CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5138|Reply: 39

[Tempatan] {11} Menteri pelancongan risau jenayah tembak jejas sektor pelancongan !

[Copy link]
Post time 3-8-2013 04:49 PM | Show all posts |Read mode
2013/08/03 -  16:39:17 PM

KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meluahkan kebimbangan kejadian jenayah tembak yang berleluasa kebelakangan ini akan menjejaskan kehadiran pelancong.

Katanya, walaupun setakat Jun lepas kedatangan pelancong meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, penyebaran berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung kepada ketibaan pelawat ke negara ini.      


      Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kementerian akan terus memainkan peranan secara agresif dalam mempromosikan dan meyakinkan pelancong bahawa keadaan adalah terkawal, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan dan Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Padang Rengas, di sini hari ini.      
      
Menurut Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, ketibaan pelancong sedikit terjejas ketika negara ini dilanda jerebu baru-baru ini.  

Sementara itu, mengulas tajuk berita akhbar Singapura, The New Paper 'Welcome to Malaysia where... Death is Cheap and Staying Alive Costly,' Mohamed Nazri menganggap tajuk berita itu suatu yang adil.

"Ini bukan suatu yang memburukkan kita, kerana Singapura juga pakejkan pelancong mereka dengan selatan Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Kalau mereka kata jangan datang ke Johor, pelancong pun tidak akan pergi ke Singapura.

"Kalau mereka sengaja kata Malaysia bahaya, ia juga akan menjejaskan pelancongan negara mereka," katanya.      

Tajuk berita itu yang antara lain bermaksud di Malaysia nilai nyawa manusia murah dan kos untuk terus hidup dengan selamat pula tinggi dengan tajuk kecil dan gambar warga Singapura berstatus Pemastautin Tetap yang cedera ditembak kini berbelanja $3,200 sebulan untuk pengawal peribadi, dipapar akhbar berkenaan pada Rabu lepas.

Mengenai langkah Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu kepada 14 hari, Mohamed Nazri berkata usaha itu diambil demi keselamatan negara.

Beliau berkata tempoh yang singkat itu memudahkan pergerakan rakyat asing di negara ini dikesan berbanding dengan tempoh 90 hari.

Jumaat lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata tempoh bagi VOA dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia. - BERNAMA

p/s tak lena tido Ahmad Zahid Hamidi...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2013 04:56 PM | Show all posts
kalau jenayah ini menjejaskan pelancung...ianya akan menjejaskan ekonomi Malaysia..bila menjelaskan ekonomi Malaysia...kuasa beli tak ada...bila kuasa beli tak ada...banyak lah kedai2 yg akan tutup...bila kedai2 ditutup, maka ramai lah yg tak ada kerja...bila ramai tak ada kerja, maka ramailah yg akan menganggur...bila ramai yg menganggur, ramai lah yg akan susah, bila ramai yg susah, maka banyak lagi lah jenayah.

masa tu aku padankan je lah muke2 depa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 05:09 PM | Show all posts
ni bukan menghina malaysia ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 05:09 PM | Show all posts
peYno posted on 3-8-2013 05:09 PM
ni bukan menghina malaysia ke ???

cepatnya sentap...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 05:18 PM | Show all posts
Pelancong ada jadi sasaran ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 05:20 PM | Show all posts
darul shooter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2013 08:56 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 3-8-2013 05:20 PM
darul shooter

Tp depa & macai kata Malaysia msh aman & selamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 09:26 PM | Show all posts
rakyat mampos kami tak kesah sangat (kalu panas buntut sangat kita salahkan pembangkang)....asal pelancong tak lari cukuplah....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2013 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn risau la...yg kene tembak tu adalah geng kongsi gelap gak...

