CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57362|Reply: 351

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
Post time 20-12-2012 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Salam ini kali kedua menulis kat sini. dah buat lama cita ni tapi banyak sangkut. sebab hilang mood, takde idea, putus asa. semua ada. tapi saya teruskan jugak sebab tu try letak kat sini untuk nak kuatkan semangat menulis. tapi saya minta maaf dulu kalau cerita saya tak best mana. sorry kalau penceritaan saya longgar. tapi saya harap kawan - kawan boleh bagi semangat dekat saya... thanks..

sinopsis :

Haidar merupakan seorang pereka fesyen yang berpewatakan lembut bertemu dengan Dahlia secara tidak sengaja. Dahlia seorang perempuan kampong yang cantik  telah dipaksa Haidar untuk menjadi model bidan terjun kerana Qistina tidak hadir dalam masa ditetapkan untuk pertunjukkan fesyen butik Haidar. Dahlia telah membawa diri dari pakciknya Pak Samad, kerana telah dipaksa kahwin dengan Adam seorang anak orang kaya dikampungnya. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Haidar telah mengajak Dahlia tinggal sementara dengannya sehingga Dahlia dapat mencari kerja tetap dan rumah lain. Malangnya mereka telah ditangkap basah dan dipaksa kahwin oleh Encik Kamal kerana malu dengan pandangan masyarakat. Dapatkan Dahlia membiasakan dengan kerenah Haidar yang cerewat yang sukakan kecantikkan dan kekemasan. Dapatkan Dahlia mengubah Haidar menjadi lelaki sejati. Dan dapatkah Haidar mempertahankan Dahlia dari menjadi rebutan Tengku Muaz yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Dahlia. Dapatkah juga Haidar melindungi Dahlia dari Adam yang berdendam kerana cintanya ditolak??????


p/s : tipikal novel kan...mesti ada tengku,datuk bagai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 04:06 PM | Show all posts
BAB 1

SUNYI. Itu yang dirasakan Dahlia. Sudah hampir sejam dia berteleku di kawasan sekolahnya itu. Sudah hampir sejam kawan-kawannya meninggalkannya. Mereka mahu meraikan kejayaan mereka. Dahlia menolak untuk turut serta. Dia tiada hati mahu bergembira. Hatinya berkocak. Perasaan gembira dan sedih bercampur baur.

Kertas putih ditangan digenggam erat. Itu masa hadapannya. Tapi apa yang dilihat Dahlia adalah masa depan tidak pasti. Dia memejamkan matanya. Keputusan SPMnya cemerlang. 10A, tanpa ragu-ragu. Cita-citanya yang ingin menjadi seorang jurutera mungkin akan tinggal menjadi impian sahaja.

Terngiang –ngiang suara pakcinya, Pak Samad sewaktu mereka bersarapan sebentar tadi.

“Walau macam mana bagusnya keputusan peperiksaan kamu tu, kamu kena kahwin jugak dengan Adam. Ini keputusan aku. Kamu kena hormat keputusan aku. Aku yang bagi kamu makan, aku yang sekolahkan kamu. Jangan dibantah kata-kata aku ni”. Tegas sahaja bunyi suara Pak Samad.

Mak Kalsom hanya terkebil –kebil. Tidak berani bersuara. Sebelum ini sudah dibantah, tetapi diherdik kasar oleh suaminya itu. Dia hanya mampu merenung Dahlia dengan perasaan simpati.

Dahlia tersentak. Dia tidak mahu berkahwin. Dia mahu belajar. Dia mahukan masa depan yang cerah. Dia mahu bebas. Dia mahu mencapai cita-citanya. Sebab itu dia belajar bersungguh – sungguh. Semuanya untuk masa depannya.

“Dahlia tak mahu.” Antara dengar dengan tidak sahaja suara Dahlia.

Mata Pak Samad hampir terjonjol keluar dengan penolakan Dahlia.

“Kamu jangan nak berdegil. Aku dah janji dengan budak Adam tu. Dia gilakan sangat kamu. Apa yang kamu nak tolak lagi. Senang hidup kamu nanti. Bapak dia ada perniagaan sendiri. Dia pun antara yang akan teruskan bisnes bapak dia. Apa lagi yang kamu nak?”

Dahlia memberanikan diri bertentang mata dengan Pak Samad

“Dahlia taknak Pak Long. Bukan itu yang Dahlia nak. Dahlia nak sambung belajar. Dahlia nak jadi jurutera. Dahlia nak balas jasa Pak Long dengan Mak Long dengan titik peluh Dahlia sendiri”. Dahlia mempertahankan dirinya.

