CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7056|Reply: 52

dari mangsa pergolakkan rumahtangga

[Copy link]
Post time 16-7-2012 05:19 PM | Show all posts |Read mode
salam forumer semua...
sebenarnya sy nak luahkan perasaan sy sebagai anak yang menjadi mangsa pergolakkan rumahtangga.. ibu bapa yang berkonflik sebenarnya banyak memberi kesan kepada anak secara fizikal dan mental..

dah lama sy berhasrat nak luahkan kt board ni... ceritanya parent sy sejak 28 tahun berkahwin hidup xpernah aman, ada saja pergolakkan, termasuk lah 2 kali cerai dan beberapa kali ibu sy lari dari rumah... (sebab bapa poligami, ibu tiri anak sorg)
antara faktor yang boleh sy listkan kenapa mereka begitu:

1) bapa sy bekas anggota polis n sangat panas baran, dia bersara awal.. tak boleh penat sikit, cakap dia jangan dibangkang (pantang) suka menengking n maki hamun dll.

2)  kahwin tak ada persetujuan parent (mungkin dan mungkin juga bukan faktor)

sejak dari dulu lagi macam2 dugaan sy adik beradik tempuhi, ibu lari tinggalkan kami kemudian datang balik... sy tak pasti tempoh berapa lama sebab masih kecik lagi time tu, tinggal dengan atok sebelah bapa... bila dah reda ibu datang balik.

bapa pulak bila marah suku maki hamun anak bini sampai naik kaki dan tangan.. sy salah sorg mangsa... (4 beradik),

kami tak ada komunikasi antara bapa, sebab sikap panas baran membuatkan anak2 takut nak borak2 apatah lagi bagi pandangan...

baru-baru ni akak sy kawin dia sikit tak uruskan majlis, sebab tak restu hubungan lelaki tu  atas alasan TAK SETARAF PENDIDIKAN... dia pengaruh abg sy supaya jangan masuk campur urusan kawin akak sy... jadi mak yang uruskan , nasib baik atok nenek sebelah bapa nak tolong. untuk pengetahuan semua kami masih menyewa rumah.  

dalam kelam kabut uruskan kawin, ada desas desus dgr bapa kawin lain dengan orang indon.. ada ckp dia simpan pempuan, org keliling nampak bgtau ibu tapi dia antara percaya n tak... anda semua tentu dapat rasakan macamana perasaan kami sekeluarga bila ibu dapat tangkap bapak berduaan dalam hotel dengan ppuan indon tu!! dengan alasan nanti dorg nak kawin dah... puas ibu kutuk indon tu, dia cakap tak buat dah tapi sampai sekarang ada lagi dengan bapa kesayangan sy... (untuk pengetahuan kami memang ada sekelumit dendam dengan bapa) memandangkan ibu yang bersusah payah cari duit uruskan syarikat tapi dia amik duit habiskan kt ppuan j****g kaki kikis tu.

sekarang hubungan dorg renggang, sejak dari tu ibu mintak nak cerai ke 3 tapi ibu pikirkan adik2 masih kecil n mata pencarian kat situ memang tak jadi la... redha je apa yang berlaku walaupun ada masa berhari-hari dia tak balik rumah (syak dengan indon tu, tak tau dah kawin ke belum). bapa sebelum ni kuat ibadat tapi dalam sekelip mata Allah uji langsung dia berubah (berubah, dulu muda2 jgk agak ligat).

sekarang giliran sy family bf merisik, tapi ibu bapa dengan tak bertegur sapa tak bagi kata putus samada terima atau tak untuk go further..  bila makcik sy tny ibu, dia cakap sekarang dia tak bertegur dengan bapa, bapa outstation.. ibu suruh tunggu dulu, macam bagi harapan kat keluarga bf.. dorg ckp bulan puasa ni nak datang lagi rumah makcik sebab dekat berbanding rumah family sy.. setengah fahaman orang, diam maksudnya setuju.. buatnya tak setuju then macamana perasaan dorg yang datang hantar tanda nanti??  ni lagi satu masalah...

sy sebenarnya tak kesah kalau bapa tak restu teruskan perkahwinan sebab mind set sy ke arah redha, memandangkan akak sy 2 kali dia reject  nak kahwin, boleh disekat pulak. (menurut ibu, bapak ada simpan dendam dengan akak sebab akak ada masuk campur dorg gaduh).

inilah masalah yg tak berkesudahan.. wahai ibu bapa, tak sedarkah anda betapa seksanya anak2 bila jadi pergolakkan rumahtangga macam ni.. cukup la stakat ni sj sy ceritakan.. banyak mengajar sy jd indipendent, sy tak salahkan ibu 100% sebab emosinya didera sejak dulu oleh bapa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 07:09 PM | Show all posts
Pelik kan ayah kau.....
kat kakak kau dia kata pendidikan tak setaraf...yang dia bergomol dengan Indon tu setaraf le pulak.....
pada aku, biarlah warganegara walaupun pendidikan tak tinggi mana.....
Alasan je tu......
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 07:20 PM | Show all posts
simpati dengan TT,  wiwish pun ada kawan yang kes family macam ni...dari kecil dia mental dan fizikal di dera, tapi papepun bertabahlah...berat lagi bahu memikul kan....

