View: 32689|Reply: 76
|
Tenggelamnya Atlantis – Kejatuhan Empayar Minoan
[Copy link]
|
|
Edited by robotech at 26-7-2016 02:35 PM
Tenggelamnya Atlantis – Kejatuhan Empayar Minoan
Lebih 2000 tahun lalu, sejarawan Yunani iaitu Plato menulis tentang Atlantis, satu kisah tamadun purba yang ditenggelamkan ke dasar lautan. Tetapi sejarah sebenar di sebalik kisah Plato itu tidak pernah dapat dikenal pasti. Hanya baru2 ini sahaja pakar arkeologi mula mempercayai bahawa lagenda Atlantis mungkin bermula di Crete. Mereka mengharap melalui kaedah saintifik akhirnya dapat membuktikan kesinambungan sejarah & lagenda purba oleh Plato.
5000 tahun lalu, kaum Minoan, tamadun agung Eropah yang pertama, bermula di kepulauan Crete. Penduduknya yang sofistikated, dinamakan sempena lagenda Raja Minos, merupakan kaum Eropah purba yang pertama menggunakan bahasa penulisan dikenali Linear A, dan kaum purba yang pertama membina jalan batuan. Kaum ini adalah masyarakat yang mempunyai kepakaran artisan serta kesenian yang tinggi dan memiliki kepakaran kejuruteraan awam yang cekap. Kaum Minoan adalah bangsa pelaut & pembina kapal laut yang terbaik, & empayar maritim yang tersangat luas di Mediterrean bersaing dengan empayar Mesir Kuno.
Kaum yang agak misteri, menyembah rahib wanita kultus ular dan mengamalkan ritual korban manusia yang amalannya berasal dari Iran purba (bukan amalan Eropah purba ketika itu), mungkin menjelaskan mengapa budaya kaum Minoan agak berbeza dengan tamadun Yunani Mycenea yang muncul selepas mereka. Amalan & ritual yang berbeza ini melahirkan kisah mitos Yunani mengenai makhluk separuh manusia separuh lembu yang memakan daging manusia di terowong labyrinth yang berselirat. Namun begitu, di tengah2 puncak kegemilangan peradaban & kekuasaan Empayar Minoan ini, masyarakat & tamadun Minoan lenyap dalam lipatan sejarah. Lenyapnya tamadun ini telah membingungkan sejarawan buat bergenerasi lamanya – sehingga sekarang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 26-7-2016 02:39 PM
Di Pulau Santorini, 70 batu di utara Crete, adalah terletaknya kota pelabuhan mewah Akrotiri Minoan, tempat di mana lukisan dinding yang ditemui menggambarkan gaya kehidupan masyarakat purba Minos yang dikelilingi haiwan ternakan serta petani menuai zafran (saffron). Tetapi masyarakat Minoan membina penempatan kota mereka di atas sebuah kepulauan yang paling berisiko di dunia, berhampiran gunung berapi Thera. Pada 1600 Sebelum Masihi, Akrotiri telah digegarkan dengan gempa bumi yang kuat. Tidak lama selepas itu, satu letusan berlaku. Letusan gunung berapi Thera antara yang terbesar dalam sejarah manusia – lebih 10 juta tan habuk, gas beracun serta batu-batuan dihamburkan lebih 25 batu ke ruang atmosfera. Namun begitu, walaupun lokasi Crete yang hampir dengan gunung berapi itu, puing2 letusan Thera tidak mengenai sebahagian kota2 utama Minoan.