Laporan kata mangsa tdiri drpd
... musuh penembak...
... geng genster lain....
... tp yg xbest... yg golongan ni...
.... saksi yg mnyeret mrk masuk pjara or yg bhubungan ngan mrk spt pnjawat awam yg jujur xnak terima rasuah.... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 09:30 PM | Show all posts
apa keje gomen tah la...duk risau risau ja...dah la hukuman mcm hape....


anak dato membunuh pun boleh terlepas,.....manala kadar jenayah tak makin meninggi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 09:38 PM | Show all posts
cubby_qt posted on 3-8-2013 09:29 PM
Jgn risau la...yg kene tembak tu adalah geng kongsi gelap gak...

Laporan kata mangsa tdiri drpd
...

kesimpulannya ialah if u can't beat them, join them
marilah kita semua jangan jadikan diri kita musuh gangster2 ini...lebih afdhol jika jadi talibarut mereka...
kerna malaysia penyangak yg punya....kalu kita tak kacau depa, depa pun tak kacau kita, biarlah depa nak buat kerja2 gangster depa....asal kita dan kaum keluarga kita selamat cukuplah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 3-8-2013 09:38 PM
kesimpulannya ialah if u can't beat them, join them
marilah kita semua jangan jadikan diri kita  ...

Har har har... sinisnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 09:43 PM | Show all posts
menteri pelancungn risau xde pelancong, menteri dlm negeri lak camneee.. masih in denial kah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 10:26 PM | Show all posts
diharap menteri pelancongan tidak terlalu risau...kerna negeri melaka sudah bertahun buat pelancong rasa sangat selamat....

Poco-poco mesrakan polis, pelancong



MELAKA 30 Julai –- Kita tentu biasa melihat pegawai polis lengkap berpakaian seragam berkawad. Tetapi pernahkah kita melihat mereka menari poco-poco atau melakukan tarian ala hindustan dengan pakaian tersebut?

Ada yang memikirkannya lucu, tetapi itulah yang dilakukan kira-kira 70 pegawai polis dari balai polis di seluruh negeri Melaka yang mengambil bahagian dalam acara tersebut di sini malam tadi.

Persembahan julung kali diadakan di Banda Hilir itu bertujuan merapatkan hubungan anggota polis dengan para pelancong.

Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC II Kamal Pasha Jamal berkata, pendekatan baru tersebut dilakukan supaya pelancong asing berasa selesa dan selamat ketika berkunjung ke negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz2aurFpcBh
© Utusan Melayu (M) Bhd


POLIS BERPOCO-POCO ATAU MENARI TARIAN HINDUSTAN = PELANCONG RASA SELAMAT
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 10:29 PM | Show all posts
Risau kpi ke nazri?or kpi sebenarnye mmg xjalan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 12:23 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 3-8-2013 08:56 PM
Tp depa & macai kata Malaysia msh aman & selamat

kt NZ senapang berburu biasa je jual kt kdai outdoor, xde pun org nak shoot kehulur kehilir tembak org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2013 12:47 AM | Show all posts
noor2 posted on 3-8-2013 09:30 PM
apa keje gomen tah la...duk risau risau ja...dah la hukuman mcm hape....

bukan ke anak si nazri ni sendiri ke ada kes bunuh samseng?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 12:48 AM | Show all posts
apasal mau risau lak? kalau tak suka, jgn datang malaysia laa......! bodoh punya warga asing.....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 01:03 AM | Show all posts
malaysia bukan negara paling bahaya utk pelancong...lain laa somalia ker mana...even brazil sangat bahaya pada pelancong...x payah laa risau sangat...new york tu lagi bahaya ...lagipun yg kena bunuh ni xder kena mengena ngan pelancong...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 01:21 AM | Show all posts
wat ms ni ye mmgla takde pelancong asing yg kene tembak, tp yg aku agak risaukan sbb mudah sgt dpt senjata api kt malaysia ni. tak mustahil one day ade plak kejadian rompak kedai barang kemas ke, rompak bank ke pakai senapang, tertembak plak org awam yg tak bersalah ms tembak menembak tu. sahlah malaysia jadi malaysia darul mexico
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049516 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list