View: 38889|Reply: 60
|
Raja-Raja Melayu adalah Keturunan Nabi Muhamad saw
[Copy link]
|
|
Raja-Raja Melayu adalah Keturunan Nabi Muhamad saw
Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganggap raja adalah keturunan atau penitisan dewa. Orang tak berani melawan raja kerana "daulat", takut terkena "tulah". Hal ini mengukuhkan institusi raja.
Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb.
Sejarah Melayu juga merekodkan bahawa Parameswara berasal daripada Keturunan Iskandar Zulkarnain yang berasal dari Macedonia.
Fakta-fakta kontemporari menunjukkan bahawa Zulkarnain tersebut bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran seperti yang didakwa Tun Sri Lanang. Iskandar Zulkarnain (Alexander the Posser of Two Horn), bukanlah Zulkarnain yang terdapat dalam al-Quran, kemungkinan besar merujuk kepada Cyrus the Great.
Kedua-dua buku dikarang selepas kedatangan Islam.
Kita tinggalkan dulu keturunan raja-raja Melayu ini dan fokus pada 4 Raja Melayu yang BARANGKALI (saya tak kata "pasti") merupakan keturunan Nabi Muhammad melalui anak-anak Fatimah Azzahra dan Ali iaitu Hassan dan Hussain. Dan bukan pula niat saya untuk meneruskan penghormatan ekstrem terhadap raja-raja apabila menggariskan keturunan mereka kepada Nabi Muhammad SAW seperti zaman feudal Melayu. Artikel ini sekadar perkongsian. Saya tak percaya pada daulat dan tulah, dan mungkin boleh dikatakan kehilangan ketaatan ekstrem kepada raja.
Baiklah, kita lanjutkan kepada isu hari ini. Seperti yang kita tau, "Syed" merupakan gelaran hormat untuk keturunan Hussain. Terdapat seorang raja Melayu yang memakai gelaran "Syed" pada namanya, iaitu raja Perlis. Kemungkinan besar baginda adalah keturunan Hussain bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW.
Lalu, yang mana 3 orang lagi? Hanya ada 1 raja Melayu yang memakai gelaran "Syed"~!
Yang tiga orang lagi merupakan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Korang mesti pernah dengar nama ni dalam buku sejarah. Dia Bendahara Sri Maharaja yang terkenal. Beliau merupakan Bendahara Johor sewaktu Sultan Mahmud Syah II.
Sultan Mahmud Syah II terkenal dengan nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, mangkat tanpa waris yang sah. Anak Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Tun Habib menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II. Putera sulung Tun Habib ini merupakan pengasas Dinasti Bendahara dalam Empayar Johor.
Dengan beranggapan Sultan Ali adalah sah, sebanyak 8 keturunan Sultan Abdul Jalil melalui Dinasti Bendahara menjadi Sultan Johor hinggalah pepecahan Empayar. Dinasti Bendahara kekal sebagai Sultan di Riau-Lingga manakala Dinasti Temenggung mengambil alih Kesultanan Johor.
Tetapi masih saja Sultan Johor berketurunan Tun Habib. Hal ini adalah kerana Kerabat Temenggung berasal daripada keturunan salah seorang anak Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II, Tun Abbas - bukan anak gahara Sultan. Keturunan Tun Abbas jugalah yang menjadi Bendahara Pahang, sebelum Bendahara Pahang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Johor dan menubuhkan kesultanan sendiri.
Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama merupakan anak kelima Bendahara Tun Habib.
Maka, dapat disimpulkan bahawa, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, dan Sultan Johor moden merupakan keturunan Tun Habib. Apa signifikannya keturunan Tun Habib?
Moyang Tuh Habib adalah seorang ulama immigran Arab Hadrami, Sayyid Abdullah Al-Aidrus. "Habib" merupakan varians bagi "Syed" di Aceh.
Sayyid Abdullah Al-Aidrus merupakan keturunan Sayyid Abu Bakar Al-Aidrus, yang dianggap Wali bagi penduduk Adan. Abu Bakar Al-Aidrus merupakan keturunan Ja'afar al-Sadiq.
Ja'afar al-Sadiq adalah pengasas Mazhab Ja'afari Syiah, salah seorang Imam 12 bagi Syiah, guru kepada Al-Jabir (Bapa Kimia Moden), Imam Hanafi, Imam Malik (Kalau tak kenal dua orang ni tak tau la) dan Wasil bin Ata' (pengasas Mu'tazillah).