“Siapa nak tanggung kamu belajar kat universiti nanti. Aku ni bukannya berduit. Aku pun dah tak larat nak kelaut dah. Ini pun untuk masa depan kamu jugak. Kamu kahwin saja dengan Adam. Mintak izin dia nak sambung belajar. Biar dia tanggung kamu.” Mudah saja penyelesaian Pak Samad.

Mak Kalsom masih lagi terkebil – kebil melihat perbualan itu. Dia berasa tiada hak untuk menyampuk. Dahlia anak saudara suaminya. Ibu Dahlia adik kepada Pak Samad. Kedua – dua ibu bapa Dahlia meninggal dunia dalam kemalangan langgar lari ketika menaiki motosikal ke Bandar Kuantan. Ketika itu umur Dahli baru sahaja lapan tahun. Oleh kerana Pak Samad tiada anak maka Dahlia dijaga seperti anak sendiri. Namun begitu cara didikan Pak Samad amatlah tegas.

Air mata mula bergenang di tubir mata Dahlia. Dia merasakan tiada gunanya dia melawan kata-kata pakciknya itu. Kalau putih katanya putihlah. Tiada hitam atau warna-warna lain.

Dahlia bangun dari kerusi. Terus menyalami Mak Kalsom.

“Dahlia pergi dulu. Nak ambil keputusan SPM. Assalamualaikum.” Selepas member salam Dahlia terus keluar rumah dengan terburu – buru.

“Hah..kamu tengok anak sedara kamu tu. Degil. Aku ni Cuma fikirkan masa depan dia. Aku taknak dia hidup susah. Dia bukan orang lain. Darah daging aku jugak.” Bebel Pak Samad kepada Mak Kalsom.

“Abang, biarlah si Lia tu tentukan masa depan dia. Dia ada hak nak tentukan hidup dia. Susah ke senang ke, biar dia yang tentukan sendiri. Kesian la sikit dekat Dahlia.” Mak Kalsom cuba memujuk Pak Samad. Mak Kalsom sendiri tidak setuju dengan keputusan Pak Samad yang mahu mengahwinkan Dahlia dengan Adam. Dahlia masih muda.

“Itulah kamu, tak fikir langsung pasal si Dahlia. Aku ni memang nak senangkan dia. Dia kahwin dengan Adam. Anak orang kaya kampong ni. Duit dia berkepuk – kepuk. Nanti kita jugak yang boleh tumpang senang. Aku ni dah tua. Sepatutnya aku berehat dekat rumah. Bukan berpanas berhujan dekat tengah laut tu.” Pak Samad masih mempertahankan niatnya.

“Kalau Dahlia tak gembira dengan perkahwinan dia macam mana. Kita bukan makin senangkan dia. Makin susahkan adalah. Awak pandai – pandai buat keputusan tanpa ambik kira perasaan Dahlia. Ikut kepala awak aje” Mak Kalsom sudah berasa sebal dengal kedegilan suaminya.

“Takkan lah tak gembira lagi kalau duit keliling pinggang” perlahan sahaja suara Pak Samad. Baru dia terfikir mengenai perasaan Dahlia.

“Duit tak boleh beli kegembiraan abang oiiii….kegembiraan tu terlalu berharga. Tak dapat ditukar dengan duit. Dahlah malas saya nak bertekak dengan awak. Baik saya pergi jemur kain dulu”.

Mak Kalsom berlenggang menuju ke bilik air. Pak Samad sudah terkebil – kebil di kerusi makan memikirkan kebenaran kata-kata Mak Kalsom.

“Tapi saya dah janji dengan Adam.” Perlahan sahaja suara Pak Samad tapi masih boleh didengar Mak Kalsom.

“Pandai – pandai awaklah. Awak yang berjanji”

Pak Samad termenung panjang.

        DAHLIA bangun dari kerusi kantin sekolah. Suasana semakin sunyi. Dia harus pulang kerumah walau hatinya memberontak. Walau keputusan Pak Samad itu tidak disukainya tetapi lelaki itulah yang telah membesarkannya. Lelaki yang degil dan kata – katanya yang tidak boleh dibantah. Namun Dahlia tahu Pak Samad sayang padanya. Tetapi Pak Samad tidak tahu cara menunjukkannya.

