CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12744|Reply: 35

Anak angkat - keluarga kandung ingin jumpa, benarkan atau tidak?

[Copy link]
Post time 14-2-2012 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua...Infiniti minta pandangan forummers, esp yg ada anak angkat.

Keluarga kandung ingin berjumpa dgnnya hingga cari sampai ke rumah. Tapi kami sudah pun pindah dari alamat yg mereka tahu dari adoption orders tu.

Dilemmanya skarang serba salah saya nak bagi jumpa atau tak. Memang kami berniat utk beritahu anak kami tu tentang statusnya bila dia dah blh faham concept anak angkat. Dan bila sampai masanya kami akan beri dia pilihan utk bertemu atau tidal dgn keluarga kandungnya, tapi bukan skarang.

Tolong beri pendapat ya...sbb hati saya berbelah bagi...separuh kata harus dan sebelah lagi kata tidak. Saya takut bila dah jumpa sekali, diminta pula berkali kali. Bukan kedekut tapi kami ingin berikan environment yg stabil utk anak kami membesar...tak nak dia confuse.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 01:58 PM | Show all posts
kenapa dia diserahkan dulu?
anak umur berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 02:06 PM | Show all posts
Ada juga org sudi reply

Dia diberi kpd kami sbb keadaan yg tak mengizinkan. Ibu yg melahirkannya baru belasan tahun & belum bernikah - tak tergamak nak guna status tak sah taraf...sbb saya dah anggap dia anak saya dunia akhirat

Dia baru nak masuk setahun in a few weeks' time.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 02:20 PM | Show all posts
jumpekan jelah... tu kan ibu dia...
insyaallah... takde papenye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply 4#

Kalau ikutkan belas memang nak jumpakan. Cuma saya tak mahu dia terus meminta utk berjumpa berulang kali. Apa yg harus saya katakan jika permintaan tu berulang? I'm just trying to protect my daughter...from what i don't know...but whatever I decide will have to be in her interest. Kalau I decide to let them see her, how would that benefit her now?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:18 PM | Show all posts
anak itu lelaki ke pompuan...alahai..bru sethn..masa banak takmau..dh besar skit ada hati nk bela balik....

masa amik budak tu ada buat apa2 perjanjian dgn mak dia tak?

suma ni salah nak dia..kalu sy...sy tak bg jumpa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2012 04:19 PM | Show all posts
Tak ada buat perjanjian. Tapi kami dah buat legal adoption & birth cert pun dah tukar nama kita sbg ibu bapanya.

Saya takut sangat kalau tetiba dia nak balik. Tak blh bayangkan kehilangannya sbb dia bagaikan nyawa & cinta hati kami berdua. Tak blh tido saya dibuatnya sejak dibgtau ibu kandungnya mahu jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 04:25 PM | Show all posts
Reply 1# ahysa


    kalau baby tu ada adik-beradik lain boleh jumpa sbb mungkin mak dia tak terasa sedih sgt.  tp kalau baby tu sorang aje aku nasihatkan jangan sbb bila mak dia dah tgk dia akan jatuh sedih dan mungkin akan rebut balik baby tu.  setau aku budak2 bwh 2 tahun bila2 mak/pak nak balik kita kena bagi walaupun ada surat sumpah penyerahan utk anak angkat.  aku berckp berdasarkan pengalaman aku sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 05:04 PM | Show all posts
dear tt,

tt kene benarkan...xbaik tt larang bdk tu jumpe dgn family sendiri....kejam sgt kalu wat mcm tu...

kalu tt larang skang maka bdk tu xkenal sapa adik beradiknya...buatnya die bercinta sesama beradik sapa nk tanggung sume dosa tu nnt...

pikir kehadapan...jgn pikir skang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 05:48 PM | Show all posts
Reply 9# niezam_cs


Buat masa ni  memang takde adik beradik. 4-5 tahun akan datang mungkin juga...ibu kandungnya lahirkan dia masa umur 16thn...masih bersekolah lagi. Dan dari sumber yg blh dipercayai dia memang sambung belajar selepas melahirkan.

Saya dan suami memang dah sepakat tidak akan menidakkan kehadiran keluarga kandung bayi kami. Sampai waktu yg sesuai kami akan beri dia pilihan utk bertemu mereka. Cuma saya rasa kalau bg jumpa skarang tak beri apa apa manfaat pada perkembangan minda/emosi anak kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 05:51 PM | Show all posts
Reply 8# alongatie

Blh share pengalaman alongatie di sini? Kalau tak menjadi keberatan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 06:11 PM | Show all posts
Saya pun ada pengalaman saya sendiri..... cuma tak tahu nak ceritakan macam mana di sini ...... terlalu sedih bila dikenangkan.....

Yang pasti, berpisah dengan anak yang walaupun bukan dari darah daging kita sendiri memang amat memeritkan.....  tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan pedihnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 06:24 PM | Show all posts
Reply 12# Surfinah


Cer citer...insyaallah dapat jadi pengajaran bersama.