Jaafar al-Sadiq merupakan keturunan ke 6 Ali bin Abi Thalib melalui Hussain.
Apabila mengkaji keturunan raja-raja Melayu, sangat jelas sekali bahawa Sultan Johor, Pahang dan Terengganu merupakan keturunan paternal Hussain dan tidak terputus. Sultan Perlis, memang 100% keturunan Sayyid. Keturunan Tun Habib menggugurkan gelaran "Habib" mereka ketika waktu itu, Aceh sedang berperang dengan jiran tetangganya. Memakai gelaran "Habib" (iaitu varians "Syed" di Aceh) boleh menimbulkan prasangka.
Tun Suzana Tun Haji Othman dan Haji Muzaffar Dato' Haji Mohamad yang membuat kajian mengenai "Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan Kesultanan Melayu" terbitan Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2006; telah mengemukakan bukti salasilah keturunan kerabat DiRaja Perlis, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan Tunku Besar Tampin yang bersusur galur daripada keturunan Rasulullah s.a.w. melalui cucu kesayangan baginda iaitu Hasan dan Husin. Lihat rajah di bawah
Maka bertepatanlah sekiranya Raja-Raja Melayu ini ditumpahkan kesetiaan yang setara dengan kemuliaan keturunan Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Raja-Raja Melayu dalam Perkara 32, 38 dan 181.
Ingatlah bahawa penarikan imuniti Raja-Raja Melayu (pindaan 1993) hanyalah termaktub atas sifat peribadi baginda semata-mata, iaitu seandainya baginda berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang; itupun baginda hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas (Perkara 181) dan bukannya di mahkamah biasa seperti kita. Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Jika Fatimah mencuri, maka akan ku potong tangannya."
Akan tetapi, sekiranya Raja-Raja Melayu bertindak dalam bidang kuasa tugas rasmi baginda, maka Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan serta imuniti sebagaimana yang disahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kepada Rakyat Raja khususnya anak-anak Melayu, ingatlah bahawa PERJANJIAN yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba itu bukannya dibuat untuk suka-suka. Indonesia sudah terkena tulahnya. Jangan pula kita bawa budaya derhaka yang sama di negara penuh rahmat yang bernama Malaysia ini.
Apapun, saya setia pada raja bukan kerana mereka keturunan Nabi melainkan kerana mereka masih saja melaksanakan ajaran Islam dan sunnah Nabi. Jikalau mereka kehilangan hal ini, tak kiralah apa pun keturunan mereka, pasti saya tidak akan setia pada mereka. Saya menyeru kepada orang Melayu untuk kembali setia pada raja kita, selagi mana mereka berlaku adil.
Semoga Allah memberkati Muhammad dan Keluarga Muhammad, Semoga Allah memberkati Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Semoga doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Fatimah dan Ali itu termakbul... Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Allah memberkati aku juga.
Hadith Rasulullah saw berkenaan pemerintahan Beraja
"Tujuh macam orang, yang Allah swt telah berjanji akan melindungi mereka di bawah perlindunganNya, di masa tidak ada perlindungan, kecuali perlindungan Allah, pertama; raja yang adil..." (HR Syaikhan)
"Dunia itu perbendaharaan yang hadir, yang memakan daripadanya orang baik dan orang yang durhaka, dan akhirat itu perjanjian yang benar, menghukum padanya raja yang adil, membenarkan yang benar dan membatalkan yang batal, maka hendaklah kamu menjadi anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya tiap-tiap ibu mengikuti akan dia anaknya." (HR Muslim)
"Apabila Allah menghendaki akan kebaikan dengan raja, Allah menjadikan baginya wazir (perdana menteri) yang baik (jujur), jika ia lupa, wazirnya akan memberi peringatan padanya, dan jika dia ingat, wazirnya akan menolongnya. Dan apabila Allah menghendaki dengannya selain demikian, Allah menjadikan wazirnya yang jahat, apabila raja lupa, tidak ada yang mengingatkannya, dan apabila raja ingat, tidak ada yang menolongnya." (HR Nasa'i)
"Adil itu baik, tetapi raja-raja lebih baik berlaku adil. Pemurah itu baik, tetapi orang-orang kaya lebih baik pemurah, wara' itu baik, tetapi ulama-ulama lebih baik baik mempunyai sifat wara' (menjauhkan dirinya dari dosa), sabar itu baik, tetapi orang-orang miskin lebih baik bersabar. Taubat itu baik, tetapi orang-orang muda lebih baik bertaubat. malu itu baik, tetapi wanita-wanita lebih baik mempunyai sifat-sifat malu." (HR Dailamy)
"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang-orang yang teraniaya. Barangsiapa yang memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari Qiamat." (HR Ibnu An-Najjar)
"Sultan yang adil dan merendahkan diri adalah payung dan tombak Allah di dunia. Allah akan mengangkatnya sebagai 70 orang-orang yang benar." (HR Ibnu Abi Syaibah)
"Dua golongan, apabila baik mereka, maka baiklah masyarakat; iaitu umarak dan ulama." (HR Abu Nuaim)
Pendapat Ulama Tentang Kelebihan Institusi Beraja Islam
Al Imam Ghazali memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;
"Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tiadalah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama ialah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu ialah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."