Di Crete, lapisan campuran tanah yang asing & bercampurbaur dengan serpihan tembikar, bahan binaan serta tulang temulang lembu boleh ditemui sepanjang hakisan pantai di lokasi kota purba Palaikastro. Dengan bantuan saintis kajitanah Hendrik Bruins, pakar arkeologi Sandy McGillivray menemui lapisan tanah berkenaan turut mempunyai mikro-organisma yang biasanya hanya ditemui di dasar lautan. Hanya menerusi limpahan tsunami yang dahsyat sahaja mampu membawa mikroorganisma ini ke daratan. Dengan kehadiran puing2 letusan Theran yang dihanyutkan ke pantai Crete oleh ombak kuat menunjukkan bahawa letusan gunung berapi Thera menyebabkan kejadian tsunami & menerusi kaedah ‘carbon dating’ mendapati tulang temulang lembu yang bercampurbaur dengan lapisan sedimen itu mengesahkan ia berlaku sekitar 1600 SM, pada masa yang sama Thera meletus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 26-7-2016 04:36 PM
Kota Purba Minoan di Knossos
Pakar arkeologi kini mula memahami apa yang terjadi setelah berdekad berlalu selepas letusan itu berlaku. Antara penemuan terkini adalah sebuah patung di Palaikastro yang ditemui bersama lapisan arkeologi ratusan tahun setelah kemusnahan peradaban Minoan. Diperbuat daripada gading, berkepala ular diselaputi emas, adalah merupakan hasil kesenian bermutu tinggi peradaban Minoan telah dirosakkan melalui vandalisme, mencadangkan berlakunya keganasan terancang terhadap peradaban Minoan. Bukti2 lain keganasan & kemusnahan terancang itu turut ditemui lokasi2 lain di kepulauan itu . Pakar arkeologi Maria Vlasaki percaya jawapan sebenar ditemui di tanah pengebumian kuno di Chanea. Mayat2 di sana adalah dari zaman kacau bilau dalam sejarah Minoan. Mayat2 purba lain turut ditemui berhampiran Knossos. Persenjataan yang ditemui dari era itu bukan milik kaum Minoan, tetapi menyerupai senjata Yunani Peloponnese purba. Kaum Yunani purba (berkemungkinan Yunani Mycenae – Robo edit) dari tanah besar Greece menceroboh kepulauan Crete dengan keganasan & menakluki Minoan yang kini di ambang kejatuhan. Tsunami yang melanda peradaban Minos bukan sahaja melemahkan empayar maritim ini, malah memberi keuntungan besar kepada penceroboh Yunani Mycenae dari segi kepentingan peluang ketenteraan.
Akhirnya, sejarah kelenyapan peradaban Minoan kini terjawab. 5000 tahun setelah ia berlaku, bencana alam yang dahsyat menyaksikan kejatuhan tamadun ini. Ombak besar yang menghanyutkan sebuah empayar sangat mirip kepada kota lagenda mistik yang ditenggelami ke dasar lautan. Walaupun kita mungkin belum benar2 pasti jika Crete adalah Atlantis, sekurang2nya kita telah mendapat penjelasan jelas mengenai kejatuhan empayar agung purba yang pertama di Eropah.
(Diterjemah Robotech dari artikel: Sinking Atlantis, The Fall of Minoans. Sumber: pbs.org)
|
|
|
|
|
|
|
|
Gempa Bumi = Gay/Seks - Luth, Pompei
sebab tue skang nie Jepun pun selalu gempa bumi + tsunami sebab kalo kat Jepun semua jenis seks ada....ermmm
Peperangan = Rasuah/Kianat - Sang Rajuna Tapa, Siffin |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat US, bapak segala maksiat ada kat situ? |
|
|
|
|
|
|
|
Gempa Bumi = Gay/Seks - Luth, Pompei
sebab tue skang nie Jepun pun selalu gempa bumi + tsunami sebab kalo kat Jepun semua jenis seks ada....ermmm
Peperangan = Rasuah/Kianat - Sang Rajuna Tapa, Siffin
Tersangat subjektif. Gempa bumi yang kerap di Jepun adalah fakta geologi kerana ia terletak di Lingkaran Api Pasifik.
