CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29506|Reply: 0

[Sarawak] Isu teknikal dasar kesihatan akan dibangkitkan dalam mesyuarat MA63

[Copy link]
Post time 21-2-2026 08:55 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (dua kanan) ditemani Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng (kanan) pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MBKS di Bazar Ramadan Stutong, petang tadi. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Isu teknikal berkaitan pelaksanaan dasar kesihatan di Sarawak akan dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Perjanjian Malaysia (MTPMA63) pada minggu hadapan.

Demikian kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika ditemui pemberita sambil menambah terdapat beberapa dasar nasional yang dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia tanpa mengambil kira kekangan sebenar di Sarawak, khususnya dari segi tenaga kerja dan perjawatan.

"Kadang-kadang dasar yang dibuat di peringkat Persekutuan dianggap boleh terus dilaksanakan di seluruh negara. Tetapi mereka lupa, kita tidak diberikan tenaga kerja mencukupi.

"Malah ada jenis kepakaran tertentu yang memang tidak ada di sini," katanya memberi contoh isu pembantu perubatan (MA) di klinik luar bandar yang sebelum ini membantu dalam prosedur anestesiologi.

Di Semenanjung Malaysia tegasnya, jumlah doktor yang ramai membolehkan prosedur tersebut dilakukan sepenuhnya oleh doktor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MBKS di Bazar Ramadan Stutong, petang tadi.

Namun begitu beliau bertegas untuk memohon agar Sarawak diberi pengecualian atau pendekatan khas dalam pelaksanaan dasar tertentu, memandangkan dasar berkenaan didakwa digubal tanpa rundingan khusus melibatkan negeri ini.

Beliau turut membangkitkan isu kekurangan perjawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang mempunyai 1,000 katil dengan hanya sekitar 4,500 kakitangan yang bertugas.

Sebagai perbandingan, hospital dengan kapasiti sama di Semenanjung mempunyai kira-kira 5,500 kakitangan.

"Kenapa Sarawak perlukan kurang kakitangan berbanding Semenanjung? Ini kerana selama bertahun-tahun, perjawatan untuk Sarawak tidak ditambah.
"Akibatnya, doktor, jururawat dan paramedik kita terpaksa bekerja lebih keras,” tambahnya lagi.

Walaupun berdepan kekurangan hampir 1,000 jawatan berbanding nisbah di Semenanjung, beliau menegaskan petugas kesihatan di Sarawak tetap menjalankan tugas dengan baik dan jarang kedengaran aduan besar.

Dr Sim turut menyuarakan rasa terkilan sekiranya berlaku insiden kecil dan menjadi tular, ia cepat menjadi berita besar.

Mengulas berkenaan jadual pertemuan, beliau memaklumkan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri dijadualkan pada 5 Mac ini selepas ditangguhkan berikutan musim cuti panjang.

Terdapat tiga peringkat perbincangan yang dirancang iaitu di peringkat menteri, diikuti Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu pengesahan tarikh mesyuarat bersama Menteri Kesihatan sebelum isu-isu teknikal tersebut dapat dibentangkan secara rasmi.

"Saya sudah bersedia. Cuma pihak kementerian perlu menetapkan masa dan membawa pegawai-pegawai berkaitan untuk perbincangan lanjut," katanya lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 3.597427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list