CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23364|Reply: 225

perlu kah aku ceraikan dia

[Copy link]
Post time 22-7-2012 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Last edited by simbong on 22-7-2012 11:08 PM \n\nassalamualaikum,
saya nak tanya pandangan otai2 semua mengenai masalah rumahtangga.
dipendekkan cerita bukan le kaki pompuan atau sosial. yang saya tau cuma kerja dan memberi penuh kepercayaan kepada isteri bekerja di sebuah kementerian. dinikahi hampir sepuluh tahun yang lalu, kerana dia cakap kemana saja dia pergi dia tau dia isteri orang.

pada tiga tahun pertama kami amat bahgia walau pun terpaksa mengharungi kesempitan hidup di kl ni. walau pun ada kereta tapi pada waktu tu dia tiada lesen lagi. pg saya hantar dia ngan motor dan terus g keje. hingga lah dia ada lesen kereta semuanya berakhir. saya rasa ada yang tak kena bila setiap kali nak bersama macam2 alasan, dalam setahun tak sampai 10kali je dapat kemuncaknya sehingga perkataan ni di taip dah lebih setahun kami tak bersama, sebab dah tak larat nak onani dan tak tau nak cerita perkara mengaibkan ni pada sesiapa so saya harap puan2 dan tuan2 dapat membantu saya berfikir.cus saya ingat nak mc esok untuk g mahkamah fail susyuz kerana saya tak mahu menumpahkan darah kerana seorang wanita.

untuk pengetahuan sejak nikah saya tak pernah memukulnya. skg umur saya 34tahun dia 31tahun dikurniakan dua anak darjah 1 lelaki dan darjah 3 perembuan.. saya tak pandai mengarang so saya buat perkara penting jer la.

1. 9,10,11 hb2 2011 dia kata ada kursus tigahari dua malam di Johor tapi sebenarnya tidak..
2. 21.2.2011 dia kata keje tapi tak keje. siap tak balik rumah konon letih banyak kerja kena tidur rumah kawan perempuan yang   bila saya tanya dia kata takde pun.. masa ni dia hantar anak ke kg kononnya banyak keje dan saya pun pada waktu tu memang banyak keje so percaya jer la..
3. hampir setiap malam balik hampir 1pagi dengan alasan keje dan study..masa tu saya izinkan dia sambung digree part time.. tapi bila tanya semua kawan yang sambung belajar ngan dia kata takde so saya gi opis dia takde dan ada bunga velentime besar sebakul atas meja dia, selama ni orang opis ingat aku yang menggadai akidah bagi dia cis.masa kat opis aku chek punchkad dia setiap hari balik awal kul 5.30pm dan hari yg dia kata kerja tapi takkerja tu hanya dia dua orang je tak kerja pada hari tu penolong setia usha kementerian tu(PSU) kawan pompuan kat opis kesian kat saya dia cakap dia tahu perangai bini saya luar dan dalam kalau saya tau mesti terkejut, tapi dia tak sanggup nak cakap satu hari saya mesti tau sendiri. so saya tanya staf PSU ni duduk mana dia kata taman melati. kat opis tu dia jer yang duduk taman melati alamat penuh tak tau..
3. so satu petang jumaat tu saya ikut bini saya balik keje, dari jauh memang dia pergi taman melati cuma tiba2 hujan dan ribut amat lebat. saya yang bawak motor pada wak tu tu hilang jejak dia. tapi gps kete masih mengatakan dia ada di situ dia off handset dan tak balik malam tu.
4. so saya call la mak dan keluarga dia mengenai hal ini. so dia berhenti belajar amik anak kat kampung dan demi masa depan anak2 saya bagi peluang dia bertaubat.. tapi tak lama lepas tu gps kereta tu menunjukkan lagi dia tak keje tapi kata keje. sekali lagi lagi saya call opis kata dia cuti hari tu.. tapi bila call hp dia ngan selamba je kata keje ada kat opis..
5. skg opis dia dah pindah putrajaya so panjang lagi le langkahnya..(tak larat dah nak jejak ff)
6. hancurnya hati takyah cerita la..patut ler lama takleh sentuh : (
7. sebenarnya banyak lagi tapi tak sanggup nak buat senarai tu..

tindakan

1.   esok mc g mahkamah fail nusyuz.
2.   dah setel saya nak saman PSU yang tu sejuta kerana
2.1 punca penceraian kecuali dia dapat buktikan 21.02.2011 dia tidur ngan bini dia bukan bini saya.
3.   nak saman kementerian tu kerana cuai mengambil PSU yang tak berakhlak tapi berlagak alim. hingga menyebabkan
3.1 dua orang anak musnah masa depan..
3.2 meng aibkan keluarga secara abadi..