Dengan berat hati Dahlia melangkah menuju ke tempat letak basikal. Dia mahu pulang. Sedih – sedih jugak, perut yang bergendang kencang perlu diisi jugak. Hari ini Mak Kalsom sudah berjanji mahu masak kari ikan tenggiri. Masakan Mak Kalsom yang paling digemari Dahlia. Memikirkan itu, kayuhan Dahlia melaju menuju kerumah seakan lupa segala masalah yang membelenggu otaknya ketika itu.
Last edited by kikuri on 20-12-2012 04:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 04:08 PM | Show all posts
menunggu respon
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 04:14 PM | Show all posts
baris akhir, kayuah tu ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 04:17 PM | Show all posts
CintaPink posted on 20-12-2012 04:14 PM
baris akhir, kayuah tu ape?

owh typo..patutnya kayuhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 04:19 PM | Show all posts
BAB 2

        BERITA yang diberitahu Mak Kalsom menggembirakan hari Dahlia. Pak Samad bersetuju menundakan perkahwinan Dahlia dengan Adam sehingga habis belajar di university nanti. Lelah dia dan Mak Kalsom merayu dan meminta Pak Samad memahami cita – citanya. Tidak berputus asa dia berdoa tiap kali usai solat. Akhirnya Pak Samad telah lembut hatinya.

        Pak Samad juga berjanji akan membiayai pengajiannya semana yang mampu. Dahlia tidak kisah. Dia boleh bekerja sambil belajar. Dia sudah berjanji akan mencari wang sendiri untuk membiayai pembelajarannya.

        Walau hatinya gembira perasaannya masih gundah gulana lagi. Ada masa tiga tahun dia akan berkahwin dengan Adam. Adam sudah berjanji menangguh kan perkahwinannya dengan Dahlia sehingga Dahlia menggenggam segulung ijazah. Dahlia berdoa didalam tempoh itu biarlah Adam berjumpa perempuan lain dan berkahwin dengan perempuan itu.

        Bukan Dahlia tidak suka. Tetapi dia tidak mempunyai perasaan kepada Adam. Adam adalah jejaka idaman dikampungnya. Digilai setiap perempuan. Wajahnya tampan, berharta, mempunyai pelajaran yang baik. Sekarang ini khabarnya Adam mengambil ijazah pelajaran jarak jauh kerana terpaksa membantu ayahnya berniaga.

Ayah Adam merupakan tauke besar yang memiliki beberapa bot menangkap ikan laut dalam yang disewakan kepada beberapa orang penangkap ikan laut dalam. Selain itu ayah Adam jugak mempunyai kilang memproses ikan masin sendiri dan juga mempunyai beberapa perniagaan lain seperti kedai runcit dan kedai perabot. Siapa yang tidak gilakan Adam. Bertuah. Berguling atas duit kalau sesiapa yang mengahwini Adam.

Dahlia melihat tawaran ke Universiti Malaya dalam bidang Kejuruteraan Awam. Sebelum ini dia telah lulus cemerlang didalam Matrikulasi. Pak Samad telah mengugutnya. Jika tidak lulus mana –mana peperiksaan matrikulasi serta merta akan dikahwinkan dengan Adam.

Akibatnya, Dahlia terpaksa bertungkus lumus untuk lulus dengan cemerlang setiap peperiksaan matrikulasinya. Dia juga meminta Pak Samad menanguhkan lagi pertunangnnya dengan Adam sehingga dia melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Dia tidak mahu terikat.

Akhirnya setelah berpenat lelah dalam masa setahun setengah, Dahlia ditawarkan melanjutkan pelajaran. Pak Samad hanya menerima berita dengan wajah yang masam. Manakala Mak Kalsom menyambut dengan air mata yang lebat. Siap mahu membuat kenduri kesyukuran tetapi dibantah Pak Samad. Akhirnya Mak Kalsom Cuma membuat pulut kuning yang dihantar ke Masjid sahaja.

Esok dia akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk mendaftar di Universiti Malaya. Pak Samad dan Mak Kalsom akan menghantarnya. Begitu juga Adam. Hatinya membantah tetapi jelingan Pak Samad membuatkan jantungnya kecut.

Suka atau tidak dia terpaksa membenarkan Adam untuk menghantar mereka. Lagi pula mereka tiada kenderaan. Maka Adam telah mengambil kesempatan dengan menawarkan diri untuk menghantar mereka. Melangitlah pujian Pak Samad dengan kebaikan Adam. Makin menjuih mulut Dahlia melawan perasaan meluatnya.