nyway...napa ibu tak bagi kata putus tu?. cuba tanya directly dengan ibu, dia setuju atau tak. mungkin waktu tu angin dia tengah tak best kot, wrong timing bertanya.

pada wiwish elok family bf datang ziarah dulu, dari situ boleh tau ibu berkenan ke tak, ni kalau terus masuk merisik tapi ibu tak setuju susah pulak....orang tua ni kalau dia diam sebenarnya banyak benda yang dia fikirkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 08:03 PM | Show all posts
saya ada kawan yg mak bapak nye bercerai..yg jd mangsa dia n adik-beradk yg lain..kdg2 sian tgk dia.sebab bila cuti sem.dia xtak kan balik kampung.dia mmg seorang yg berdikari xde nk susahkan famil.ape2 masalah dia akan setelkan sendiri.tgk dari segi luaran nmpak mcm hepi go lucky tp rasa dari segi dlaman mesti dia seorang yg memendam rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 12:53 PM | Show all posts
Reply 2# jazaa


    tu kan sorang sedia menggomol, sorang lagi sedia utk digomoli.. kira setaraf la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply 1# semut_pijau


    salam tuan rumah,
redha seorg ayah takleh diminta, tapi boleh diusahakan.. cuba ko berbaik2 ngan ayah ko.. bukan sebab ko nak kawin esok lusa ni.. tapi lebey kepada menjaga hubungan baik antara ko dan ayah ko.. kena ko ingat, seburuk ayah ko.. takde benihnya ko tak ujud pon kat doniya yg fana ni.. ingat tu leklok..

soal dia nak bergomol ngan indon ke, kawin dua ke, itu tak termasuk dlm persoklan ko kat sini.. itu antara mak ko dan ayah ko.. bukan kuasa anak2 utk campurtangan.. skang ni masalahnya dahlah ayah ko tegang ngan mak ko, ni ngan anak2 sekali terkesan.. tu mmg tak betullah bagi aku..

cerita la kat bf ttg situasi famili ko, jgn bagi harapan sekiranya masalah parents ko ni tak selesei.. bab bertunang/merisik tu tangguhlah dulu.. ko mesti taknak jadi mcm kes akak ko kan..

cuba mintak sumbodi slow talk ngan ayah ko.. mebi mak/pak sedara belah ayah ke, or atuk ke.. sumbodi yg ayah ko respek dan dengar pendapat beliyau.. sekeras mana pon hati ayah ko, tentu hatinya lembut juga tambah2 anak dah nak kawin ni.. taktaula kalo dia hati batu.. dan dia buat ala2 mcm akak ko yg lepas tu.. kes naya tu.. lagi satu, bykkan berdoa smoga krisis parents ko ni selesei dgn baek.. doa tu senjata org mukmin.. lepas solat dan wirid tu berdoalah spenuh hati.. insyaAllah hati-hati manusia ni mudah dibolak balikkan oleh yg empunya hati..

thread moved to mainboard

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2012 02:39 PM | Show all posts
Reply 1# semut_pijau

sdih nyer kisah adik ni....bertabah lah adik.. x tau nak kata apa..akk doakan mak adik n smua family adik kuat, tabah dlm menghadapi situasi ini..mmg yg menanggung nya terasa perit sekali.. bykkan lah melakukan solat2 sunat , berdoa n memohon pd Allah..hnya Allah shj tpt kita memohon pertolongan dan mengadu, InsyaAllah smua nya akn baik2 sahaja..cuma masa nya blum tiba..

Percayalah dik..Allah tidak zalim pd makhluknya...disini adik cuma dpt meluahkan apa yg terpendam n terbuku dihati..kami cuma dpt mmberi sedikit nasihat tp selebihnya smuanya dibawah kuasa Allah ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:16 PM | Show all posts
Hal ibubapa biar dia orang sesttlekan.  Kalau TT nak bantu pun takut akan memanbahkan lagi masaalah.  Nak nasihat kat bapa pun tentu susah dah sifat dia cam tu nak2 yang nasihat tu anak.  Bukan semua orang tua boleh terima nasihat dari anak sendiri.  Kalau orang yang lebih tua yang nasihatkan mungkin juga mereka boleh terima.

