Misteri maid (indon) Salam semua, Aku nak berkonsi cerita mengenai seorangmaid yang di ambil oleh adik ipar aku. Maid ni adalah orang dari seberang. Orangnyafizikalnya memang besar n nampak kuat dan bertenaga. Sebulan @ 2 bulan yang pertama nampak takader masalah. Semuanya ok ajer. Pandai masak, kemas rumah, jaga baby n semuanyatip top. Adik ipar puji melambung dekat maid ni.. Masa kami berkumpul ramai2 dekat kampong,maid ni ikut sekali balik. Mak mentua aku siap puji ckp maid ni rajin buatkeje.. tghari boleh kupas kelapa dekat 20 biji n siap parut sekali. Dasyat tu. Akutgk dia pun memang rajin ler. Cekap buat keje. Tp kalau waktu tghari dalampukul 12-1 tghari tenaga dia memang terlebih. Boleh potong pokok limau n siapkemaskan semua dahan yang dia potong sorang2. Pokok limau tu besar lath jugak. Tenagaorang lelaki tu. Perghhhh memang kuat ler… Masa petang tu lepak2 minum petang, si maid ni aderjoin sekali. Tapi tetiba dia ckp, kat pokok limau yang dia tebang/potong tu ada‘gondorowo’. Dia ckp selamber ajer. Kalau kat sini gondorowo tu hantu. Dia ckp makhluktu dah lama bertenggek kat situ. Tp makhluk tu tak ganggu keluarga kami. Dah beranakpinak kat pokok limau tu. Makhluk tu marah dia kenapa tebang ‘rumah’ dia. Tp diackp dia dah ‘deal’ ngan makhluk tu supaya pindah kat tmpat lain. Masa dia citertu, kami pandang satu sama lain. Jap lagi aku sambung coz ader keje urgent…ada banyak lagi perangai dia yang pelik2 dan menakutkan…….
|