Perang Siffin bukan bala. Sebab Rasululullah pernah menyatakan umatnya akan berbalah sesama sendiri walaupun dalam hal yang hak. |
|
|
|
|
|
|
|
orang us pun respect jepun...sebab dewa seks ada kat jepun....dari lelaki gay, yang muda, budak2...ermmm macam2 ada kat jepun...rasanya kalo dunia nie ranap...orang akan datang gali2....jepun jadi cam pompei...tamadun dan kecanggihan teknologi bangsa rajin kene gempa... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 10-4-2012 18:50
ATLANTIS - Deruan Ombak yang Menghancurkan Empayar Minoan (Atlantis)
Oleh: George Pararas-Carayannis
Pengenalan
LAUT AEGEAN bagaikan sebuah tasik yang luas, hampir sahaja dikelilingi daratan. Di bahagian barat & utaranya nun terbentang tanah besar Eropah; di arah timur pula Asia Minor manakala ke arah selatan pula ialah kepulauan Crete yang memisahkan ia dari lautan Mediterranean. Sepanjang pesisiran Aegean pula dicorakkan dengan teluk2 & semenanjung, & bertaburan ratusan pulau2 di persekitarannya. Ini adalah sebahagian mukabumi yang mengalami iklim panas sederhana dengan hujan musim sejuk serta musim panas yang kering. Di sinilah peradaban Barat bermula, di pulau Crete, terletak di persimpangan Eropah & Afrika, menjadi lokasi antara permulaan tamadun awal kemanusiaan yang agung.
Lukisan mural fresco di kota Akrotiri menggambarkan masyarakat maritim Minoan
Dengan meniru peradaban jiran mereka di Mesir Kuno pada permulaannya, penduduk awal Crete secara beransur2 berkembang sehingga ke Zaman Gangsa selepas 3000 Sebelum Masihi. Untuk beberapa ratus tahun setelah itu, kemajuan mereka agak perlahan tetapi menjelang 2000 SM, mereka telah membentuk satu ketamadunan yang unik & gemilang. Di pesisiran, dengan akses kepada kapal dagang, industri membangun pesat dengan pengeluaran tembikar & tukangan logam yang menjadi permintaan dagangan yang tinggi pada era itu. Disebabkan kemahiran mereka sebagai bangsa maritim, kemahiran nautikal & keberanian merentas lautan, penduduk Crete memonopoli pengangkutan laut & perdagangan maritim serta menjadi mewah & berkuasa. Kota2 besar & megah dibina, & di Knossos, ibukota kerajaan ditubuhkan yang bukan sahaja melingkungi pulau Crete, tapi banyak kepulauan jiran lain juga di Laut Aegean. Kerajaan maritim kepulauan ini digelar Empayar Minoan, nama yang berasal dari raja lagenda mereka yang dikenali sebagai Minos. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemusnahan dari Bencana Alam Semulajadi
Letusan Santorini di zaman purba
Bukti kemusnahan akibat bencana alam memang wujud. Pada abad 1600 SM, gunung berapi Santorin, sebuah pulau di utara Crete, meletus dengan dahsyat menghamburkan jutaan tan asap & habuk gunung berapi ke atmosfera, menghasilkan gegaran atmosferik & tsunami besar yang terhasil turut dikenali "ombak gadang". Menerusi kaedah 'radiocarbon dating' ke atas sisa kayu & gigi manusia yang ditemui di tapak kota purba yang tertimbus lapisan debu volkanik dekat Pulau Santorin oleh Professor A. G. Galanopoulos dari University of Athens mendapati letusan dahsyat Santorin bermula sekitar 1450 - 1480 SM.
