Bagi saya majikan yang bijak tidak harus hire pekerja hanya dengan melihat pada paras dan rupa. Majikan harus menggunakan kriteria pemilihan pekerja yang relevan dan objektif secara konsisten bagi segala aspek pekerjaan, termasuk pengambilan pekerja, latihan, kenaikan pangkat, penugasan dan pengurangan tenaga kerja. Kriteria tersebut haruslah berhubung kait dengan keperluan pekerjaan. Langkah tersebut akan memastikan pemohon / pekerja dinilai dengan adil dan objektif berdasarkan kesesuaian masing-masing. Contoh keperluan kerja yang dapat diterima termasuk: a. Jenis pengalaman yang dikehendaki bagi pekerjaan itu, misalnya pengalaman pemasaran. b. Banyaknya pengalaman, misalnya tiga tahun dalam bidang yang sesuai. c. Kelulusan pelajaran, misalnya, ijazah kejuruteraan dan lain-lain d. Kemahiran khusus, misalnya kemahiran yang bersangkut paut dengan apa yang diperlukan e. Kesanggupan pekerja untuk melakukan apa yang diperlukan dalam pekerjaan, misalnya kerap dihantar berurusan ke luar negeri, atau aturan syif yang tertentu. f. Pengambilan pekerja yang kurang upaya, harus dipertimbangkan secara konsisten dan adil untuk, memberi peluang kepada mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Yang penting disini bukan paras rupa tetapi kesungguhan kita untuk mendapat perkerjaan itu, dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh yakin. |