CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26834|Reply: 92

Aamir Khan dapat anak lelaki menerusi proses ibu tumpang [hapdet post #71]

[Copy link]
Post time 10-12-2011 02:36 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by yatt_takez at 30-6-2012 03:10

Pelakon, penerbit dan pengarah terkenal Bollywood, Aamir Khan dan isteri, Kiran Rao menyambut kelahiran bayi lelaki mereka baru-baru ini.

Dipetik daripada Hindustan Times, cahaya mata Aamir Khan itu telah dilahirkan oleh ibu tumpang selepas isterinya sudah beberapa kali mengalami keguguran.

Aktor "3 Idiots" mengumumkan berita gembira tersebut dengan menghantar surat berserta sekotak coklat kepada pengarang iburan akhbar-akhbar tempatan India.

"Kami sangat teruja untuk berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelaki kami. Ianya sangat menakjubkan selepas kami menunggu kehadirannya setelah sekian lama dan terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran.

"Berikutan pelbagai komplikasi perubatan, kami dinasihatkan untuk mendapatkan anak menerusi proses ibu tumpang dan kami sangat bersyukur kepada Tuhan kerana segala-galanya berjalan dengan lancar," ujar Aamir dalam surat berkenaan.

Bayi lelaki tersebut dilahirkan pada 1 Disember di sebuah klinik swasta di Bandra, Mumbai. Walaubagaimanapun identiti ibu tumpang terpaksa dirahsiakan atas sebab privasi.

Aamir dan Kiran telah berkahwin pada Disember 2005 dan pernah mencuba untuk mendapatkan anak. Pada Ogos 2009, Kiran mengalami keguguran dan pasangan ini dilaporkan mendapatkan nasihat perubatan untuk mendapatkan anak.

Aamir, 46, sudah mempunyai dua orang anak, Junaid, 19, dan Ira, 14, menerusi perkahwinan pertamanya.



sumber : http://www.tupai.com.my/2011/12/aamir-khan-dapat-anak-ketiga.html

TAHNIAH AAMIR KHAN!!! Last edited by yatt_takez on 8-8-2012 09:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2011 02:37 AM | Show all posts
Aamir Khan
Hey guys, most excited to share with y'all that we have finally chosen a name for our baby boy... Azad. Azad Rao Khan. I left the final choice to Kiran, and she has named him after my great grand uncle Maulana Azad, the great freedom fighter, whom the family is most proud of. Azad means free or liberated. We want to thank everyone for their warm wishes and blessings, and needless to say we are absolutely overjoyed and feel most blessed. Much love. a.

Sumber : Aamir Khan fb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:40 AM | Show all posts
Aamir dgn anak2, Ira khan...Junaid Khan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:42 AM | Show all posts
Aamir Khan's Son Junaid Khan, Daughter Ira Khan and Ex-Wife Reena Dutta at Imran Khan's Wedding
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:45 AM | Show all posts
lagi2 junaid khan


bapaknyer lak lg suwittt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:51 AM | Show all posts
aamir ms kecik2


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2011 02:53 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 10:25 AM | Show all posts
Aamir Khan gak encem kan............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 11:35 AM | Show all posts
tinggi giler anak laki aamir.. langsung x ikut bapak yg kementot jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 07:16 PM | Show all posts
kesian kat x-wife dia nih........... dah lah kawen lari dengan amir khan........... last2 kena tinggal gak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 11:17 PM | Show all posts
apsal dia tak kawen jer dgn ibu tumpang tu..khan tu bukan name islam ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 12:36 AM | Show all posts
Dalam Islam boleh ker ada ibu tumpang? haramkan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 09:31 PM | Show all posts
Dalam Islam boleh ker ada ibu tumpang? haramkan?
Peya Post at 11-12-2011 00:36

memanglah harammmmm............. tapi dia orang nih apa kira kan......kawen pun campur2 agama......
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 08:10 AM | Show all posts
tinggi betoi si junaid tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 02:33 PM | Show all posts
islam nama jea kut...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 02:44 PM | Show all posts
macam c junaid tu pula yg bapa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 04:01 PM | Show all posts
haram ke?
kalau x silap asalkan benih ibu bapa asal dah bercantum di luar boleh je proceed ngan ibu tumpang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 04:46 PM | Show all posts
haram ke?
kalau x silap asalkan benih ibu bapa asal dah bercantum di luar boleh je proceed ngan ib ...
VirginLady Post at 12-12-2011 16:01


dalam islam, matlamat tidak menghalalkan cara...

baby tu bertumbuh dalam darah sape? ibu tumpang kan... bila macam ni, kecelaruan nasab akan berlaku.. tp depa yg tidak kisah agama ni tak eran pung...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 06:21 PM | Show all posts
a'a haram ke tak ek??
harap ada yang arif beri pencerahan,, koz dalam Quran cakap 'ibu' adalah orang yang melahirkan..maknanya walaupun ovum kiran n sperm amir khan punya, tapi ibu yang sebenar adalah ibu tumpang...gitu ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 11:00 PM | Show all posts
Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.

Keputusan (English):

The Ruling On the Use of Surrogate Mother To Have A Child

Decision:


The 80th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st- 3rd February 2008 has discussed on the ruling obtaining the service of surrogate mother to have a child. The Committee has decided that surrogacy is forbidden in Islam even if the sperm and ovum were taken from a married couple as this will bring genetic confusion to the unborn baby.

Keterangan/Hujah:


   1. Ketidaktentuan nasab merupakan aspek yang paling besar dalam kelahiran seorang bayi yang dikandung oleh ibu tumpang. Seorang ibu tumpang berbangsa Inggeris berkulit putih misalnya boleh melahirkan seorang bayi yang berbangsa negro yang berkulit hitam atau sebaliknya.
      
   2. Perkembangan dunia perubatan di bidang teknologi rawatan kesuburan bagi membantu reproduksi walaupun banyak memberi manfaat namun ternyata boleh menyebabkan kecelaruan sistem kekeluargaan dan keturunan. Melalui khidmat ibu tumpang, bayi yang dikandung dan dilahirkan mempunyai hubungan genetik atau tiada langsung hubungan darah dengan ibu tumpangnya kerana telur dan sperma adalah milik orang lain.
      
   3. Setakat ini tiada undang-undang yang jelas menyekat kaedah rawatan ketidaksuburan (infertility treatment) yang menggunakan perkhidmatan ibu tumpang.
      
   4. Di beberapa negara Eropah kadar permintaan menggunakan khidmat ibu tumpang semakin meningkat dan dikhuatiri fenomena ini akan menular di negara ini.
      
   5. Selain daripada kaedah ibu tumpang ini, terdapat juga kaedah perubatan yang menggunakan air sum-sum tulang belakang bagi membantu pasangan suami isteri yang yang kurang subur, mandul atau gagal memperolehi anak melalui kaedah semula jadi.
      
   6. Kaedah-kaedah perubatan yang diperkenalkan oleh Barat ini secara perlahan-lahan telah berjaya mempengaruhi masyarakat bahawa status ibu kepada bayi tidak semestinya disandang oleh wanita yang mengandung dan melahirkan, begitu juga status bapa tidak semestinya lelaki yang menyumbang benih atau menjadi suami kepada wanita yang mengandungkan bayi daripada darah dagingnya.

link : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-kaedah-khidmat-ibu-tumpang-untuk-mendapatkan-zuriat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.085469 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list