Bukti arkeologi juga mengesahkan sekitar tahun 1480SM, beberapa bencana alam seperti gempa bumi turut memusnahkan istana2 mewah Minoan & membawa kepada perubahan drastik yang menyebabkan kepupusan tamadun Minoan. Kemusnahan utama sebagaimana pendapat diterimapakai kini, adalah letupan dahsyat gunung berapi Santorin yang sebelum & selepas letusan diikuti beberapa siri gempa bumi yang teruk. Bagi menggambarkan keadaan kemusnahan alam ini, perlu diterangkan mengenai lokasi geologi & sejarah kawasan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 10-4-2012 19:54
Kesan Kekuatan Gunung Berapi
Beberapa gugusan pulau kecil membentuk gunung berapi Santorin adalah sebahagian rantaian kepulauan dipanggil Cyclades, utara Crete. Beberapa pulau volkanik lain yang berada di gugusan yang sama sehinggalah ke Pulau Methana di pesisir Peloponnesus. Garisan lingkaran volkanik yang lain turut menjalar ke arah utara-selatan, mengikut pesisiran Asia Minor. Dari semua kepulauan volkanik ini, hanya 2 iaitu Santorin & Nisyros, telah meletus mengikut catitan sejarah.
Santorin dahulunya sebuah pulau volkanik yang besar berketinggian 5000 kaki. Saki baki pulau Santorin telah berpecah kepada Pulau Thera (letusan Santorini juga dikenali letusan Thera / Therasian - Robo edit) & Pulau Therasia serta sebuah pulau kecil, Aspronisi.
Kemusnahan akibat letupan dahsyat Santorin di kurun 15SM jelas menyamai letusan Krakatoa yang berlaku pada 26 Ogos 1883, Selat Sunda, Indonesia. Kita hanya mengetahui serba sedikit mengenusi letusan gunung berapi Santorin, tetapi banyak analogi perbandingan dapat dilakukan berdasarkan kejadian letusan Krakatoa, yang tercatat sempurna dalam rekod sejarah kini.
Sila rujuk rajah mengenai sejarah pulau volkanik Santorin di sini:http://www.santorinigreece.net/santorinicreation.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 11-3-2019 07:27 PM
Dinding Bumi Menghambur Keluar
Gambaran sakibaki kaum Minoan yang menyelamatkan diri setelah Minoan musnah akibat kesan gempa susulan
Dari kebanyakan istana2 indah & penempatan Minoan di utara & timur Crete, hanya Knossos sahaja yang selamat dari kemusnahan tsunami. Knossos terletak jauh ke daratan pulau Crete & dipisahkan dari laut dengan siri banjaran bukit2. Mahligai Knossos pula nampaknya menjadi mangsa kemusnahan dari siri gempa bumi yang berlaku beberapa kali sebelum & selepas letusan Santorin.
Kerja2 arkeologi di sekitar gugusan kepulauan Aegean telah menemui bukti anggaran saiz & kesan2 tsunami ini. Di pulau Anafi, 15 batu di timur Santorin terdapat lembah dengan tanah tinggi berketinggian 820 kaki, hasil lapisan dasar laut sedalam 15 kaki ditemui. Di tapak arkeologi di Pulau Amnisos, Professor Spyridon Marinatos, tokoh arkeologi Greece terkemuka menemui bukti kesan bangunan purba pesisir yang telah dihanyutkan ombak besar. Dalam tapak asas & ruang tapak berkenaan dia menemui sebahagian besar kuantiti lapisan lumpur & pasir lautan.
Di lokasi di pulau yang sama, bukti tambahan kesan tsunami ditemui dari villa (rumah purba) fresco. Sebahagian besar dinding & sisi bilik serta struktur telah runtuh / tenggelam dalam keadaan yang agak pelik. Dinding menghala keluar & beberapa batu monoliths seberat beberapa tan & bersaiz 6 kaki panjang & 3 kaki lebar telah terkeluar dari kedudukan asal atau hilang begitu sahaja. Ini merupakan kesan2 struktur binaan yang ditarik air ke arah laut.