Syeikh Baihaqi meriwayatkan daripada Kaab al-Ahbar yang bermaksud;
"Sesungguhnya bagi setiap zaman itu ada Raja yang dibangkitkan Allah ke atas hati para manusia zaman itu, maka apabila Allah menghendaki kebajikan untuk mereka (rakyat), Allah akan membangkitkannya sebagai pembawa kebajikan, dan apabila Allah bertujuan untuk membinasakan mereka, Allah akan membangkitkan orang mewah daripada kalangan mereka."
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengamuk la keturunan Klan Al-Idrus bila Tun Suzana suk2 dia je nak MENYAMBUNG salasilah Tun Habib Abdul Majid ke dalam Klan Al-Idrus...
Sayyid Abdullah Al-Idrus tidak pernah menjejakkan kaki ke Acheh. Paling2 jauh beliau pernah pergi ke Timur adalah di India. So, camner Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus bleh lahir di Acheh. Sayyid Zainal Abidin ni Penjaga Naqib Al-Idrus dan dilahirkan di Kota Tarim, Hadramaut Yaman.
Tiada rekod salasilah Klan Al-Idrus di Tanah Melayu mahupun di Indonesia keberadaan nama Tun Habib Abdul Majid dalam salasilah diorang. Last2 Tun Suzana mengaku depan Persatuan Asyraf (Penaung adalah Raja Perlis) dia saja je MENYAMBUNG salasilah Tun Habib Abdul Majid.
So, kesimpulannya aku bukan keturunan Al-Idrus...
Ce tt kaji kaitan keturunan Tun Habib Abdul Majid dengan Sayyid Jamadil Kubro yg menurunkan keturunan Wali 9 dan Kesultanan Pattani/Kelantan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks 4 sharing.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hal keturunan Rasulullah janganlah buat mudah sambung-menyambung tanpa silsilah yang sah. Di Terengganu sendiri ada pengkaji keturunan Al-Aydarus (sebutan betul) bukan Al-Idrus iaitu Syed Fadhil. Hal buku Tun Suzana sudah dibuat pembetulan semula oleh beliau, jadi kepada peminat beliau janganlah menyambung cerita yang tidak sahih sedangkan beliau sudah membuat pembetulan silsilah syed. Bahkan dalam forum di http://www.asyraaf.org/forum/thread-669-1-1.html dah berbakul2 orang duk berbahas.
Pembetulan dibuat oleh Tun Suzana: http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/ralat.html
Dulu mungkin keturunan raja Melayu dari syed2 tapi sekarang banyak dah putus silsilah. Setengah orang kita suka memakai gelaran syed sedangkan sanad dah putus. Amatlah berdosa silsilah dah putus tetap memakai gelaran Syed kerana mengambil barang yang bukan hak kita.