Ada elok TT lebih tumpukan hal nak masuk meminang ni.  Buat permulaan ada baiknya panggil keluarga TT terutamanya makcik dan ibu  duduk berbincangkan hal ni.  Moga2 ada keputusan yang mengembirakan nanti.  Sekurang2nya bila keluarga BF datang bertanya lagi nanti ada jawapan yang boleh keluarga TT berikan.  Kalau TT masih nak menunggu mak TT jadi tenang rasanya agak sukar dan tak tahu bila masanya.  Selagi bapa TT dah berkahwin lain selagi itu le rasanya mak TT tak akan rasa tenang sebab bapa kawin tampa mendapat kebenaran darinya.  Jangan biarkan masaalah ibubapa TT bercampur aduk dengan masaalah yang TT hadapi sebab ia akan menyukar lagi masaalah yang dah sedia ada tu.  Lebih lebih lagi TT pun dah sedia maklum macamana perengai mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 08:45 PM | Show all posts
TT kau harus berjaga2 ... Bpk kau skg sudah bermain dgn Indon aka bermain api. Indon akan kikis habis2 an.. Dgn cara Yg kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:23 PM | Show all posts
Mental la bapak ko.... business apa parents ko buat skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 01:58 AM | Show all posts
Buatlah solat sunat hajat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 02:03 AM | Show all posts
Kalau tujuan TT untuk mendapat restu ayah tetapi serasa tak berkemungkinkan maka di nasihatkan pergi ke jabatan ugama islam yang terdekat dan adukan hal .

Pertunangan tolak tepi dulu...( kalau pertunangan akan memburukkan lagi keadaan )
Jabatan agama islam akan memanggil ayah untuk mendapat maklumat dan sebab musabab mengapa ayah tidak mahu membenarkan pernikahan.
Setakat tidak suka kepada TT atau teman TT adalah bukan alasan yang kuat...

Pernikahan kemudiannya boleh menggunakan wali hakim..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 07:33 AM | Show all posts
Sabarnyaa mak TT bertahan dalam keadaan ni. Di tipu, di dera, di khianati dan TT walau seksa ko ngadap apa yg jadi ni, nak tak nak kene gak hadap. Tabah laa yer TT.

Pd aku mungkin x wujud dah kasih sayang antara mak dan ayah ko. Mak ko bertahan semata kerana anak2. Jgn la berdendam dgn ayah sendiri, walau buruk mcm mana pun perangai dia. Doakan agar ayah ko sempat bertaubat dan mendapat hidayah.

Ce ko buat baik dgn ayah ko. Kot2 selama ni perhatian anak2 kurang pd dia. Sementelah anak2 pun dah besar, jadi cara tu nak kene ubah. Semoga Allah permudahkan urusan TT dalam mengembalikan keharmonian hubungan mak dan ayah TT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 08:25 AM | Show all posts
Kalau bapak tak setuju, siapa yg jadi wali?!? Kawin kat siam!?? Something fishy la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 08:44 AM | Show all posts
Kalau bapak tak setuju, siapa yg jadi wali?!? Kawin kat siam!?? Something fishy la.
Bell Post at 18-7-2012 08:25



Masuk court mintak wali hakim, alasannya wali enggan...

TT boleh kemukakan permohonan wali hakim kat mana2 court syariah di mana TT bermastautin.. masuk court bicara dan if hakim puas hati dgn keterangan yg diberi masa perbicaraan, court akan keluarkan satu perintah kebenaran bernikah dgn menggunakan wali hakim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 10:32 AM | Show all posts
Reply 15# BidadariAnggun1
Setuju dgn Bida.



Btw TT, tak yah pening2 kepala since dah tahu bapak tuh mcm tuh... tungu2 pun takde kesudahan..try follow tips2 di atas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2012 11:03 AM | Show all posts
Reply  BidadariAnggun1
Setuju dgn Bida.



Btw TT, tak yah pening2 kepala since dah tahu bapak ...
Sasha Post at 18-7-2012 10:32



    oh tidak.... nnt org chop i ajar anak jadik derhaka pulak....

hari tuh dah kena perli.... kejenya ajak bini2 orang join d club mak jans vogue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 11:11 AM | Show all posts
Pelik kan ayah kau.....
kat kakak kau dia kata pendidikan tak setaraf...yang dia bergomol dengan In ...
jazaa Post at 16-7-2012 19:09


sebab tu lah ibu sy ckp lepas ni xpayah nak pilih menantu setaraf ke tak.. dah kena batang hidung sendiri dia tak sedar... tapi apa2 pun ibu tetap refer kat bapa hal2 kawin ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 11:15 AM | Show all posts
kesian sagt nasib TT.....zalim betul ayah awak tu selfish,minta pndangan org tua,ayah tk setuju sape nak jadikan wali,dlu ur sister macam mane??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 11:18 AM | Show all posts
simpati dengan TT,  wiwish pun ada kawan yang kes family macam ni...dari kecil dia mental dan fizika ...
wiwish Post at 16-7-2012 19:20


ibu tak cakap dia tak setuju... dia pernah jumpa bf sy... tapi dia tak tau nak bagi kata putus... baru2 ni dia cakap  nak datang bulan puasa ni then bebincang dengan family bf, tapi ni cakap tak jadi pulak... hang macam tu je, tak ada kata putus..

dia dah cakap dengan bapa, tapi bapa cakap dia nak call sy tapi sampai kesudah dia diam je... sy nak call tapi takut... takut dia mengamuk n berleter something yang menyakitkan hati dan telinga... kata2 dia memang pedih... (now tengah get ready dia call, darah gemuruh terus dtg)..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.312047 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list