Pakar seismologi percaya bahawa pada zaman silam, Crete telah menghadapi anggaran 3 kali gempabumi setiap 100 tahun. Siri2 gempa bumi ini & gempa bumi susulan memusnahkan kebanyakan istana & mahligai Minoan di Crete sepanjang sejarah peradaban Minoan. Kemusnahan besar yang pertama ke atas Mahligai Knossos dari gempa bumi pada 1720 SM & ia dibina semula sehinggalah dimusnahkan kembali oleh beberapa siri gempa bumi pada kurun ke 14 Sebelum Masihi.
Sir Arthur Evans, dalam penggaliannya di Knossos, menemui bukti kemusnahan melampau yang diakibatkan oleh gempa bumi yang berlanjutan. Secara spesifik dia meneui banyak rumah2 Minoan yang rosak akibat bongkah2 batu besar, struktur rumah terpisah sejauh 20 kaki dari posisi asal. Malah ketika Evans masih di Crete, sebanyak 2 kali gegaran gempabumi boleh dirasai, diselangseli bunyi gegaran yang kuat naik dari dalam tanah ke daratan seperti bunyi dengusan lembu jantan. Menurutnya, terdapat hubungkait antara lembu jantan yang disembah kaum Minoan & gegaran bumi. Poseidon, dewa kegemaran kaum Minoan bukan sahaja Dewa Laut, malah juga pencipta gempa. Dewa Bumi mengikut kepercayaan Minoan pula, menyimpan seekor lembu jantan di bawah permukaan daratan & sekali sekala jika Dewa marah, akan melepaskan lembunya untuk menggegarkan bumi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 26-7-2016 03:01 PM
Ketakstabilan Geologi
Kekerapan aktiviti seismik di rantau ini dapat dijelaskan dengan pengetahuan geologi terkini mengenai pembentukan strukturnya. Menurut teori berkenaan, seluruh bahagian Barat & Selatan Greece berada di persimpangan 2 zon kerahan kerak dimana pentas benua Eurasia berpisah dari Afrika memandangkan dua benua ini perlahan2 bergerak.
Kerahan utama yang melalui kawasan Laut Timur Mediterranean sepanjang selatan pesisir Crete adalah sebahagian sambungan zon pemisahan Jordan, satu lagi kerak pemisahan muncul di Semenanjung Arab yang menolak ke arah blok benua Eurasia.
Kerana sistem tektonik yang tidak stabil ini, seluruh kawasan Kepulauan Aegean termasuk ke dalam sebahagian dari zon aktif seismik di dunia. Gunung berapi Santorin & Aetna serta banyak lagi gunung berapi yang telah dorman atau tiada lagi adalah warisan aktiviti seismik & tidak syak lagi pernah meletus banyak kali sepanjang kewujudab geologikalnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 11-3-2019 07:33 PM
Teori Baru Mengenai Atlantis
Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato (keadaannya secara bulatan sfera seolah seperti pulau Santorin sebelum ia meletup (rujuk rajah pembentukan Santorin sebelum & selepas letusan Santorin berlaku)
Baru2 ini, ada pendapat menyokong bahawa kepulauan Santorin, Crete & sebahagian pulau di Aegean adalah benua mitos Atlantis yang hilang sebagaimana yang diterangkan oleh Plato dalam kisahnya. Teori ini kemudian ditambah dengan kemajuan sebuah peradaban yang terkehadapan di Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato - berkemungkinan adalah tamadun Minoan & Santorin pula dahulunya sebahagian daripada kota2 mewah metropolis Minoan yang dimusnahkan oleh letusan gunung berapi & ditelan tsunami.
Adakah Paras Laut Naik & Menelan Atlantis?
Kerja2 arkeologi terkini di pulau Santorin mendapati wujudnya sebuah kota Minoan purba berusia 3500 tahun yang ditenggelami hampir separuh ke dasar laut. Kerja penggalian yang dilakukan oleh University of Athens menemui rumah kediaman Minoan dari rumah setingkat, 2 tingkat hingga 3 tingkat serta pelbagai artifak Minoan yang lain. Ketiadaan tengkorak atau rangka manusia di tapak kota itu menyatakan bahawa penghuni kota mendapat amaran awal sebelum letusan berlaku & sempat meninggalkan pulau berkenaan.