Huh…baik ada makna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2012 10:52 AM | Show all posts
Macam best je cita ni...
Hope jangan separuh jalan je ye TT

Go TT go!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 11:48 AM | Show all posts
ok sambungan...tadi terbizi sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2012 11:49 AM | Show all posts
BAB 3

        LENGGANGNYA menggamit pandangan orang – orang disekelilingnya. Dia tidak peduli dengan mata – mata yang melihat. Dia bebas. Bebas menjadi dirinya. Dengan cermin mata Versace besar dan beg besar jenama Dunhill dia melangkah dengan penuh yakin.

        Skarf yang melilit lehernya terbuai ditiup angin. Di Kota Milan ini dia bebas. Tiada leterannya ayahnya, tiada nasihat lembut dari ibunya. Hari ini dia berasa sangat puas. Hasil kerjanya mendapat pujian. Bukan sekali bahkan telah berkali – kali hasil kerjanya mendapat markah yang tinggi.

        Cita – citanya mendapat halangan dari ayah. Cita – citanya diterima kerana terpaksa oleh ibunya. Dia berkeras. Sejak kecil itulah impiannya. Mahu dengan tidak ayahnya terpaksa membenarkan dia melanjutkan pelajaran di Italy dalam bidang rekaan pakaian.

        Hari ini merupakan persembahan terakhir dia dalam pengajiannya. Itulah kerja terakhirnya sebelum dia akan mengenggam segulung ijazah. Dengan pujian serta tepukan gemuruh yang diterimanya, dia yakin dia akan mendapat keputusan yang cemerlang. Fashion runaway yang merupakan platform dia menunjukkan bakatnya dalam bidang rekaan pakaian telah membuktikan dia adalah seorang pereka fesyen setara dengan pereka fesyen professional.

        Hari ini dia mahu bergembira sepuasnya setelah berbulan – bulan menghabiskan masa menyiapkan beberapa rekaan pakaian untuk projek semester akhirnya. dia mahu balik ke rumah sewa. Mandi dan bersiap untuk berjumpa dengan teman- teman pada malam ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 11:52 AM | Show all posts
Bingit bunyi muzik tidak dihiraukan olehnya. Dia sudah biasa. Bunyi bingit itu membuatkan dia lupa kepada semua masalah. Bunyi itulah yang menaikkan semangatnya. Dari kejauhan dia sudah dapat melihat teman – temannya. Dengan gaya langkah yang seksi dia menuju kearah temannya.



“Halle…kenapa you lambat?”tegur seorang lelaki yang sudah kemiripan wanita itu. Mereka berlaga – lagapipi. Halle atau nama sebenarnya Haidar mengambil salah satu gelas yang berisiair kekuningan lalu ditegoknya rakus. Tidak ambil peduli siapa yang punya.

            “I tertidur tadi. Sedar – sedar je dah pukul tujuh. Kelamkabut la I bersiap. You tahulah diva macam I ni bersiap macam mana?” terangHaidar hingga terletik – lentik jarinya.



            “Suzie mana?” tanya Haidar sambil kepalanya tergoyang –goyang mengikut rentak lagu yang rancak dan bingit itu.

            “Perempuan tu biasalah. Pantang jumpa mamat Italy hensem.Laju je pergi serah body”. Terang lelaki yang mirip perempuan itu. Sekali tengokmemang sudah hilang kelelakiannya. Dengan rambut mengurai panjang, kuku yangdiwarnakan, kulit yang gebu dan halus, dengan memakai t-shirt mengikut tubuhnyayang langsing serta jeans ketat dan kasut bertumit. Halkumnya sahaja yangmembuktikan dia masih lelaki.



            Haidar hanya tersengih kerang. Tahu sangat perangaiSuzilah atau lebih gemar dipanggil Suzie itu. Sudah hilang ciri – ciri wanitatimur. Entah berapa ramai lelaki sudah ditidurinya. Tak takutkah Suzilahterkena Aids. Ah. .. itu bukan masalah dia.



            “Yang lain – lain mana, Kay. Apasal kau sorang jeterpatuk kat sini?” tanya Haidar sejekap ber I You, sekejap beraku engkau.



            “Menari lah. I malas lah nak menari. Kaki I lenguhlah.Dari tadi terkejar – kejar. Penat project runaway tadi pun tak hilang lagi”terang Kay atau nama sebenarnya Khairuddin itu



            “You tak rehat ke lepas habis runaway tadi?” kepalaHaidar masih lagi mengikut rentak lagu.



            “Tak…lepas tu I terus ke tempat Kelvin. You tahulah diamacam mana” terang Kay sambil tersenyum panjang.



