CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28364|Reply: 1

[Tempatan] Polis buru 4 lelaki curi kabel TNB

[Copy link]
Post time 18-2-2026 12:25 PM | Show all posts |Read mode



Polis buru 4 lelaki curi kabel TNBGambar hiasan. - Foto NSTP
KAJANG: Polis memburu empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran Pangsapuri D'Kayangan Setia Ecohill, Semenyih, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.54 pagi itu, kegiatan suspek berjaya digagalkan selepas ditegur oleh penduduk setempat yang menyedari kehadiran mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek yang belum dikenal pasti bangsanya itu menggunakan sebuah kenderaan berwarna kelabu.

"Suspek dilihat sedang memotong kabel yang disyaki milik TNB di kawasan berkenaan.
"Bagaimanapun, kumpulan lelaki terbabit bertindak melarikan diri sejurus ditegur oleh penduduk setempat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, susulan laporan yang diterima, polis kini sedang giat mengesan semua suspek yang terbabit.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan khianat dengan memotong kabel.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nadzul Majdi Abu Seman di talian 017-4661 757 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2026 12:31 PM | Show all posts
pencuri cable electric dalam video ini tiada kena dengan kes di kajang



https://youtu.be/7hmUHKOaWn8
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.946241 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list