Samada Santorin & penempatan Minoan yang lain di kepulauan Aegean merupakan sebahagian dari tamadun Atlantis yang hilang belum dapat dipastikan sepenuhnya. Lagenda Atlantis sebagaimana lagenda lainnya tidak dapat disahkan kerana hanya berdasarkan cerita dongeng rakyat dari mulut ke mulut. (Rujukan "Perennial Atlantis," Sea Frontiers, Vol. 18, Nos. 1 & 2, 1972.)
Kemungkinan bahawa Atlantis atau sebahagian kota2 utamanya tenggelam akibat oleh paras lautan yang meningkat naik tidak boleh ditolak. Yang pastinya, kenaikan paras lautan berlaku di seluruh dunia & melibatkan semua lautan & laut dalam. Kesanya ketinggian paras lautan turut melibatkan Lautan Mediterranean disebabkan ia bersambung dengan lautan Atlantik melalui selat kecil Gibraltal.
Paras laut telah berubah sepanjang 20 000 tahun lalu disebabkan kecairan glacier & kecairan ais dari kutub utara & selatan. Ini secara drastik mempengaruhi kandungan air di lautan & kadar peningkatan air laut. Pada penghujung 20 000 tahun setelah dunia menuju ke era setelah Zaman Glacier Wisconsian, glacier telah mencair & mengecil ke utara & kadar ketinggian laut meningkat lebih 270 kaki.
Dari 8000 SM hingga 3000SM, laut telah meningkat secara mendadak hingga 18-21 kaki berbanding masa sekarang. Ketika 1600 Sebelum Masihi, kadar ketinggian paras laut meningkat, kemudian menurun ketika musim antara glacier yang singkat. Pada 700SM, kadar ketinggian paras laut Mediterranean dalam 12-15 kaki lebih rendah dari paras sekarang & pada 800 Masihi, paras laut meningkat 7 kaki persegi di bawah paras laut sekarang. Namun begitu, paras laut kembali meningkat tahun demi tahun sejajar dengan kecairan ais di kutub & meningkat dalam kadar 1.15 millimeter setiap tahun. Ini adalah anggaran konservatif yang dibuktikan menerusi penemuan arkeologi, hutan yang ditenggelami air dan kesan bukti tidak langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by robotech at 26-7-2016 03:07 PM
Minoan dihentam Gempa Bumi
Kenaikan paras laut telah menenggelamkan bayak kawasan rendah berhampiran pesisir pantai di Lautan Mediterranean & sebahagian kota pesisir. Banyak penempatan pesisir Minoan di Laut Aegean telah ditenggelami air atau ditemui separuh tenggelam ke dasar laut. Dianggarkan pada kurun ke 15 SM, pada masa letusan Santorin berlaku, paras air laut kurang dari 12 kaki berdasarkan paras laut sekarang. Kota purba Minoan yang ditemui separuh tenggelam di Santorin mungkin pernah ditenggekami air laut yang meningkat naik (tsunami) diikuti pula dengan tanah runtuh (akibat gegaran letusan) serta gempa bumi susulan. Namun begitu, keadaan tapak kota & bangunan yang terpelihara di Santorin menolak kemungkinan tanah runtuh sebagai salah satu faktor.
Di kawasan lain di Mediterranean, kesan bukti peninggalan kota2 purba kawasan pesisir ditenggelami air telah ditemui. Kenaikan paras laut bagaimanapun tidak akan dapat menenggelamkan kawasan benua daratan yang luas, seperti kisah Atlantis yang diceritakan Plato. Lagipun, kenaikan paras laut adalah secara berkala & bukan hanya dipengaruhi masalah bencana semulajadi.