pada awalnya saya ingat nak kawin lain jerk tapi tak mampu.. baik cari lain..
tapi secara jujur saya tiada wanita lain lagi.. tapi nak cari yang bila saya balik keje dia ada kat umah. bukan nya dah la saya penat balik umah masak buat air sendiri gosok baju keje sendiri.. tapi bini tengah sibuk karaoke kat luar dengan alasan reles tensen.. dan sembahyang bukan main liat lagi, ha ni yang aku sedih bila tarawikh kat masjid aku tgk bini orang elok jer bila la saya nak dapat bini gitu.. bila aku marah dia kata ko tu bukan nya ustaz.. pakaian gi keje tu memang dah tak larat dah nak gaduh sampai satu hari kecoh depan umah aku suh dia masuk balik umah jangan pakai seluar yang punya la ketat hampir nampak pepet.. geram tul.. so skg sempena berkat bulan yang mulia ni saya nak selesaikannya.. apa pandangan tuan puan sekalian kalau nusyuz dia tak layak menuntut harta sepencarian kan kete tu amik la cus ada 2.. apartmen mentaricort ada satu pendek kata semua eset saya dah penamakan dia takpe blh tkr kan










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2012 11:04 PM | Show all posts
Sedihnya baca di awal Ramadhan kisah-kisah mcm ni......
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 12:18 AM | Show all posts
Salam ramadan En Tuan Tanah,
Banyak betul sekarang ni kes-kes bini curang. Kalau En TT dah ada bukti yg pasti tentang hal kecurangan isteri sebaiknya diselesaikan dgn cepat, suami nak cerai isteri mmg tak banyak birokrasinya. Masuk mahkamah, failkan atau terus jatuhkan talak. Selesai. Cuma ada bbrp hal yg saya sebagai seorang isteri agak musykil dgn cerita En TT ni.

1) Saya rasa sebagai suami En TT sepatutnya mengawal dan memantau isteri walaupun atas alasan bekerja, Kita sebagai suami tak boleh terlalu lepaskan isteri bagaikan layang2 terputus tali sampai dia terus lenyap ke alam lain.

2) Dari segi penceritaan TT, sejak zaman susah sampai dah sedikit senang saya rasa isteri you bosan hidup dalam kesusahan. Bila peluang utk hidup senang tu ada di depan mata dia jadi rabun dan akhirnya buta hati.

3) Di dalam sesebuah rumah tangga itu kita perlukan komitmen serta kasih sayang. Walau bagaimana banyakpun kasih sayang kpd isteri TT tak boleh biarkan isteri hanyut sebegitu lama. Dosa isteri tu di bahu suami, mengapa biarkan persoalan dan kecurangan isteri berlanjutan hingga ke tahap zina? Berlembut harus ada hadnya.

4) Memang isteri yang nusyuz tak berhak menerima sebarang nafkah, edah, mutaah dsbnya, tapi dia berhak ke atas semua harta sepencarian selama awak bersamanya sebagai suami isteri. Samada harta itu didaftarkan atas nama sesiapapun kalau dibeli selepas anda berdua berkahwin maka isteri anda berhak mendapat bahagian beliau.

5) Anda berhak mengemukakan saman terhadap org yg bercurang dgn isteri anda tapi implikasinya sgt-sgt besar terutama kepada masyarakat, pandangan mereka terhadap anda, lelaki yg dayus? tak tahu jaga bini? Apa pula kesannya kepada anak-anak anda? Mak mereka berzina? Timbangkan baik-baik hal yg tersebut, jangan hanya kerana tak puas hati dan perasaan nak membalas dendam masalah anda akan berlarutan dan sepanjang hidup anda akan dibayangi kisah hitam ini. Bercerai dgn baik adalah cara terbaik supaya tiada pihak yg terkesan dgn isu rumah tangga anda. Bila anda membuka aib, isteri anda akan membuka pula aib anda, semua hal dalam kain tersingkap.

Semua orang mengharapkan rumahtangga yg aman damai hingga ke hujung nyawa tapi hanya Allah yang tahu apa yang sudah tertulis untuk kita semua. Sebagai suami anda bertanggungjawab untuk membawa bahtera r/tangga ke jalan yang diredhai, kalau anda gagal bukan bermakna anda gagal selamanya. Penceraian adalah jln paling akhir utk menyelesaikan masalah r/tangga tapi cukup menyakitkan. Saya harap TT cukup bersedia terutamanya dr segi keupayaan mental. Mintalah kpd Allah agar diberikan petunjuk sebelum langkah yg seterusnya..





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 12:44 AM | Show all posts
kalau dah ada bukti bini curang....apahal x settle dr dulu?..2011.....1 tahun lebih tu....

kau kena mandrem ngan bini ke selama ni??...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 12:52 AM | Show all posts
bro.... bini dah balik ke, ada kat rumah?...

masih bertegur sapa sahur bersama?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 01:08 AM | Show all posts
Last edited by simbong on 26-7-2012 02:21 AM \n\n
cmf_blingblings posted on 23-7-2012 12:18 AM
Salam ramadan En Tuan Tanah,
Banyak betul sekarang ni kes-kes bini curang. Kalau En TT dah ada bukt ...

terimakasih pandangan anda membuatkan saya berfikir semula dan sangat membantu so,

sebenarnya,

1. saya ada pasang pepijat dalam beg tangannya saya boleh tahu dia dimana dan sedang bercakap dengan siapa malah mengenai apa.

