CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 15345|Reply: 34

[Tempatan] {8} Kempen ` Keretapi Sarong ' vs `No Pants subway' !

[Copy link]
Post time 22-2-2013 08:43 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Mereka yang menggunakan perkhidmatanTransit Aliran Ringan (LRT) esok dinasihatkan tidak terperanjat sekiranya mendapati para petugas di stesen sistem pengangkutan itu memakai sarung kerana mereka berbuat demikian sempena program ''Keretapi Sarong''.

        Dalam kenyataannya, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) berkata kali ini, program berkenaan, yang memasuki tahun kedua bagi Kuala Lumpur, akan disertai bandar raya lain termasuk London, Melbourne, Washington DC, Boston dan Philadelphia, yang menganjurkan program serupa untuk perkhidmatan kereta api masing-masing.

        "Dengan mengambil ilham daripada program ''No Pants Subway'', idea mengadakan program ''Keretapi Sarong'' bertujuan mengajak orang ramai menaiki tren dengan memakai kain sarung dan berasa bangga dengan pakaian warisan itu, sambil bertemu kawan baharu dan bergembira melalui acara ini," kata kenyataan itu.

        Pengarah Kumpulan Bahagian Rel Prasarana Khairani Mohamed berkata petugas LRT digalakkan menyokong dan bergembira dengan program yang dianjurkan itu.

        "Bukan saja kerana ia sesuatu yang menyeronokkan, tetapi juga kerana ia merupakan cara promosi yang berkesan untuk perkhidmatan LRT kami dan produk Malaysia. Saya sungguh gembira kerana pihak lain turut mempromosi kain sarung
kita yang terkenal ini. Ia merupakan suatu cara menarik untuk mendapat kawan baharu.


        SARONG-PRASARANA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
        "Program ini dianjurkan pertubuhan bukan mencari keuntungan, RandomAlphabets (RA) dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari laman Facebook ''Keretapi Sarong (No Pants Subway) 2013 Kuala Lumpur," katanya.

        Khairani berkata mereka yang menyertai program ini akan berkumpul di bawah stesen Titiwangsa dan Pudu pada pukul 3 petang esok.

"Kemudian, mereka akan menuju ke Masjid Jamek dan menukar ke Aliran Kelana Jaya untuk menuju ke Pasar Seni.
"Mereka akan menaiki tren ke destinasi lain juga. Apabila sampai di stesen ini, mereka akan turun untuk singgah di platform berkenaan sebelum menaiki tren berikutnya untuk meneruskan perjalanan. Terdapat juga orang bermain gitar dan
alat genderang dalam kumpulan kecil di stesen yang disebutkan itu," katanya.

        Beliau berkata peserta program ini digalakkan menulis tentang ''kisah sarung''masing-masing yang akan disiarkan dalam www.keretapisarong.posterous.com dan laman Facebook Random Alphabets. -- BERNAMA

p/s kain sarung buatan Msia ker...last-last kang pakai indon punyer...
Last edited by tongkatwaran75 on 22-2-2013 09:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 08:46 PM | Show all posts
gambar mana gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:46 PM | Show all posts
ada sarong party girl tak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:46 PM | Show all posts
bidiyo mano bidiyo?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 08:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:50 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 22-2-2013 08:46 PM
gambar mana gambar?

kan dia kata esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 08:53 PM | Show all posts
panggil mamat myammar & bangla joinT
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:34 PM | Show all posts
mengarut dan mengaruk
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:38 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:39 PM | Show all posts
ikat kuat2 taw kang terlondeh wayang free plak..klau comeyy takpe gak maunya hutan belantara
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:43 PM | Show all posts
oh dah ada dah

there's one time diorg buat pakai kebaya tu...nampak ayu je masing2
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:49 PM | Show all posts
tunggu gambar bang la pakai sarong.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:52 PM | Show all posts

naik lrt pakai kain pelekat takde la heran sgt,aku ngan member aku pi tgk wayang pakai kain pelekat.rileks jerk..tu pun pas tarawikh tak taw nak kemana
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:52 PM | Show all posts
i do..bereh boh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 10:04 PM | Show all posts
esok tunggu kot ada yg akan tepek gambar utk tatapan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2013 06:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 07:08 AM | Show all posts
agak2 ada tak yg mcm ni?

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 07:22 AM | Show all posts
No pants tak pa lagi.. pakai sarong ok lagi.. jgn "no underwear" pula.. kakakakaka...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.451663 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list