Apa yang dapat dipastikan, letusan gunung berapi & siri limpahan tsunami sahaja tidak memusnahkan kesemua peradaban Minoan. Kota & penempatan Minoan yang jauh dari pesisir nampaknya terselamat dari kemusnahan letusan Santorin & beberapa siri tsunami yang membadai sebahagian besar kota & penempatan pesisir Minoan yang lain di seluruh laut Aegean. Namun kejadian bencana Santorin adalah satu punca tragedi permulaan kejatuhan empayar maritim purba ini. Bagi penduduk Minoan di Crete, beberapa kejadian gempa bumi selama 200 tahun berturut2 melemahkan lagi kebangkitan empayar ini. Usaha pemulihan empayar Minoan dengan pembinaan kota2 yang musnah sebelum ini terbantut ditambah pula keperitan membina kembali kemegahan peradaban mereka oleh pemerintah. Debu2 volkanik dari Santorin telah merosakkan tanaman, membuatkan tanah pertanian menjadi tidak subur & berlaku era krisis kekurangan sumber makanan yang terlalu teruk.
Kenyataan bahawa kemusnahan tamadun Minoan secara langsung berpunca dari letusan Santorin, habuk2 volkanik & beberapa siri tsunami telah terbukti dengan penemuan lain. Didapati bahawa pada 1400 SM, terdapat migrasi besar2an penduduk Minoan ke timur pulau Crete. Kawasan ini telah selamat dari kesan langsung letusan Santorin & dimana ia sesuai menjadi kawasan pertanian. Penghijrahan besar besaran oleh penduduk Minoan Crete & penghuni Minoan di gugusan kepulauan Aegean ke tanah besar Greece & Peloponnesus turut berlaku pada masa itu. Pelarian Minoan yang berhijrah ke tanah besar Greece telah memperkenalkan adat budaya mereka, kesenian & kemahiran maritim Minoan kepada penduduk asal Greece (Yunani Mycenae).
Orang Yunani Mycenae dari Peloponnesus pada masa itu kini telah menjadi satu kuasa baru di zaman Yunani purba. Mengambil peluang kejatuhan & kelemahan dinasti Minoan di Crete, dinasti Mycenea menjajah Knossos dan keseluruhan pulau Crete. Pada sekitar 1400 SM, kebangkitan tamadun Yunani Mycenea bermula di Greece, turut mengadaptasi beberapa kemajuan peradaban dari Minoan. Dengan kehadiran tamadun Mycenae, huruf penulisan tercipta & rekod sejarah Greece mula ditulis. Peradaban tamadun Minoan, yang dimusnahkan oleh letusan Santorin, siri2 tsunami, gempa2 bumi susulan akhirnya melalui era kejatuhan, merosot, menyembah bumi & lenyap ditelan zaman bersama keunikan identiti Minoannya.
(Artikel ini telah diterjemah, diolah gaya penulisan dari "ATLANTIS - The Waves That Destroyed the Minoan Empire" oleh Robotech khusus untuk forum Lagenda, Mitos & Sejarah - CARI.com)
RUJUKAN
Pararas-Carayannis, George. The Waves That Destroyed the Minoan Empire. Sea Frontiers, Vol 19, No. 2, p. 94, March-April, 1973.
Pararas-Carayannis, George. The Destruction of the Minoan Civilization. Encyclopaedia Grollier, Science Supplement, pp 314-321, 197 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by capiloton at 11-4-2012 22:00
kenapa lagenda Atlantis dan Lemuria cuma di sampaikan melalui mulut ke mulut?
sebab pemilik tamadun2 nih bukannya manusia (Al-Insaan)..
tapi penghuni bumi sebelum manusia.. iaitu Al-Bashar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 12-4-2012 00:52
kenapa lagenda Atlantis dan Lemuria cuma di sampaikan melalui mulut ke mulut?
