CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31690|Reply: 152

Johan RL kunyah satay utk ozlyn makan?

[Copy link]
Post time 6-10-2013 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Johan utamakan isteri dan anak


Kecoh juga apabila keluar berita Johan Raja Lawak membelikan isteri juga pelakon merangkap pengurusnya, Ozlyn Wati, beg bernilai lebih RM200,000.

Sebenarnya hendak bercerita mengenai Johan menghargai isterinya, kita sudah lama nampak perkara itu.


Kita pernah juga berkongsi cerita dengan awak semua sebelum ini, mengenai bagaimana pelawak yang bergelar penyampai radio di Era FM ini sanggup mengunyah daging sate dan disuapkan kepada Ozlyn disebabkan isterinya tidak boleh mengunyah kerana menjalani rawatan gigi.

Cuma perkara yang kita tidak pernah beritahu awak semua, Johan juga suami yang bagus apabila mengimamkan Ozlyn setiap kali solat. Perkara itu kita lihat Ramadan lalu, apabila pelawak serba boleh itu meminta izin jemaah perempuan lain untuk sembahyang di bahagian perempuan supaya dia dapat mengimamkan isteri tercinta. Kebetulan di bahagian lelaki tiada orang berjemaah.


Niat kita memberitahu awak mengenai perkara ini bukan untuk berbangga bagi pihak Johan, apatah lagi mengimamkan isterinya satu tanggungjawab.


Cuma niat kita berkongsi supaya ia dapat dijadikan contoh bagi orang lain. yang tidak pernah melakukan perkara seperti itu.

Berkesempatan berbual panjang dengan Johan baru-baru ini, dia sempat menjelaskan kepada kita, apa sangat harga beg jikaRM200,000 itu andai hendak dibandingkan dengan pengorbanan dicurahkan isterinyaterhadap dirinya.


Lebih-lebih lagi kalau dinilai, Ozlyn harus bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya, menjadi ibu yang baik dengan mengasuh dan menyediakan keperluan seisi rumah tangga. Kerjaya seninya juga diuruskan isteri sehingga dia berada di tahap sekarang.

Jelas Johan, dia tidak dapat membayangkan dirinya jika tiada Ozlyndi sisi, malah isterinya adalah tulang belakangnya untuk segala perkara, termasuk kejayaan seninya.diraih dalam kerjaya seni.


Dihitung dari semua pengorbanan dilakukan Ozlyn dan kemampuan yang ada, Jelas Johan, menghadiahkan atau memenuhi kehendak isteri tersayang bukan perkara yang seharusnya diperbesar-besarkan. Perkara sama juga dilakukan dengan anak. Kita seronok apabila Johan bersemangat bercerita mengenai keletah tiga cahaya matanya, terutama yang sulung kini berusia lapan tahun dan bersekolah.


Sebagai bapa, dia menitikberatkan agama dalam mendidik ahli keluarganya. Kehendak mereka akan dipenuhi tetapi perkara wajib tiada kompromi. Malah, katanya, dia tersenyum sendiri apabila setiap kali mendengar doa anaknya.


Selepas memohon ampun dan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya, anak sulungnya pasti akan meminta mahu mendapatkan mainan lebih banyak di Toys’R’Us.


Disebabkan itu Johan akan sentiasa mencari masa untuk membawa anaknya membeli-belah di pusat mainan terbesar itu. Malah, dia pernah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk memenuhi impian anaknyamembeli barang di Toys’R’Us di sana. Lebih daripada itu, kita tersentuh hati apabila Johan berkata, pada zaman kecil dia menjalani hidup susah, apatah lagi hidup bersama 12 adik-beradik.


Kalau menjamah nasi harus berpada dan beringat. Jika nasi sudah habisdi pinggan, tidak boleh bertambah.


Disebabkan itu dia tidak mahu keluarganya dan anak tidak menjalani kepayahan yang pernah dirasai sewaktu kecil. Namun satu perkara, jelas Johan, dia akan bertegas dengan anaknya jika mereka tidak menghabiskan makanan atau membazir.


Katanya, disebabkan itu dia sentiasa bekerja keras untuk membahagiakan isteri dan anakKerana hidup susah dia pasti tidak ada masalah untuk tidur di kaki lima atau masjid tetapi tidak isteri dan anak. Sebagai ketua keluarga, menjadi tanggungjawabnya menyediakan segala keperluan mereka.