Last edited by te_peng on 24-5-2013 04:17 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan raja Kedah yang pertama berasal daripada keturunan Raja Gameron (moden: bandar Abbas) di Parsi. Sehinggalah kini, keturunan Maharaja Derbar Raja (tak tau pulak nama Parsi dia macam mana..) menjadi raja Kedah. Menurut buku ini lagi, Derbar Raja berasal dari keturunan Zulkarnain. Ada juga kisah geroda disumpah Nabi Sulaiman dsb. Raja dari bangsa belasahan yang hina senang senang boleh datang kedah untuk jadi raja bangsa melayu yang canggih,gagah & mulia ? Hahahahaha. Kantoi. Ini belum lagi disuruh tunjuk rujukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wooow ... Tak salahlah jika Bangsa Melayu + Raja-rajanya diklaim sebagai Bangsa Paling Mulia di dunia dan Akhirat.... Mereka akan selalu senang sejahtera di dunia dan akan masuk surga ketika mati ....Mereka-lah orang-orang suci yang termulia di sisi Allah SWT ... Sedangkan Bangsa-bangsa lain, terutama China dan India, tidak setaraf mulianya dengan Bangsa Melayu sehingga wajib diusir dari Tanah Suci dan Paling Mulia - Tanah Melayu ..... karena tidak patuh dan tidak memilih Parti BN, parti yang dibuat dan dibentuk oleh Bangsa Terpilih ..... Last edited by mdalipunte on 25-5-2013 09:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
aku penah bace satu buku sal bende2 cam nie.. tp lupe..
actually dlm buku tue kate golongan pemerintah suke kaitan kan keturunan diorg nie dgn golongn2 cm Rasulullah ntok naekkan martabat diorg..
kononye dirog nie dari keturunan yg baek2, so sesuai dijadikan pemimpin..
cam before diorg sume tue islam, kan dirog dikaitkan ngn keturunan2 dewa2 hindu buddha.. cam parameswara sendiri..
tp perlis mmg betol kan dari keturunan Rasulullah.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaa hai... menyampah kalau ada yg masuk bab politik ni |
|
|
|
|
|
|
|
so..aku ketunanan yg ke brape puluh,...
yg ke >20 dah nih...
Thanks for the info... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak pandang keturunan...
Pelik aku dgn bangsa MElayu.. Seboleh-bolehnya nak kaitkan jugak dgn susur galur bangsa Arab..
Sangat tipikal dan terhina aku dgn cara sebegini..
Walhal baik atau buruk seseorg itu adalah sikap dan didikannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
malangnya kuasa raja2 melayu (yg disyaki keturunan nabi muhammad) telah pon
dihapuskan oleh keturunan pelampau hindraf bertaraf tun.
hari nih pelampau hindraf dah berjaya melolos masuk dlm barisan kabinet.
ada kemungkinan tak mereka mampu pergi lebih jauh (dptkn jawatan sultan) ??
|
|
|
|
|
|
|
|
mdalipunte posted on 25-5-2013 09:11 AM
Wooow ... Tak salahlah jika Bangsa Melayu + Raja-rajanya diklaim sebagai Bangsa Paling Mulia di duni ...
ak xrase bangsa Melayu adalah bangsa mulia..
coz bangsa yang mulia adalah bangsa yang menggunakan bahasa syurga..
#just my 2 cent
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm kdg2 bosan gaks..orang2 yg mengagung-agungkn kerabat2...nih..hu3...tak kisahlah hang dari krabat mana pun..asal dari tanah balik ke tanah jugak..dikapan kain puth jua'...takdak pun sultan2 raja2 kita yg dikapan guna kain berbenang emas...kekuningan.... |
|
|
|
|
|
|
|
yg kaki mabuk, kaki betina, pukul org, bunuh org, gay tuh pon keturunan Rasulullah juga? |
|
|
|
|
|
|
|
heh....sistem feudal ni dh x relevan lah...menyusahkan idop orang2 biase nk kene sambut bagai bile nk datg kampong org....pasal kaki pukul/mabok/pompuan/tahi judi ni xyah sebut lah...semua orang dh sedia maklum dh pon...tapi ramai yg buat2 tutup sebelah mate...puihhh |
|
|
|
|
|
|
|
snipersnake posted on 28-5-2013 01:44 PM
yg kaki mabuk, kaki betina, pukul org, bunuh org, gay tuh pon keturunan Rasulullah juga?
Ada daulat katanya
Jaman ni pon masih ada yg percaya sorang sultan hentak kai sampai runtuh jambatan
Kalu ada citer yg pelik2 tu sah2 lah sbb dok berkawan ngan jin
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 28-5-2013 06:21 PM
Ada daulat katanya
Jaman ni pon masih ada yg percaya sorang sultan hentak kai sampai runtuh jamba ...
yg aku dengar, hayun kayu golf, mati.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|