LOKASI seorang tahanan lelaki lolos selepas mengadu sakit perut di Hentian Rehat dan Rawat Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Lekas dekat Seremban kelmarin.
SEREMBAN , 3 September- Seorang tahanan kes dadah meloloskan diri selepas berpura-pura mahu membuang air besar di Hentian Rehat dan Rawat Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.10 pagi itu berlaku ketika dua anggota polis pengiring dalam perjalanan menghantar suspek, B. Kishminderjit Singh, 39, ke Penjara Simpang Renggam, Johor dengan sebuah van polis.
Satu sumber berkata, ketika dalam perjalanan, Kishminderjit mengadu sakit perut menyebabkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai memberhentikan kenderaan di kawasan rehat berkenaan
p/s basah la polis pengiring tu...akan dinilai samada SOP lepas banduan buang air diikuti atau tidak?
Last edited by tongkatwaran75 on 4-9-2013 07:30 PM
|