Lagenda Atlantis walaupun dulunya mungkin dari mulut ke mulut, ianya bermula apabila Plato (428SM - 348SM), ahli falsafah Yunani era Klasikal pada zaman mudanya telah mengembara mencari ilmu ke Itali, Sicily, Mesir & Cyrene sebelum pulang ke Athens pada usia 40 tahun. Ketika dia mengunjungi Mesir (yang ketika itu di bawah jajahan empayar Parsi Achaemenid), Plato mengetahui mengenai mitos Atlantis dari rahib Mesir yang mengatakan dahulunya pada kurun ke 6 SM (200 tahun sebelum zaman Plato) ada seorang tokoh reformis Athens, Solon (638SM - 558SM) yang melawat di kota purba Mesir iaitu Sais & mendapat tahu riwayat kisah Atlantis dari seorang rahib. Dikatakan rahib ini telah membuat penterjemahan rekod sejarah lampau dari penulisan heroglif Mesir ke bahasa Yunani dari kertas papyrus.
Jika apa yang dikata Plato adalah benar, maka masyarakat purba Mesir adalah bangsa yang berhubungan dengan tamadun Atlantis & hikayat dongeng Atlantis bukan sekadar kisah mulut ke mulut, tetapi pernah tercatit dalam rekod Mesir purba! Walaupun rekod berkenaan (mengenai Atlantis) sudah tiada ditelan zaman, tetapi berdasarkan karya Plato, sekurang2nya dahulu kisah mitos Atlantis telah tercatat dalam rekod purba Mesir di kota Sais & para rahib Mesir lebih mengetahui kisah mitos ini.
Tetapi, kini bukti baru dari rekod Mesir bakal menggemparkan pengkaji sejarah Atlantis .... malah mendekatkan lagi mitos Atlantis dengan tamadun Minoan! |
|
|
|
|
|
|
|
satu membentuk Tamadun Atlantis - menguasai teknologi sains dan ilmu dunia fizikal.
Maaf, terang jelas hikayat Atlantis sebagaimana tercatat dalam karya dialog Plato iaitu Timaeus & Critias jelas menyatakan Atlantis merupakan ketamadunan manusia, walaupun mungkin hanya kisah dongeng sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by robotech at 12-4-2012 00:55
Namun begitu, bagi setiap kisah dongeng / riwayat, pasti ada secebis kebenaran. Contohnya, kisah peperangan Yunani kuno terhadap Troy. Kini, berdasarkan penemuan arkeologi serta sains geologi & penelahaan karya2 terdahulu, akhirnya kisah lagenda Troy menjadi suatu kebenaran dengan penemuan tapak kota berkenaan serta disokong bukti2 rekod bertulis era empayar Hittite (Saya akan membuka thread baru khusus untuk Troy jika berkesempatan).
Mesti diingati, Empayar Minoan, sebuah tamadun awal Yunani kuno bermula seawal 3000 SM, iaitu 5000 tahun yang lampau. Pada era itu, tamadun lain yang bersaing mahupun berdagang dengan tamadun Mesir Kuno adalah tamadun Minoan. Bergerak seiring dengan tamadun Mesir kuno, peradaban Minoan bertahan hampir 1500 tahun sehinggalah era letusan Santorini / Thera pada 1620 SM / 1520 SM yang menyebabkan kejatuhan empayar maritim ini.
Maka tidak hairanlah jika ada rekod Mesir Kuno yang mungkin pada zaman Solon atau Plato masih tercatat kisah suatu empayar maritim Yunani kuno dari kepulauan Aegean yang diinspirasi dari empayar Minoan yang telah lama terkubur, sekurang2nya 1000 tahun sebelum Plato / Solon melawati Mesir & mendapat inspirasi Atlantis berdasar kisah2 yang diriwayatkan dari rahib kuil Mesir. |
|
|
|
|
|
|
| |
|