CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 38060|Reply: 2

[Tempatan] Polis KL cari 36 individu bantu siasatan kes jenayah berat

[Copy link]
Post time 21-2-2026 01:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-2-2026 09:53 AM







Polis KL cari 36 individu bantu siasatan kes jenayah berat

Bernama20 February 2026






KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan 36 individu bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah berat termasuk bunuh, rogol, culik dan samun berkumpulan bersenjata di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini berkata, semua individu itu dikehendaki Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melengkapkan siasatan kes yang dilaporkan sejak 2008.

“Orang ramai mempunyai maklumat atau mengenali individu itu diminta tampil membantu dengan menghubungi DSP K. Rajkumar menerusi talian 03-21460613 daripada Bahagian D4 (Risikan/ Operasi/ Rekod Jenayah) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur atau balai polis berhampiran,” katanya.

Berdasarkan senarai itu, lapan individu dikehendaki bagi siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu S. C. Magesan, 31, dengan alamat terakhir dari Batu Caves, Selangor; V. Vadivelu (39, Chemor, Perak); Mohd Fadli Saludin (38, Taman Impian Indah) dan G. Kumeresan (42, Rawang).

Turut dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh ialah K. Ravi Kumar (34, Nilai, Negeri Sembilan); Ngai Chan Hong, (47, Cheras, Selangor); Mohammad Bhukori (52, Bangi Lama, Selangor) dan Ibnolhafis Aswad (36, Kampung Datok Keramat, Kuala Lumpur).

Selain itu, lima lelaki dikesan bagi membantu siasatan kes rogol mengikut Seksyen 376 kanun sama ialah Meor Zaini Basir, 64, dengan alamat terakhir di Taman Ukay Bistari, Ampang Selangor; Low Kiat Soon (62, Jinjang Utara, Kuala Lumpur); Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam (26, Batu Caves); Rahimafdzi Abd Rahim (54, Petaling Jaya, Selangor) dan Che Muhamad Faizal Che Hassan (40, Shah Alam, Selangor).

Turut dikehendaki ialah Ooi Choon Wai, 36, dari Butterworth, Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes culik mengikut Akta Culik 1961; Annannakais Abdul Rahim (41, Pandan Perdana, Kuala Lumpur) bagi kes culik serta menyamar penjawat awam dan Jamil Awang (66, Sabah).

Selain itu, polis juga mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kesalahan samun berkumpulan bersenjata, samun tanpa senjata, pecah rumah, khianat harta benda dan menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Mereka ialah Muhammad Amiru Izat Shamsuddin (26, dari Pasir Puteh, Kelantan) bagi siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat); Muhammad Saeful Bahri Imbran (36, Cheras, Kuala Lumpur); Rosmadi Shafie (45, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur) dan Low Lye Huat (46, Klang, Selangor).

Selain itu, Ahmad Nazzer Abd Wahab (49, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur); Billy Leong Li Sun (19, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur); Muhammad Afiq Safine (36, Baling, Kedah); Muhd Ammar Haziq Zulkifli (30, Cheras, Kuala Lumpur) dan M. Esvaran (39, Seri Jempol, Negeri Sembilan).

Turut dikehendaki ialah Andry Heriady Nazari (32, Sentul, Kuala Lumpur); J. Sateshwaran (30, Masai, Johor); Yap Kah Tatt (36, Taman Beringin, Kuala Lumpur); Ahmad Budiman Mohamad Rosdi (30, Batu Caves) dan Ha Kuan Min (33, Jinjang Utara, Kuala Lumpur).

Selain itu, Hamzah Talib (59, Sri Petaling, Kuala Lumpur); K. Sarvin Raaj (29, Alor Setar. Kedah); S. Sundarasen (39, Desa Aman Puri, Kuala Lumpur); Muhammad Fikri Ab Jalel (29, Desa Pandan, Kuala Lumpur); Nor Azam Jemain (45, Skudai, Johor) dan M. Kartik (34, Rawang, Selangor). – BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2026 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram seyh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bonanza Ramadan ke hape ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.439656 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list