Kemewahan dirasai sekarang juga sebenarnya datang daripada anak. Dia hanya menumpang rezeki mereka. Disebabkan itu apa saja kehendak keluarganya sebaik mungkin akan dipenuhi. Begitupun, kata Johan, Tuhan jangan dilupakan kerana Dia pemberi rezeki. Berkongsi tip, apabila setiap kali selesai solat, dia akan bersujud dan berdoa meminta diberikan rezeki tidak disangka-sangka.


Kerana rezeki tidak disangka-sangka itulah membuatkan Johan dan keluarganya dapat menjalani hidup dengan senang dan bahagia. Kata Johan pada kita, dia kini mahu Ozlyn mengandung lagi dan kalau boleh seramai mungkin seperti keluarga besarnya kerana rezeki setiap anak itu sudah ditetapkan.


Mendengarkan kata-kata Johan membuatkan kita banyak berfikir.


Orang selalu melihatnya berlawak di pentas tetapi apabila duduk berbual, banyak perkara di luar lingkup dapat kita pelajari. Begitupun, setiap kali berbicara Johan akan merendah diri dengan berkata, “Saya hanya pelawak dan hanya pandai buat orang ketawa.”


***hutoonggg la ozlyn dpt laki camjohan:loveliness
:
Last edited by mixed on 7-10-2013 11:15 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2013 10:56 AM | Show all posts
tapi..bila ingat2kan gossip masa dorang bercinta tu nyampah jugak.
tak sangka end up mcm ni.
sebab awalnya di gambarkan beliau ini semacam apa je..

gambar johan jd imam tu ada kat ig dewi remaja yg lama (lupa plk namanya..khatijah apa tah).
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Wau! Imamkan wife dia??
Johan??
Bagusnye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun x berkira nak spend byk utk anak bini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 11:49 AM | Show all posts
speechless sampai masuk kawasan solat wanita
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 01:37 PM | Show all posts
masa orang mula tahu pasal anak ozlyn yang sulung tu,

dia back up gila-gila ozlyn, kata dah nikah lama sebelum tu..

memang dia sayang habis kat ozlyn ni kan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2013 02:22 PM | Show all posts
So Betul la kisah beli bag 200k tu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... Aku sokong ko Johan! Ini baru betol membesar sebagai Johan!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2013 02:37 PM | Show all posts
sungguh tak sangka..
tu la org kata jgn ukur org dr luar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 02:39 PM | Show all posts
amin...mcmtu la suammi idaman kalbu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi mcmtu sekali.tp nPe ozlyn still nyeksi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 04:27 PM | Show all posts
harap dgn stekmen johan laki dan abah yg baik
takde pompuan mai menggedik nak berlakikan johan
maklumlah johan tu byk duit
jgn ngengade nk numpang kesenangan plak
tahu jelah lelaki di uji ketika dia punyai segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 04:31 PM | Show all posts
betul la tu. ada gambar beg tu kat insta ozlyn

kaler light brown.. hermes tapi tak tau laa berapa RM

harga sebenarnya.. adakah RM 200k atau ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 06:39 PM | Show all posts
Good side of him..
Mungkin ada yg nampak dia huha huha..
Tapi as lelaki utk jadi suami dan bapa yg baik..
Dia da jalankan tanggungjawab tu..

Alhamdulillah.. Semoga ramai lelaki macam johan..
Johan pon mmg da lama minat ozlynn kan.. Sejak dlu lg.

Mungkin dari situ dia dpt cinta sejati.. Ecehh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...rzki ozly dpt somi cam johan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 08:44 PM | Show all posts
tang kunyah sate lepast\ tu kasi ozlyn makan eiiiii geli aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2013 09:36 PM | Show all posts
krustykrab posted on 6-10-2013 08:44 PM
tang kunyah sate lepast\ tu kasi ozlyn makan eiiiii geli aku

Kan tiba2 loya tekak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 09:46 PM | Show all posts
krustykrab posted on 6-10-2013 08:44 PM
tang kunyah sate lepast\ tu kasi ozlyn makan eiiiii geli aku

kan...ada rasa sate lagi ke?? jus daging yg sedap johan yg telan, hampas daging bagi kt bini...yeakkk


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 10:01 PM | Show all posts
bertuah sungguh 0zlyn...tahniah mempunyai suami yg bertanggungjawab...ramai p0mpuan diluar sana kejar si j0han pasnih...h0h0h0
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2013 10:11 PM | Show all posts
erm..rasanya yg kunyahkan sate just hancurkan sikit je kot..

so that ozlynn senang makan n telan..

xde lah sampai hilang jus daging semua tu..

mcm mak2 selalu buat kunyahkan isi ayam anak kecik dorg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.060354 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list