CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14364|Reply: 121

[Jenayah] Tukang kebun direman liwat 7 pelajar lelaki

 Close [Copy link]
Post time 20-9-2013 09:46 AM | Show all posts |Read mode

  • Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk mendapat perintah tahanan reman.



KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat tujuh pelajar lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan di rumah sewanya, di Kampung Pasir Panjang, di sini.

Suspek yang berusia 56 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsianya terbongkar kelmarin, selepas salah seorang daripada mangsa mendedahkan peristiwa hitam itu kepada ibu bapanya.

Menurut sumber, mangsa berusia 13 tahun telah memberitahu kejadian dia diliwat oleh suspek, kepada kedua ibu bapanya semasa berada di rumah kira-kira jam 10.30 malam, 17 September lalu.

Lebih mengejutkan, mangsa turut memaklumkan beberapa rakannya turut menjadi hamba seks kepada suspek yang layak dipanggil ayah itu.

“Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga mangsa bersama beberapa penduduk kampung segera ke rumah suspek bagi mendapatkan kesahihan di sebalik cerita anaknya iaitu kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin).

“Sebaik sampai di rumah suspek, keluarga mangsa yang gagal mengawal perasaan marah bertindak menyerang dan memukul suspek, lebih-lebih lagi selepas mendengar pengakuan suspek melakukan perbuatan jijik itu,” katanya, semalam.

Bagaimanapun jelasnya, polis yang dimaklumkan juga kejadian berkenaan sebelum itu segera ke rumah suspek bagi mengawal keadaan sebelum menahan suspek, kira-kira sejam kemudian.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati, suspek yang masih menjalani parol di sini, dipercayai menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai mangsa dengan mengumpan mereka ke rumah untuk makan, sebelum memuaskan nafsu jijiknya itu.

“Selain memberikan makan dan minum, suspek turut memasang video lucah bagi merangsang mangsanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Jelas sumber, suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu, baru tamat menjalani hukuman penjara Oktober tahun lalu.

Sehingga semalam, seramai tujuh remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan suspek yang direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September depan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377C kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 09:49 AM | Show all posts
Dah masuk penjara
Memang lagi aktif lah meliwat
Tu yg ketagih bila dah kuar penjara
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 09:50 AM | Show all posts
bersiap sedia la pakcik a.k.a atok oiiitt utk diliwat plak dalam penjara nanti..

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:01 AM | Show all posts
xselamat jd budak laki lagi...lepas diliwat otomatik jd lembut
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:02 AM | Show all posts
dah penat berkebun ko bercucuk tanam dgn pelajar 13 thn plak yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:15 AM | Show all posts
ngeri btol lah pacik neh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2013 10:18 AM | Show all posts
tua ganyut dh pon....bape jumaat je lg..siot la
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:09 PM | Show all posts
takkan budak 13 tahun tak boleh lawan atuk umor 56 tahun mungkin atuk telah dikonspirasikan oleh pihak tertentu
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 12:16 PM | Show all posts
salah satu profesion yg boleh dicuragai selepas ini..selepas cekgu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:38 PM | Show all posts
"siasatan awal mendapati, suspek yang masih menjalani parol di sini, dipercayai menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai mangsa dengan mengumpan mereka ke rumah untuk makan, sebelum memuaskan nafsu jijiknya itu."

so dia mmg dah target mangsanya dgn begitu mudah sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:43 PM | Show all posts
STONER posted on 20-9-2013 11:39 AM
sarjan rosli rambut belah tengah tu beb

tetiba teringat Dr Rozmey...



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:59 PM | Show all posts
Bersedia lah pakcik ni untuk dikebunkan secara beramai2 nanti di penjara
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:44 PM | Show all posts
harap2 ke tujuh2 bdk lelaki tu tidak memilih menjadi gay selepas ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung lah dik. Ponteng sekolah dapat bonus liwat. Selayak nya lah dengan adik adik pemalas sampah masyarakat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 01:55 PM | Show all posts
da kne sebat pn xinsaf lg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 02:03 PM | Show all posts
Jelas sumber, suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu, baru tamat menjalani hukuman penjara Oktober tahun lalu.


erm.. patut x dia keje tukang kebun kat sekolah yg pasti nya ramai bebudak..  
main amek jer.. x tgk latar belakang..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 02:23 PM | Show all posts
nengok muka org tu ni mmg mcm malaun................
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:01 PM | Show all posts
bodoh betol atok nih...tergamak ngko buat cenggitu......yg ko liwat tu mane lah tau bakal pemimpin ke.... kang tak pasal2 nnt wujud pemimpin yg pro-lgbt... yelaa.mula2 xsuka..lelama, kesedapan gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:04 PM | Show all posts
tahilalatmanis posted on 20-9-2013 01:44 PM
harap2 ke tujuh2 bdk lelaki tu tidak memilih menjadi gay selepas ni....

Ketentuan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:24 PM | Show all posts
azab...bdk2 tu diberi pil khayal kot...xkn la bdk2 suka ponteng ni xleh melawan..biasa yg ponteng2 ni jenis bad boy yg keras2,,,,hihihi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074541 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list