CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22053|Reply: 14

[Tempatan] Ditinggalkan suami warga Indonesia, wanita Malaysia terkandas 18 tahun di Lombok dibawa pulang Wisma Putra

[Copy link]
Post time 15-2-2026 07:10 PM | Show all posts |Read mode




Ditinggalkan suami warga Indonesia, wanita Malaysia terkandas 18 tahun di Lombok dibawa pulang Wisma Putra


KUALA LUMPUR: Selepas 18 tahun terpisah daripada keluarga, wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia, akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Norida Akmal Ayob, 45, sebelum ini mengikuti suaminya yang juga warga Indonesia, ke Lombok bersama anak perempuan mereka dan menetap di sana sejak sekian lama.

"Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal dan akhirnya Norida hidup sendirian, susah dan daif.
"Dia mencari rezeki sebagai tukang sapu demi meneruskan hidup bersama anak-anak setelah berpisah dengan suaminya yang berkahwin lain," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, keluarga Norida membuat rayuan kepada kerajaan supaya membantu membawa pulang wanita berkenaan selepas 18 tahun terkandas di Lombok.

Norida juga didakwa hidup dalam serba kekurangan dan dibayangi ketakutan akibat ugutan bunuh daripada bekas suaminya.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, usaha membawa pulang Norida bersama dua anaknya berjaya hasil kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia, khususnya jabatan imigresen negara berkenaan.

Beliau berkata, seorang pegawai turut dihantar ke Lombok bagi membantu urusan membawa pulang membawa pulang Norida dan anak-anaknya ke Malaysia.

Katanya, Norida mempunyai dua anak iaitu Nur Fateen Akmadiana, lahir di Malaysia dan berstatus warga Malaysia, manakala Muhamad Sabani Daniel warga Indonesia kerana dilahirkan di negara berkenaan.

"Kisah dia (Norida) mahu kembali ke Malaysia diketahui apabila keluarganya di Kampung Bukit Sapi, Lenggong datang menemui saya dan memaklumkan keadaan Norida.

"Saya dimaklumkan dia berada dalam keadaan serba kekurangan, anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan dan terbiar.
"Alhamdulillah, mereka kini selamat kembali ke tanah air selepas hampir dua dekad terpisah daripada keluarga," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2026 07:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 07:17 PM | Show all posts
Len kali kawin bangla. Mereka rajin kirja niaga tamau balik kampung duduk sini terus.
Bagi lesen niaga cukup dah.

So anak akan dapat ic ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jande anak 2 la time bercintot tu ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 07:28 PM | Show all posts
silance replied at 15-2-2026 03:17 AM
Len kali kawin bangla. Mereka rajin kirja niaga tamau balik kampung duduk sini terus.
Bagi lesen nia ...

Ada yang kata bangla rajin pergi kerja tapi di tempat kerja mereka suka mengular/malas buat kerja. Pergi kerja memang rajin
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cinta itu buta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2026 08:33 PM | Show all posts
terkandas?

bukankah dia rela pergi ke lombok dan tinggal di sana... aku ingat wartawan guna perkataan terkandas itu supaya tak timbul kecaman netizen
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 15-2-2026 09:30 PM

napa aku nengok dia tu memang  pompuan indon.Sudah..kjaan Msia kena tipu ngn indon.Bukan kaleng2 M.O. depa....kjaan sendiri bawa 'indon msk' Msia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2026 09:28 PM | Show all posts
perempuan tu pergi dengan kerelaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah ke nak balik? Sebab takde duit?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 16-2-2026 12:33 AM
tumpanglalu74 replied at 15-2-2026 07:24 PM
Jande anak 2 la time bercintot tu ye..


Anak 2 orang, sorang lahir kat Malaysia, lepas tu ikut laki ke Lombok, dapat lagi sorang anak lahir kat sana.

Chenta itu buta, sanggup ikut laki ke sama, sekali hidup susah pulak kat sana. Baik la hidup susah kat tanahair sendiri, ada jugak saudara mara kat sini. Ke asal leluhur sana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 16-2-2026 12:30 AM
Anak 2 orang, sorang lahir kat Malaysia, lepas tu ikut laki ke Lombok, dapat lagi sorang anak lahi ...

Oh okay.  Silap nampak tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 09:35 AM | Show all posts
plywood replied at 15-2-2026 08:33 PM
terkandas?

bukankah dia rela pergi ke lombok dan tinggal di sana... aku ingat wartawan guna perkata ...

exactly...my 1st tot




Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 09:43 AM | Show all posts
kuku kaki dia warna hitam tu cagu ke pergi nail salon tak nampak macam orang hidup susah pun..... teringat dulu kisah perempuan yang di Nepal, kata hidup susah, kena kerja pecah batu, makan babi....tapi kuku jari cantik panjang macam pergi salon
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 11:21 AM | Show all posts
kemain sihat badan..
susah tang mana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.075487 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list