CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4147|Reply: 10

Noor Zia Atmar, Ahli Parlimen Wanita Pertama Afghanistan Minta Cerai

[Copy link]
Post time 15-8-2013 10:47 AM | Show all posts |Read mode


Menurut laporan Sinar Harian, Noor Zia Atmar merupakan ahli parlimen wanita pertama Afganistan berjaya menuntut cerai dari suaminya selepas menderita menjadi mangsa dera. Wanita tersebut sebelum ini merupakan salah seorang wanita yang telah menjadi contoh dengan menunjukkan bagaimana hak-hak wanita dipulihkan selepas kejatuhan zaman Taliban tahun 2001.

Malah, paling menyedihkan lagi Atmar yang berusia 40 tahun telah menetap di rumah kebajikan selepas  melarikan diri daripada suami yang kejam termasuk keluarga sendiri yang menderanya. Atmar memberitahu pemberita: “Kaum wanita kini berada dalam keadaan yang lebih buruk.

“Setiap hari mereka dibunuh, telinga, hidung mereka dipotong, ia bukan sahaja wanita di kampung tetapi juga perempuan seperti saya,”katanya.

Atmar kembali bersama keluarganya ke Afghanistan dari Pakistan pada tahun 2001, setelah pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang membuang Taliban.

Beliau berkhidmat di Parlimen yang pertama setelah pilihan raya pertama negara ini pada 2005 dan telah memainkan peranan penting terutama mendapatkan undang-undang bagi mengharamkan lebih 20 perbuatan ganas terhadap wanita.

Bagaimanapun keadaan itu berubah setelah beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Ini kerana, setelah Atmar kalah dalam pilihan raya, suaminya yang diharap memberi kata-kata semangat dan sokongan nyata tidak berbuat demikian sebaliknya melakukan penyeksaan ke atas dirinya.

“Apabila suami saya mabuk, dia akan mendera saya, ia satu penyeksaan, dia juga melarang saya menggunakan telefon.

“Bila saya meminta perceraian, keluarganya tidak membenarkan. Mereka mengatakan ini sebuah masyarakat tradisional dan dengan tindakan saya ini akan membuat malu keluarga,” jelas Atmar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2013 04:57 PM | Show all posts
byk jugak kes2 penderaan isteri kt Afghan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 09:45 AM | Show all posts
mcm mana la org bkn islam nk pndg islam tu baik, perangai msg2 cm claka,
lbih2 lgi msyarakat dunia tahu negara tu negara islam . *sigh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 03:36 PM | Show all posts
mmg pelik kalau baca pasal penderaan kat Afghanistan. Sampai potong hidung, potong telinga...patutla negara tu jadi mcm tu...dah perangai kebanyakkan rakyat mcm hampas kelapa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 06:51 PM | Show all posts
huish..kalau dah zalim smpai potong2 anggota segala, xkan x ada undang2 bagi isteri fasakh. tradisional kebendanya.
Islam x ajar org laki boleh zalim kat isteri macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 01:55 AM | Show all posts
moga beliau selamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2013 02:33 AM | Show all posts
apela zalim sgt, dlm islam xdibolehkan, dorg ni xmengikut ajaran islam ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2013 02:34 AM | Show all posts
Sekali tengok muka, macam selat teberau pun ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik.kalau ikt,diorg lg tahu hukum.ni blh plak ckp ikt masyarakat.pelik tol
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 12:58 PM | Show all posts
lelaki x gunaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:22 AM | Show all posts
macam tak percaya jek kat afgan macam tu...haihla...

awat nak mendera isteri pergilah berperang membantu negara2 islam lain yang sedang bergolak...kan ke lebih menguntungkan...



ape punya lelaki...jantan syialll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.650488 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list