CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5279|Reply: 22

Heidi tak perlu pergi gim

[Copy link]
Post time 2-4-2013 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Tiada siapa boleh nafikan Heidi Klum, 39, mempunyai bentuk badan yang sempurna.  


Bagaimanapun, rahsia dia mengekalkan bentuk badan itu bukan bermakna dia sentiasa bersenam di gimnasium.



“Sukar bagi saya meluangkan masa untuk bersenam.  Lebih-lebih lagi untuk ke gimnasium, Tambahan pula, ketika ini sayalah ibu dan saya juga bapa,” kata bekas model Victoria Secret itu dalam wawancara dengan majalah &#173eople baru-baru ini.

Ibu empat anak itu berkata, dia menjaga bentuk tubuhnya itu dengan sentiasa memberi tumpuan kepada keempat-empat anaknya dan pada masa sama mengekalkan jadualnya yang sentiasa padat.




“Apabila keluar membeli-belah saya akan memakai selipar atau kasut sukan dan pakaian bersenam atau pakaian ringkas.  Saya akan berlari atau berjalan pantas ke pusat beli belah dan ketika berada di dalam kedai.   

Kadang kala saya membawa anak saya berjalan mendaki bukit atau di taman sekitar kediaman kami.

  Saya akan melompat di atas trampolin bersama-sama mereka.  Saya cuba bersenam ketika melakukan ­rutin harian,” kata model terkenal itu.

Heidi baru-baru ini melancarkan koleksi kasut sukannya sendiri, ­Heidi Klum for New Balance Collection di Lady Foot Locker.

Meskipun minggu lalu dia dilihat berselipar dan jean buruk, Heidi masih melakukan senaman otot dengan mendukung anaknya, Lou, tiga, di sekitar Los Angeles.

Dua anaknya lagi, Leni dan Henry juga ada bersama, begitu juga dengan pengawal peribadi yang juga teman lelakinya, Martin Kristen, ketika mereka keluar untuk sarapan di Santa Monica, California.

Yang pasti, dia hanya memesan makanan sihat untuk keluarganya.

Dia juga memberitahu majalah itu, selain kekal aktif, dia sentiasa memastikan makanan yang dimasaknya di rumah, tidak kira sama ada pasta atau piza dan lain-lain mempunyai zat seimbang bagi memastikan kesihatan keluarganya  terjamin.

Bagaimanapun, hos siri Projek Runway itu berkata, dia tidak pernah menjalani diet sepenuhnya.

“Saya hanya memberi tumpuan kepada apa yang saya makan.  Anda perlu berbuat demikian dan memahami makanan dan kesannya kepada tubuh anda.  Anda perlu faham apa yang diperlukan dan apa yang tidak oleh tubuh anda,” katanya.

Last edited by rosemary70 on 2-4-2013 08:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 09:12 AM | Show all posts
so????????
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 09:45 AM | Show all posts
huh! envy nye...
tak yah senaman sgt... tak yah diet beria2... tapi body... perghh!!!

I HATE U HEIDI!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 11:01 AM | Show all posts
perg, seski siot, serupa x pakai baju je tengok kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:36 PM | Show all posts
kesimpulannya die bersenam juga bersenam ketika jalan2
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:49 PM | Show all posts
senang citer sbnryer dia jenis susah nak gumuk kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2013 12:55 PM | Show all posts
heidi time mengandung pon, perut je buncit...tak macam kim, jessica simpson...membuak2...memang jenis tanah badan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 02:44 PM | Show all posts
fapping time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 03:23 PM | Show all posts
senangnya la dia jaga bdn...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 03:24 PM | Show all posts
badan mmg jenis tak mo naik ni
mmg jeles tengok badan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 12:04 AM | Show all posts
untung si heidi ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:22 AM | Show all posts
ni org panggil bogel sebelah...sebelah lg x...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:57 AM | Show all posts
nekcivic posted on 3-4-2013 08:22 AM
ni org panggil bogel sebelah...sebelah lg x...hahahaha

nak tergelak lak aku baca komen kau ni... teringat plak pada orang2 yang pakai tudung nampak jambul... sebelah masuk neraka sebelah masuk syurga ,perli mereka2 yang memberi ceramah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:16 PM | Show all posts
seronoknya badan susah naik, tak payah susah2 pergi gym
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:31 PM | Show all posts
hest posted on 3-4-2013 09:57 AM
nak tergelak lak aku baca komen kau ni... teringat plak pada orang2 yang pakai tudung nampak jambu ...

hahahaha...betol jugak tuh...satu masuk neraka satu masuk syurga...xpenah lg dengar...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 02:02 PM | Show all posts
aku pun buat cam heidi kecuali lompat trampolin tapi x brape kurus pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 02:12 PM | Show all posts
nekcivic posted on 3-4-2013 01:31 PM
hahahaha...betol jugak tuh...satu masuk neraka satu masuk syurga...xpenah lg dengar...hehe

.... aku lak selalu je dgr.. ustaz2 skang slalu cakap hal tu. tp skang kurang sikit.. setahun dua dulu la ligat sikit pakai jambul2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 02:21 PM | Show all posts
tipulah  alangkah gisele  dapat gelaran the body pon workout lepas beranak....dia cuma tak pegi gym je.pernah dulu la sblm dia pregnant 1st child..tengok  kat mtv workout giler babi okeh heidi neh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 08:32 PM | Show all posts
berlari ... mendaki bukit ...  lompat trampolin ... memang lah tak masuk gim pun tak apa ...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:15 PM | Show all posts
UNTUNG LAH PUNYAI BDN CANTK
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.266216 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list