Saya blh bayangkan kesedihan tu. Walau dia bukan lahir dari rahim saya tapi kasih sayang tak ada bezanya. Selalunya kami sekeluarga lupa yg dia bukan anak kandung kami...esp my mom. Seram sejuk bila bayangkan kemungkinan dia dirampas dari kami
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 07:32 PM | Show all posts
TT kena bagi peluang tapi bersyarat..lagi pun TT dah buat secara legal kan..so mak dia tak boleh nak ambik sesuka hati..TT yang bukan mak kandung dia pun rasa sedih takut dia diambil baik cuma TT fikirkan perasaan mak dia terpaksa serahkan anak dia dulu..saya pun ada anak angkat..saya fikirkan satu je..kesilapan masa lalu mak dia adalah rezeki buat kita..kalaulah mak dia tak buat silap kita tak akan dapat bayi tu..saya tak sanggup nak pisahkan hubungan ibu dan anak dia orang..tapi kalau baby tu dibuang oleh mak dia itu memang mak dia tak layak untuk jumpa la..buat masa skrg mak baby saya tak nak ada sebarang hubungan langsung walaupun sya cakap kalau nak jumpa tiap kali raya sya boleh bawa..tp saya akan pastikan baby sya tahu asal usul dia walaupun mak dia tak nak terima dia n satu hari nanti kalau dia dah besar sya nak dia cari jumpa mak dia juga n kalau dia keja ok saya nak dia sara mak dia sbb mak dia org susah..buat masa sekArang sya simpan gambar mak dia dan baju yang mak dia bagi waktu bersalin aritu..terpulang pada TT k..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:59 PM | Show all posts
bg;a tt ,kesian mak dia...................dia mungkin dh nyesal atas pbuatan dia....................,bg je tgk.............,maybe dia nk tgk gak darah -daging dia.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:54 PM | Show all posts
pada i, bagi la jumpa..kalau u berat hati, cuba you fikir, apa perasaan ibu yg mengandungkan dia selama 9 bulan tu..percaya kepada Allah, yg ini ada lah yg terbaik untuk you dan anak you..
tak payah fikir pasal apa benefit kat anak tu sekarang, tak payah fikir psl nak anak dalam keadaan stabil..

cuma, nasihat i, sebelum jumpa, siasat keadaan the mother..dia betul2 rindu & ikhlas nak jumpa anak dia, or "dicucuk" oleh certain individu..tak mau nanti, she capitalised on your emotional attachment to your baby..after you dah yakin yg dia betul2 ikhlas dan rindu, baru you put yourself in her shoes..kalau you yg mengandungkan anak itu, and because of certain circumstances you have to give the baby up, and you want to see your baby, tapi keluarga angkat tak bagi for whatever reason, what would you feel? how would you feel?

jangan diungkit kesalahan dia yg lalu..jgn diungkit yg dia serahkan anak itu..bukan dia buang baby tu cam other mothers..itu bagaikan menghukum manusia..hanya Allah yg boleh menghukum..dlm Islam, ada konsep bertaubat..

try to be objective, even tho it is hard..benda baik yg you buat, insyallah Allah balas baik gak..trust Allah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 02:31 AM | Show all posts
eer belum smpi 2tahun dah boleh tukar birth cert ker? kalau tak salah saya umur baby 2 tahun baru bole tukar birth cert..(maaf la kalau salah)
Apa yang saya tahu kalau baby tu belum mencecah 2 tahun umur dia, keluarga kandung bole ambik balik sbb buat masa ni status baby adalah sebagai anak peliharaan sahaja. Setelah umur 2 tahun bole tukar birth cert dan status anak itu ialah anak angkat akan dimasukkan didalam birth cert. Setelah mendapat status anak angkat, keluarga kandung tidak berhak untuk menuntuk anak itu lagi. Nasihat saya, kalau nak jumpa pun jangan dirumah TT, adalah lebih baik berjumpa di tempat yg selamat seperti di balai polis atau di pejabat lawyer yang buat perjanjian dan angkat sumpah masa proses mengambil baby dahulu. Jangan bagi alamat rumah terkini atau nombor telefon TT kepada keluarga kandung (banyak terjadi kes peras ugut). Maaf kalau silap komen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 07:35 AM | Show all posts
Reply 17# sarcofargo

Salam...memang dan tukar birth cert. Kami dapat adoption order selepas hanya 8 bulan case kami dibawa ke penghakiman. Alhamdullilah Allah permudahkan segala urusan.

Kami dah bincang dan setuju utk berjumpa lawyer yg handle case kami. Sebelum buat apa-apa keputusan biar lah kami dapat pencerahan yg tepat tentang hak ibu kandung dan hak kami sbg keluarga angkat. Bila dah jelas baru lah senang nak buat keputusan.

Dua tiga malam ni memang kami buat solat istikharah minta petunjuk. Tapi susah juga nak dapat kan sbb hati dah memang berat sebelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 07:50 AM | Show all posts
Reply 16# Ariys21

Salam....saya tak pernah ungkit kesalahan yg dilakukan. Tu antara dia dan Allah...kita takde hak nak menghukum. Cuma kalau keputusan bukan in the interest of my child, is it fair then to be in the interest of the biological mother? Saya hanya inginkan yg terbaik utk anak saya sbb memang dah jadi tanggungjawab kami utk melindungi dia dari situation yg blh affect her development - physically and emotionally.

Memang kalau ikut kan perikemanusian saya bg jer dia jumpa anak dia. Tapi says juga harus pertimbangkan pros and cons...cause and effect. Sbb saya tak dapat meneka or siasat apa tujuannya utk jumpa anak saya sbb kami memang tiada apa apa talian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 08:01 AM | Show all posts
Reply 14# MrsInsp

Salam MrsInsp....spt apa yg saya katakan di post sblm ni, kami tidak akan menidakkan kehadiran keluarga kandung dia. Malah bila dah besar dan dia nak bantu keluarga tu dalam segi apa pun, tu hak dia...kami takkan halang.

Tapi kami mahu keputusan utk berjumpa atau tidak dgn keluarga kandung datang dari anak kami sendiri...bukan dari kami atau pihak yg lagi satu.

Masa baby kami umur 3-4 bulan ada dia minta nak jumpa. Kami setuju dan cadangkan jumpa di tempat awam...tapi dia terus senyap. Saya rasa dia tukar fikiran sbb takut ada org yg dia kenali akan nampak dan rahsianya terbongkar...wallahualam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.231260 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list