CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1631|Reply: 7

[Tempatan] Kes mati ketika ditahan polis peronda disiasat

[Copy link]
Post time 5-7-2013 08:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan adil berhubung kes kematian seorang lelaki berusia 53 tahun yang meninggal dunia ketika ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan ditahan dalam satu kejadian mengejar suspek oleh dua anggota polis peronda (MPV) di Jalan Barat off Jalan Imbi di sini kira-kira 12.15 pagi tadi.

"Semasa anggota polis cuba melakukan tangkapan terhadap pemandu kereta Proton Waja itu, telah berlaku sedikit pergelutan sebelum lelaki berkenaan berjaya ditahan.

"Bagaimanapun beliau didapati tenat dan ambulans telah dipanggil sebelum lelaki berkenaan disahkan mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.

Zainuddin berkata hasil laporan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan dalaman mahupun luaran dan jantung serta organ dalaman berada dalam keadaan baik.

Katanya, bagaimanapun punca kematian lelaki berkenaan masih belum diketahui sementara menunggu hasil laporan kimia yang akan dikeluarkan.

Beliau berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga mendiang oleh doktor yang menjalankan pembedahan.

Beliau menambah setakat ini anak mangsa membuat laporan polis dan anggota yang membuat tangkapan turut membuat laporan dengan menerangkan tujuan dan keadaan mendiang ketika ditangkap. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 08:54 AM | Show all posts
pulak....



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:38 PM | Show all posts
macam2 ada..penat or ada jantung kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:40 PM | Show all posts
habisla polis kene saman lagik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 03:48 PM | Show all posts
kes aneh. kena tanya Men In Black
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:51 PM | Show all posts
x darah tinggi, lemah jantung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 03:51 PM | Show all posts
sakit jntung kot........
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 05:00 PM | Show all posts
ajal dia dah sampai....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042406 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list