            Fahamlah Haidar. Kay mempunyai nafsu sonsang. Tidaksepertinya. Ya, Haidar mengakui dia berpewatakan lembut. Tapi belum sampai mahumengubah dirinya kearah keperempuanan walaupun sekali sekala dia ada menyarungkan kasut tumit tinggi.



            Dia masih lagi lelaki tetapi lembut. Dia juga tidak meminatihubungan sejenis. Dia juga tidak meminati wanita. Dia hanya dengan dirinyasahaja. Hanya dengan rekaan fesyennya sahaja. Tiada lain. Dia Cuma memikirnyadirinya sahaja.



            “You tak sedih ke tak lama lagi nak tinggalkan Milan.Menjadalah You sebab kena tinggalkan Kelvin” sindir Haidar.



            “I maybe stay sini kut. You tahulah Malaysia macam mana.Mereka masih tak dapat terima orang macam kita ni. Kelvin dah janji nak carikanI kerja kat butik – butik fesyem kat sini. Maybe I boleh kerja dekat Versace. Manalahtahu” kata Kay sambil mengangkat keningnya pada Haidar.



            Haidar mengangguk. Dia tidak mahu tinggal di Milan.Terlalu banyak persaingan. Dia mahu pulang ke Malaysia dan membuka butiknyasendiri. Dia mahu jenamanya sendiri. Dia mahu melebarkan sayap tanpa berada di bawahorang lain.



            Duit tiada masalah. Ayahnya mampu untuk menyediakansegala keperluan dia nanti. Ayahnya seorang ahli perniagaan perkapalan yangberjaya. Pasti tidak lokek. Sedangkan pengajian di Milan ayahnya mengelurkanbelanja 100% untuknya. Dari yuran pengajian, tempat tinggal, makan, minum danpelbagai lagi.  



Dia tahu ayahnya sudah tidakmarah padanya. Ini kerana tiap – tiap tahun ayah dan ibunya melawat dia di BumiItaly ini. Ibunya ada memberitahu, ayahnya lega kerana dia tidak menukarkanpenampilan. Hanya berpewatakan lembut sahaja.

Tapi kehidupannya di Italytidak diketahui keluarganya. Parti, meminum arak, bersosial tanpa batasanadalah kegemarannya. Solat tidak pernah, malahan tidak pernah berpuasasepanjang empat tahun dia di Milan. Semua itu tidak diketahui oleh kedua ibubapanya. Dia tidak mahu mereka tahu.



“You balik Malaysia?” tanyaKay. Minuman keras diteguknya sedikit. Sudah berapa gelas minuman haram itutelah masuk keperutnya. Dia tidak peduli.



Haidar mengangguk. “I rindu Malaysia.”



Hampir tersembur minuman Kaymendengar pengakuan ikhlas Haidar. Dia ketawa berdekah – dekah. Pelik Haidarmelihatnya. Tadi bukan main ayu, bila ketawa habis keluar suara jantannya.



Kay menutup mulut bila ketawa jantannya menarik perhatian beberapa pengunjung kelab. dia tersengih memandangHaidar.



“Kau rindu Malaysia.? Macamtak percaya pulak. Aku ingatkan kau enjoy tinggal kat sini. Sini bebas. Kau nakbuat apa tak semua kisah. Minum, parti, seks bebas. Kat Malaysia semuanyakolot. Itu tak boleh ini tak boleh. Kau tak rimas ke?” Kay sudah beraku engkausahaja.



Haidar mengangkat bahunya.“Aku lagi suka Malaysia dari sini. Aku dah bosanlah dengan spaghetti, pizza.Kalau dah tekak belacan tu belacan jugak” Haidar ketawa. Teringat dia sambaludang petai masakan pembantu rumahnya Mak Mah. Kecur liurnya. Seperti sudahterasa di tekaknya.


Kay hanya ketawa. “suka hatikau lah. Aku, stay sini. Tak sanggup nak berpisah dengan Kelvin”



“Keluarga kau? Kau tak rindu”tanya Haidar. Matanya sudah dapat menangkap bayangan Suzie yang sedang galakmenari dengan lelaki berkulit putih dan tinggi lampai.



Kay terdiam. “Suatu harinanti mereka akan faham” jawab Kay perlahan. Bukan dia tidak rindu. Keluarganyasudah buang dirinya. Mereka tidak dapat menerima kenyataan satu – satunya anaklelaki mereka telah hilang jati diri. Sudah hilang sifat lelakinya.

Haidar hanya tersenyum.