2. cuma saya takut teman lelaki dia akan pukul atau buat perkara tak baik pada anak2 saya jika dia mendapat hak penjagaan..

3. untuk mengelak itu adakah baik saya tak payah ceraikan dia dulu monitor dengan pepijat tu. ( skg pun dia pelik mcm mana saya tau setiap perkataan mereka kat luar, saya dengar dia ckp ngan kawan dia "laki aku ada mata dia tau kt kt mana" hi hi hi )..

4. seterusnya untuk jangka panjang cari no2 je ler..

5. skg saya dah benar2 faham kenapa negara arab saudi mengharamkan wanita memandu ke neraka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2012 01:09 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 12:44 AM
kalau dah ada bukti bini curang....apahal x settle dr dulu?..2011.....1 tahun lebih tu....

kau ke ...

Bini dia pakai saka kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:13 AM | Show all posts
simbong posted on 23-7-2012 01:08 AM
terimakasih pandangan anda membuatkan saya berfikir semula dan sangat membantu so,

sebenarnya, ...

pulak dah!!

nak tambah satu lagi sila menuntut dgn pokcik lava, dia ada pakai ilmu2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 01:15 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-7-2012 01:09 AM
Bini dia pakai saka kot

saka tu tutupkan mata n hati tt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:17 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 01:15 AM
saka tu tutupkan mata n hati tt....

tutupkan mata hati nak mendidik tp tak tutup hati nak berbini lagik....mcm ada yg tak betoi jah
masalah besar tak selesai create lagi masalah lagi besar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:19 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-7-2012 01:13 AM
pulak dah!!

nak tambah satu lagi sila menuntut dgn pokcik lava, dia ada pakai ilmu2 n ...

nuntut ngan aku???..sendu tt ni...uat malu kaum je....

esuk masak la kena lahar ngan kaum kau...


1 tahun lebih tu......stakat mampu pasang pepijat je....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:22 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 01:19 AM
nuntut ngan aku???..sendu tt ni...uat malu kaum je....

esuk masak la kena lahar ngan kaum kau.. ...

maksudnya dia jenis berhati2, tak cemburu buta...bukan macam species kat sini, bini balik lambat, kena masak, minta layan kaw-kaw, bini tak layan terus buka thread nak cerai bini...ngok
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:23 AM | Show all posts
pepijat tu hape???? dln bhs Inggeris? gajet?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:24 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-7-2012 01:22 AM
maksudnya dia jenis berhati2, tak cemburu buta...bukan macam species kat sini, bini balik lambat,  ...

tersgt la berhati......sampai beratus kali kena kelentong tahap dewa ngan bini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:27 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 01:24 AM
tersgt la berhati......sampai beratus kali kena kelentong tahap dewa ngan bini..

dlm dunia ni gitulah, adil dah...kalau bini ligat laki jenis blur, kalau laki ligat bini ala-ala mandom...


entah2 BF bini TT tu dah berbini pong
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:31 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-7-2012 01:27 AM
dlm dunia ni gitulah, adil dah...kalau bini ligat laki jenis blur, kalau laki ligat bini ala-ala m ...

ha ah kan....cam uztazah semanis kurma tu....laki dia cam watak sampingan je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 01:33 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 01:31 AM
ha ah kan....cam uztazah semanis kurma tu....laki dia cam watak sampingan je...

itulah ko selalu judge the book from it's cover....kat situ nampak leleh jah ustaz tu, kat umah ko tak tahu lagi, tambah2 setazah tu pandai cakar rimau....larikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:37 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-7-2012 01:33 AM
itulah ko selalu judge the book from it's cover....kat situ nampak leleh jah ustaz tu, kat umah ko ...

tt ni nak tunggu bukti apa lagi??...4 pasang mata ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 01:39 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 01:37 AM
tt ni nak tunggu bukti apa lagi??...4 pasang mata ke?

TT takut kat BF bini, tak tahulah apa pasai..., kalau aku jd TT dah lama aku belasah dua2 manusia tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 01:41 AM | Show all posts
lavapanas posted on 23-7-2012 12:52 AM
bro.... bini dah balik ke, ada kat rumah?...

masih bertegur sapa sahur bersama?

sejak tu dia
1. dah amik balik anak dari kg jd skg dia selalu ada kat umah.tapi sampai umah pun dalam kul 830 saya cek pepijat pun kat opis cuma putrajaya siaran tak berapa jelas gak. tiap hari ot katanya

2. sahur? dia tak masak kat umah skg makan energy bar jer. dia pun makan nestum gitu2 jer. kalau saya nak makan masak sendiri jer la. gosok baju pun sendiri.

3. jarang bercakap kt umah biasa sms jer..

4. mandrem hmm entah ler.. cuba ler scan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072598 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list