View: 97720|Reply: 174
|
Piramid Melayu yang tak di ketahui oleh orang melayu sendiri
[Copy link]
|
|
ni aku copy paste dari blog MoM..
kisah piramid melayu dalam hutan di pahang..
kalau sesiapa ada maklumat, boleh share di sini..
Srikandi dari Mistisfiles ada sebut dia pernah lihat gambar lama piramid melayu di hutan pahang..
selama ni mungkin kita selalu baca kisah piramid melayu secara teori..
or baca tentang penemuan piramid melayu di dasar laut okinawa dan penemuan keris emas di sana..
btw, "hadis" yang Nabi sebut dalam Hikayat Raja-Raja Pasai tu adalah sebuah WASIAT Rasulullah..
itu sebab tak terkandung dalam mana2 kitab hadis..
wasiat mengarahkan di islamkan seluruh rakyat di sebuah wilayah yang bernama Samudera..
pada pendapat aku, wilayah Samudera ni adalah kerajaan melayu lama Sirivijaya..
baca isi kandungan surat dari Sri Indravarman kepada Khalifah Umar Abdul Aziz (Khilafah Umaiyah)..
" From the King of the kings who is the descendant of a thousand kings, whose (his) wife was also grand-daughters of a thousand kings, whose in (his) animal cages are (filled with) a thousand of elephants, whose (his) territory there are two rivers that irrigate the aloes tree, spices fragrance, nutmeg and lime lines that its fragrant aroma reach out to a distance of 12 miles. To the Arab King who does not associate other gods with Allah. I have sent you a gift, which is actually a gift that is not so much, but just a token of friendship. I want you to send me someone who can teach Islam to me and explain to me about its laws."
— Letter of Srivijayan King, Sri Indravarman for Caliph Umar bin Abdul Aziz
ini adalah perspektif seorang military personnel yang kenalannya ada yang masuk ke dalam piramid..
http://militaryofmalaysia.net/20 ... sif-piramid-melayu/
PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU
Posted on September 25, 2012
PROLOQUE
1. Selamat bertemu kembali
2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.
3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.
4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.
5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini, rahsia yang diperturunkan dalam setiap satu log-log milik Perdana Menteri kita dan raja-raja Melayu yang silih berganti.
6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.
7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.
SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN
8. Saya bukanlah pakar hadis.
9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.
10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?
11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”
12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?
NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.
13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.
14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.
15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.
16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.
17.Padinya berbuahkan emas.
18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.
19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.
20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.
21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.
22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.
23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.
PYRAMID MELAYU
24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.
25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.
26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.
27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.
28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.
29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.
30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.
31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.
32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.
33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.
TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL
“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)
34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.
35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.
36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?
37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?
38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.
39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.
40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.
41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.
42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.
43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.
44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)
45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.
PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA
46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh unit-unit khas dari angkatan tentera kita.
47.Ada tentera yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.
48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh unit-unit komando kita.
49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.
50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.
51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.
52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.
PYRAMID-PYRAMID LAIN
53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.
54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.
55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.
BESI ANEH
56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.
57.Yang anek sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.
58.Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.
59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?
60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.
61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……
62.Sila ikuti blog saya….untuk persoalan-persoalan yang dijamin akan menyebabkan anda mual dan akan muntah untuk menunggu saya update dan menjawab persoalan saudara.
63.OOO ada laluan shorcut, iaitu segelas teh tarik dan sekotak rokok.
–SEKIAN
Last edited by capiloton on 26-9-2012 11:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
err, pic xdak eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Harimau mati tinggalkan BELANG..Ghadaffi mati tinggalkan TAHI..ntah bape taun la salah laku beliau akan dicanang,disebut,diceritakan di seluruh dunia |
|
|
|
|
|
|
|
wahh ini boleh transfer ke bod LMS ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa khayal je baca ni
Mcm baca buku "dajjal akan muncul dr kerajaan jin di segitiga bermuda"
To imagine things that are unimagined
X macam baca buku harry potter. Boleh imagine lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
taji2906 posted on 26-9-2012 11:55 AM
si uneks takmo komen ka?
uneks pakar sejarah tu? ekekekeke dah kene zasst kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugak tau komen uneks... |
|
|
|
|
|
|
|
takdak pic ka, komen2 komando yg jaga |
|
|
|
|
|
|
|
A few years back ada seorang sahabat dah inform aku pasal ini... katanya dia dah tengok tempat ni. Aku ingat ..awat la dia ni cakap mengarut... syok terlebih.. hati jahat aku ada jugak dok bisik kata, aleh nak tunjuk dia better la sbb jadi anggota pasukan uniform banding aku ni... aleh aleh hari ni baca benda yang dia dok kata ni jugak. Nampak gaya kena pi cari dia tanya lebih detail.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah bincang dalam bod MYSTERY satu masa dulu... tetapi takde bukti, cuma ade argument yang saya ingat sampai ke hari ini, kenapa US tempatkan pengkalan tentera mereka di sekeliling Semenanjung Malaysia, di Filipina, di Singapura dan di Thailand...
|
|
|
|
|
|
|
|
Saintis2 askar tak ada ker yg mengkaji, mcm cerita fiksyen holywood....
|
|
|
|
|
|
|
|
huh benarkah ni? tp ade lg ke hutan dara kt pahang ni? haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je benda2 ni...
Cuba tengok, pihak2 barat selalu je ada uji kaji.. cari tulang dinosor la, cari monumen la. Dan dr kecik aku selalu gak terpikir, kat malaysia ni takkan xde dinosor ke, lost cities ker... Now, aku yakin benda ni sebenarnya mmg ada..
yang buat kita x tahu, sebab kerajaan sendiri yang tak dedahkan.. well, mungkin ada sebab kenapa kerajaan menyembunyikan rahsia ni..
Biar jadikan pengajaran utk kita semua jgn cepat sgt kondem org atau mengelakkan org lain atas sesuatu berita dibawa.. last2 nye jadi mcm ni la, gelakkan kan sgt org, last2 org tu yg gelakkan kita balik atas kejahilan diri sendiri.. Last edited by brown_pupil on 27-9-2012 12:10 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Menarik tapi complicated.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|