Kelihatan Suzie menghampiri mereka sambil menarik tangan lelaki yang menarigalak bersamnya.
Last edited by kikuri on 21-12-2012 11:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 11:52 AM | Show all posts
“Hai..You baru sampai ke Halle.?” Tanya Suzie dengan mengah. Penat menari agaknya. Suzie duduk disebelahnya. Pakaian Suzie agak seksi. Dengan gaun bertali halus yang pendek hingga menampakkan pehanya yang gebu.

“Lama dah. You je entah pergi kemana” mata Haidar melirik ke teman Suzie yang tidak segan – segan meraba peha Suzie. Tergedik – gedik Suzie menahan geli.

“Toilet. Ada urusan” jawab Suzie sambil ketawa galak. “Oh. I kenalkan ini Celio. Kawan baru” Suzie memperkenalkan lelaki Italy yang kelihatan kacak itu. Mereka bersalaman.

Haidar faham ‘urusan’ Suzie itu. Dasar perempuan jalang. Dekat mana – mana pun boleh. Haidar meluat dengan perangai Suzie. Walaupun mereka bersahabat baik dia tidak berkenan dengan tabiat Suzie. Dia juga benci dengan perangai Suzie yang entah berapa kali mengugurkan kandungan itu.

Tanpa segan silu Suzie dan Celio berkucupan dengan ghairah. Kelihatan tangan Celio sudah terletak di dada Suzie. Haidar mengelengkan kepalanya seraya melangkah ke pentas tarian diikuti dengan Kay. Dia menari tanpa mempedulikan orang lain. Lepas ini dia mungkin tidak dapat melakukan ini. Dia mahu menari sepuas – puasnya bagaikan tiada hari esok lagi.

Muzik terus membingit. Mereka menari bagaikan dirasuk syaitan. Berhibur semahunya. Minum minuman keras sebanyaknya. Dunia ini umpama mereka yang punya. Tiada lagi dosa atau pahala. Haidar dan Kay menari tanpa penat. Manala Suzie tewas di tangan Celio buat kali kedua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 01:56 PM | Show all posts
Next............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 02:40 PM | Show all posts
BAB 4

MARAH. Dia betul – betul marah. Betul – betul sebal. Tak faham – faham lagi ke Adam. Dia tak cintakan Adam. Sudah jenuh dia memberitahu Adam supaya menarik balik niat Adam yang mahu meminangnya. Dia pulang ke kampong mahu berehat setelah bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir semester. Tetapi Adam pula menyerabutkan fikirannya dengan mendesak Dahlia untuk menerima pinangannya.

“Awak kan dah abis belajar. Pak Samad dah cakap. Awak habis je belajar dia suruh saya pinang awak terus. Boleh tak? Kalau boleh saya nak suruh mak saya masuk pinang awak hujung minggu ni. Kita tunang sekejap je, lepas sebulan kita nikah terus” Adam terus merayu.

Dahlia mengetap bibir tanda geram. Belum hilang penat Adam sudah ke rumah mahu bertemunya. Kalau bukan sebab jelingan maut Pak Samad dia memang tidak kuasa mahu mengadap muka Adam.

“Adam, sudah – sudahlah awak mengharap dekat saya. Saya tak cintakan awak langsung. Saya anggap awak macam abang saya je. Awak carilah perempuan lain” terang Dahlia lembut.

“Awak ada lelaki lain ye. Sampai hati awak buat macam ni dekat saya. Hampir lima tahun saya tunggu awak.” Lirih benar suara Adam.

Dahlia mencebik meluat. Siapa yang suruh kau tunggu aku. Dari dulu lagi aku cakap aku taknak kahwin dengan kau. Nak kata bebal belajar tinggi jugak.

“Ini bukan pasal soal ada lelaki lain atau tak Adam. Ini pasal hati dan perasaan saya. Saya anggap awak macam abang saya je. Tak ada perasaan cinta sekelumit pon saya pada awak”. Geram betul Dahlia. Itulah ayat setiap kali diulangnya supaya Adam faham. Bukan budak kecik lagi yang tak faham – faham. Adam sudah mencecah umur 27 tahun.

“Cinta dan kasih sayang boleh dipupuk  Dahlia.” Adam terus memujuk. Malah tanpa segan dia memegang tangan Dahlia. Buntang mata Dahlia melihat perlakuan Adam.

Dia menarik tangannya. Tak rela disentuh Adam. Adam, muka kau hensem tapi kau tak reti bahasa. Letih sudah rasanya Dahlia.

