian itu wujud sebelum Islam dan
apa yang dipaparkan bukanlah ajaran atau mazhab baru.

Agama Kristian sudah wujud di Semenanjung Arab lama sebelum Islam
yang dibawa nabi Muhammad. Alloh menerangkan ahli kitab itu adalah
yahudi dan kristian, dan banyak kefahaman Islam sekarang adalah
masukan atau pendapat ulama yahudi dan kristian, sama ada yang masuk ke
agama Islam atau yang tidak. Banyak cerita-cerita dari kitab-kitab lama
adalah bukilan mereka ini yang juga berbangsa Arab.

Banyak perkara yang mengelirukan telah dimasukkan ke dalam kefahaman
Islam yang kita anuti, nama seperti Hawa dan gambaran tentang malaikat dan
iblis adalah dari pandangan mereka.

Pada nama Allah sendiri mereka sudah mencampurkan yang batil kepada yang
hak. ALLAH itu, jika bahasa arab menjadi AL-LA, AL-LAH, AL-LAK jika diartikan
akan bermakna Maha tiada. Itu dari Alif, Lam, Lam, Ha ...

Jika menggunakan ALLOH, AL-LOH, Alif, Lam, Lam, Ho akan bermakna Maha Ghoib, yang lebih sesuai ...

Jika sudah Allah itu digunakan secara mutlak oleh umat Islam, saya tidaklah mau
mempertikaikannya ...


Di Indonesia penggunaannya sudah jelas, orang Islam menggunakan Alloh dan
kristian menggunakan Allah, iaitu ciptaan dari ulama lama mereka, kristian koptik dan
kristian falangis

Jadi berikan sahajalah perkataan itu kepada Kristian Katolik di Sabah, bukankah
perkataan itu mereka yang menciptakan?

Maha Terima Kasih Alloh ... Last edited by dinsmann on 21-10-2013 12:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:19 PM | Show all posts
dinsmann posted on 21-10-2013 12:11 PM
Kenalah TS memahami bahawa kristian itu wujud sebelum Islam dan
apa yang dipaparkan bukanlah ajaran ...

setuju dgn kenyataan ni..


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 12:20 PM | Show all posts
David Beckham adalah penganut agama ini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2013 12:23 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Ar-Ra'd 13:33)

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 01:09 PM | Show all posts
Quran dan tafsir juga tidak terlepas dari pandangan ahli2 kitab ini !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 01:14 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
(At-Taubah 9:107)

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 02:04 PM | Show all posts
Hmm...terima kasih sbb sudi berkongsi...meluaskan pengetahuan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 02:40 PM | Show all posts
zulka posted on 21-10-2013 12:20 PM
David Beckham adalah penganut agama ini..

which one? I thought David Beckham is 1/4 of jewish blood?sebab grandmother dia a jew i think...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 02:43 PM | Show all posts
dinsmann posted on 21-10-2013 12:11 PM
Kenalah TS memahami bahawa kristian itu wujud sebelum Islam dan
apa yang dipaparkan bukanlah ajaran ...

Kristian yg tiba di Indonesia itu asalnya dari pendakwah mane?dari susur galur Catholic atau Koptic like egypt ?

kalau pun nak mengikuti balik ajaran Isa, bukankah dalam Bible pun ada disebut kedatangan Ahmad bin Abdullah ???

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 09:42 PM | Show all posts
Tidaklah saya mengatakan hendak mengikut kristian pulak, berfikirlah secara
waras sahaja. Kristian itu dah 500 tahun sebelum Nabi. Banyak sekali pengaruh
kristian dalam buku2 lama, kerana ramai penulis dari puak Yahudi dan Kristian pada
masa itu yang convert ke Islam. Yang tak convert pun mungkin membantu. Inilah
yang menyebabkan Islam sekarang tenat. Sepertinya keredhaan Allah sudah
meninggalkan Islam.

Perlulah diingat Nabi Isa itu membawa pengajaran yang benar-benar datang
dari Alloh, hanya pengikutnya yang selewangkan, ambil Dia sebagai tuhan ..

Sekarang ni pun rukun iman dah macam bertambah dengan sunnah dan hadist ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:26 AM | Show all posts
zulka posted on 21-10-2013 12:19 PM
setuju dgn kenyataan ni..

Setahu saya, bukan Kristian yang wujud sebelum Islam... Islam sudah wujud sebelum wujudnya agama Kristian

Islam adalah agama yang dianuti oleh semua Nabi dan Rasul...

Maknanya Nabi Adam AS dan Nabi Isa AS semuanya beragama ISLAM !

Cumanya, agama Kristian itu dipopularkan dengan nama 'Kristian' melalui adaptasi dan penambahan oleh orang-orang Romawi dari sumber agama Islam yang dibawa oleh Nabi Isa AS, setelah kewafatannya (diangkat ke Langit)

Nabi Isa AS membawa ajaran ISLAM yang mentauhidkan Allah.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 22-10-2013 11:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:44 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-10-2013 12:06 PM
well...untuk aku Agamaku ...untuk kamu agamamu..

I hold what I believe , you hold what you believ ...

i love this....
kita tahu dan dapat beza which one for which one...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 11:58 AM | Show all posts
dinsmann posted on 21-10-2013 09:42 PM
Tidaklah saya mengatakan hendak mengikut kristian pulak, berfikirlah secara
waras sahaja. Kristian  ...

sometimes i really doubt about you statement and I am a bit sceptic about the content of your posting. sebab kandungan posting  saudara i tatau u pegang ape , ye? may I ask? i nampak macam a bit hmm......

sat gi macam seorg seniwan/ sasterawan melihat sesuatu

sat gi dengan filosuf  so  u know ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:00 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-10-2013 11:26 AM
Setahu saya, bukan Kristian yang wujud sebelum Islam... Islam sudah wujud sebelum wujudnya agama K ...

exactly...tapi  u know i takut benar org yg stuju tanpa menapis
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:08 PM | Show all posts
minta maap teman nk mencelah..sekadar berkongsi pendapat dan ilmu teman yg setitik nie..pendapat dan perkongsian mike2 yg ade disini semuanye benar...cume ade le satu dua yg teman x berkenan skit perkongsiannye..sebagaimane yg kite tahu semua agama samawi adelah berasal dr syariat Nabi Ibrahim yg pd ketika itu dinamakan agama Hanif...selepas itu nama agama tersebut berubah2 mengikut peredaran zaman...begitu juga tatacara amalan2,hukum2 dan ibadahnye pon berubah same ade ditambah atau ditolak mengikut Nabi2 yg diutuskan kepada manusia..jadi x mustahil jika sekiranye sedikit sebanyak kemiripannye ade...


Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat perintah dan larangan lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:

“ “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “ Dan saya mohon juga dari keturunanku”. Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim.(Al Qur'an Surah 2:124)
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:29 PM | Show all posts
Alhamdullillah

Benar Tuan mnm77   !



Al Baqarah 132 menyebutkan :

َوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya′qub. (Ibrahim berkata):
Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama "ISLAM".



Allah s.w.t sendiri memberitahu Nabi Ibrahim dan Nabi Ya'qub (dan lain lain nabi) beragama ISLAM.


مُسْلِمُونَ


Orang orang Islam.


(tambahan mim dgn nun membawa maksud "orang orang yg')
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.191099 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list