“Apa ada dekat saya sampai awak nak jugak dekat saya?” Dahlia tiba – tiba bertanya. Pelik juga dia kenapa Adam terlalu mengharapkan dia.

“Awak cantik Dahlia. Saya cintakan awak sejak dari sekolah lagi. Kecantikan awak takde pada perempuan lain”

Memanglah kau tak nampak kecantikan pada perempuan lain kalau kau tak bukak mata kau dekat mana- mana perempuan. Omel hati Dahlia. Eh dia kata aku cantik. Cantik ke? Dahlia tersengih sendiri.

“Kenapa awak senyum? Perasanlah tu” Teguran Adam mematikan senyumannya. Tadi kau jugak yang cakap aku cantik aku senyum kau kata aku perasan pulak.

“Takkanlah sebab cantik je. Kecantikan akan pudar jugak. Masa tu awak bolehlah cari alasan cari yang lagi cantik kan?” sindir Dahlia.

“Tak. Saya setia pada awak je” laju saja jawapan Adam. Dahlia terkedu. Silap cakaplah pulak. Karang mahu diingatnya aku setuju kahwin dengan dia pulak.

“Pokok pangkalnya saya tak setuju. Saya tak mahu awak meminang saya. Saya ada banyak benda nak buat. Nak cari kerja. Nak balas jasa Pak Long  dan Mak Long. Saya nak capai cita – cita saya. Saya tak ada masa nak berkahwin. Kalau awak rasa boleh tunggu. Awak tunggulah. Kalau tak cari saja perempuan lain.” Dahlia terus bangun meningalkan Adam terkulat – kulat di pangkin pokok mereka duduk itu.



calon utk Adam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 02:42 PM | Show all posts
Malam darahnya membuak lagi. Pak Samad meleterinya kerana berkasar kepada Adam. Memarahinya kerana sepanjang dia belajar Adam yang banyak bersusah payah. Menghantarnya, mengambilnya di universiti. Dia tidak minta semua itu. Dia juga tidak mahu termakan budi baik Adam.

“Kamu ingat kamu dah berjaya, kamu boleh berlagak, kamu boleh menyombong” tiba – tiba sahaja dirinya diherdik ketika Pak Samad pulang dari Masjid.

Dahlia yang ketika itu sedang menonton televisyen terpinga – pinga. Mak Kalsom yang sedang melipat baju juga kelihatan tertanya – tanya. Tanpa salam Pak Samad terus sahaja menghamburkan kemarahannya kepada Dahlia.

“Apa ni Pak Long. Apa Dahlia dah buat?”

“Kamu tanya aku lagi kenapa. Apa yang kamu dah cakap dekat Adam. Dia tu dah banyak bersusah payah demi kamu. Kamu tak reti – reti lagi ke nak berterima kasih dekat dia. Ikutkan kepala kamu saja. Mentang – mentanglah belajar tinggi.”

Geram sungguh Dahlia. Tidak disangka Adam mengadu kepada Pak Samad. Mengada – ngada. Pak Long pun satu sudah tiada nama lainkah mahu disebut. Sikit – sikit Adam.

“Dahlia cakap, Dahlia tak nak kahwin dengan Adam. Itu aje” Dahlia membela dirinya. Tak sanggup nasibnya diperjudikan dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Dia tidak membenci Adam Cuma perasaan cinta itu tiada dan tidak akan pernah ada.

Mak Kalsom hanya mampu menggelengkan kepalanya. Suaminya tidak habis – habis dengan Adam. Naik meluat dia mendengarnya.

“Hah, itulah kamu. Dulu kamu berjanji lepas habis belajar kamu nak kahwin dengan Adam.” Pak Samad sudah berang dengan kedegilan Dahlia.

“Itu bukan Dahlia yang janji. Itu Pak Long yang janji. Dahlia dari dulu lagi tak mahukan Adam.” Dahlia juga sudah panas telinga.

“Aku nak bagi kamu senang. Aku taknak nanti bila aku tak ada kat dunia ni, kamu terkontang – konting. Aku nak ada orang yang jaga kamu. Adamlah orang yang sesuai.” Tangan Pak Samad sudah tergawang – gawang di udara. Lelah dia mahu bercakap dengan Dahlia yang tidak faham akan hasrat murninya itu.

“Pak Long, Dahlia dah besar. Dahlia tahu uruskan hidup Dahlia. Dahlia boleh jaga diri sendiri. Pak Long dah lama jaga Dahlia. Dahlia mohon pada Pak Long, izinkan Dahlia balas balik jasa – jasa Pak Long. Izinkan Dahlia balas jasa Pak Long dan Mak Long dari titik peluh Dahlia sendiri. Bukan mengharap dari harta orang lain.” Dahlia merayu. Mengharapkan pengertian Pak Samad.

“Abang, sudahlah. Jangan dipaksa budak tu” tegur Mak Kalsom.

“Kau diam. Ini urusan aku dengan Dahlia” Pak Samad mengherdik Mak Kalsom. Dahlia tidak suka situasi itu. Dia tidak suka Mak Kalsom diherdik kerana dirinya.

“Pak Long jangan marahnya Mak Long disebabkan Dahlia. Pak Long, tolonglah faham Dahlia. Dahlia tak boleh terima Adam. Adam tak ada dalam hati Dahlia.” Dahlia sudah memegang lengan Pak Samad. Memohon pengertian dari Pak Samad.

“Kamu dah besar kepala sekarang. Dah taknak dengar cakap aku. Yelah, kamu dah berjaya. Kamu tak perlukan aku lagi. Kamu dah boleh pilih cara hidup kamu sendiri” perlahan sahaja suara Pak Samad.

Dahlia menelan liurnya. Lain benar suara Pak Samad.

“Kamu kalau sayangkan aku, kamu kahwinlah dengan Adam. Kalau kamu nak mengikut kehendak kamu, tidak mahu dengan Adam, pergilah kamu kemana saja kamu suka. Kamu dah tak perlukan kami. Aku faham” sebaik sahaja berkata begitu Pak Samad terus berlalu masuk ke biliknya.

“Pak Long” jerit Dahlia. Lirih hatinya mendengar kata – kata Pak Samad. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir laju. Mak Kalsom meluru kearah Dahlia. Memujuk Dahlia.

“Sabar ye Dahlia, biar Mak Long cuba pujuk Pak Long. Dia tak ade niat nak cakap macam tu. Jangan disimpan di dalam hati.”

Mak Kalsom masuk kedalam bilik. Mungkin memujuk Pak Samad. Dahlia sedih. Hatinya pedih. Dia nekad.



Dahlia....taleh pikir sapa heroin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 02:43 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-12-2012 01:56 PM
Next............

dah sambung
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 06:54 PM | Show all posts
Malam nanti ada sambungan tak TT???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2012 03:12 PM | Show all posts
tak sabar nk bce kisah dahlia dengan halle.... pasangan couple yg jarang2 jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 12:03 AM | Show all posts
xde sambungan lagi???

TT p holiday ke??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 08:28 AM | Show all posts
ok....sambungan ya...sorry lambat update...kawasan rumah naik air, seb bek tak masuk umah, intenet kat umah plak ade masalah....sorry ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 08:29 AM | Show all posts
BAB 5

        DAHLIA bingung. Kemana harus dia tuju. Kerumah sewanya.? Tidak mungkin. Sudah tiada sesiapa disana. Semuanya sudah bungkus pulang ke kampung masing – masing sementara menunggu keputusan peperiksaan dan majlis konvokesyen.

        Dahlia juga terpinga – pinga setelah kakinya menjejak ke Puduraya. Dia bingung. Setelah dimarahi Pak Samad, dia terus sahaja membungkus pakaiannya. Mengambil barang – barang yang penting sahaja. Tanpa pamitan dia terus keluar menuju ke Terminal Makmur dah membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.

        Dia hanya menurut kata hati. Menurut perasaan marah. Sudah terlambat mahu berpatah balik. Mungkin dia akan dihalau kali kedua. Dia mula menyesal.

        Dia membuat keputusan untuk tinggal sementara di hotel. Mujurlah duit ketika dia bekerja sambilan dahulu masih ada. Mungkin boleh bertahan sehingga dia mendapat pekerjaan.

        Dahlia merebahkan dirinya ke tilam empuk hotel. Entah kenapa Dahlia membuat kerja gila dengan menyewa hotel yang mahal. The royale Bintang Hotel dengan kadar sewa hampir RM250 satu malam. Puas hatinya. Hanya semalam sahaja. Lepas melepaskan penat dia bercadang mahu mencari rumah atau bilik sewa yang murah untuk disewa sementara mahu mencari kerja.

        Matanya semakin memberat. Penat menangis, penat mengharungi perjalanan yang jauh serta penat memikirkan masalahnya. Akhirnya dia tertidur pulas. Tanpa mimpi. Hanya keadaan yang kosong dan gelap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.109479 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list