|
View: 28352|Reply: 8
|
[Lain-Lain]
PANGKU (SINGLE PARENT SILA MASUK!!!)
[Copy link]
|
|
|
Filem Pangku (On Your Lap) ialah filem yang mengisahkan pasal Sartika (Claresta Taufan), seorang ibu muda yang sedang hamil dan merantau ke Pantura demi mencari masa depan yang lagi cerah... Dia pada mulanya dibantu oleh Bu Maya (Christine Hakim), seorang pemilik kedai kopi, namun kemudiannya telah diperangkap untuk bekerja di 'warung kopi pangku'... Akibat terhimpit dengan kemiskinan, Sartika terpaksa melayani pelanggan sehinggalah dia bertemu dengan seorang pemandu lori bernama Hadi (Fedi Nuril) yang akhirnya memberikan harapan di tengah-tengah kegetiran hidup yang dilaluinya... Filem Pangku ni merupakan debut arahan pelakon Reza Rahadian...
Sebetulnye filem ni dah agak lama... Sudah tayang dekat pawagam Indonesia dan Malaysia juga, tapi mungkin masih boleh kena diperbicangkan sebab beberapa waktu lepas dah bahas juga pasal Fatherless... Jika filem Suka Duka Tawa, Andai Ibu Tidak menikah dengan Ayah, Surat Untuk Masa Mudaku membahas impak Fatherless pada anak... Mungkin filem Pangku boleh menjadi membahas pasal impak ketiadaan Bapa pada Ibu, mungkin lagi sesuai disebut husbandless / single parent... Sebab ketiadaan peran Bapa tak hanya memiliki impak ke anak, tapi juga ke Ibu... Sebab peran Bapa juga menjadi beralih kepada sosok Ibu, baik dari segi ekonomi mahupun peran keluarga...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat filem Pangku diceritakan, pada awal filem watak Sartika dah dapat "Badai Trauma Beruntun" (Compound Trauma) sebab Sartika mengandung di luar nikah, diusir dari rumah dan ditinggalkan pasangan... Banyak masalah terjadi dalam sekali masa yang membuat Sartika sukar untuk berpikir jernih... Masa awal filem juga diceritakan bahawa Sartika menumpang lori untuk mencari pekerjaan di malam hari, benda ni juga pertanda Sartika tidak boleh berpikir jernih dan mungkin mengalami apa yang dinamai tunnel vision...
Dalam psikologi, tunnel vision merupakan keadaan mental di mana seseorang terlalu fokus pada satu perkara boleh karana masalah, ancaman, depresi atau tekanan hebat (dekat filem karanan badai trauma beruntun) sehingga dia kehilangan keupayaan untuk melihat gambaran besar atau penyelesaian alternatif... Sartika mungkin tidak terfikir untuk mencari bantuan daripada agensi sosial, perundangan atau alternatif lain kerana fikirannya hanya tertumpu pada "Di mana saya akan cari kerja dan tidur malam ini?"... Keperluan yang mendesak memaksa otaknya untuk menutup semua pilihan lain yang mungkin tersedia jika dia berada dalam keadaan tenang... tunnel vision juga menjadi sebab ketidakupayaan untuk menilai risiko... Sartika juga tidak melihat risiko keselamatan dan kejahatan diseikelilingnya di malam hari yang boleh berlaku... Nasib baik Sartika bertemu dengan Bu Maya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selapas melahirkan dan Sartika menjadi singgle parent, Iols rasa dia megalami beberapa masalah yang memang boleh berlaku pada singgle parent... Baik itu berupa masalah parenting, masalah dalaman, mahupun masalah ekonomi... Masalah-masalah tersebut boleh dikategorikan kepada tiga dimensi utama, iaitu tekanan kognitif (seperti decision fatigue), keletihan emosi (seperti parental burnout), dan gangguan keresahan fungsional (seperti high-functioning anxiety)...
Menjadi ibu bapa tunggal (single parent), menciptakan tekanan dalaman yang jauh lebih masif berbanding pola asuhan berpasangan... Secara psikologi, seorang ibu bapa tunggal sering kali terjebak dalam kondisi Decision Fatigue atau keletihan membuat keputusan... Disebabkan ketiadaan pasangan untuk berbincang atau berkongsi tanggungjawab... Otak dipaksa untuk terus-menerus memproses ribuan pilihan setiap hari, bermula dari hal remeh seperti menu makanan hinggalah kepada keputusan besar berkaitan kewangan dan masa depan anak... Beban kognitif yang berterusan ini menguras tenaga mental secara perlahan, yang akhirnya membuatkan mereka berasa lumpuh secara emosi atau sebaliknya mengambil keputusan meluru (impulsif) kerana kapasiti otak untuk menimbang risiko sudah mencapai titik tepu...
Keletihan yang berlarutan ini kemudiannya sering menjurus kepada Parental Burnout, iaitu satu keadaan keletihan melampau yang spesifik dalam peranan pengasuhan... Berbeza dengan stres biasa, burnout membuatkan seorang ibu atau bapa berasa terputus secara emosi (emotional distancing) daripada anaknya... Mereka mungkin tetap menjalankan tugas fizikal seperti memandikan atau memberi makan, namun secara batin mereka berasa hampa dan kehilangan kegembiraan dalam berinteraksi dengan anak... Secara saintifik, hal ini berlaku kerana simpanan hormon pelindung seperti oksitosin telah habis dikuras oleh hormon stres (kortisol)... Perasaan bersalah kerana "tidak dapat mencintai anak sepenuhnya" sering kali muncul, yang kemudiannya memburukkan lagi kondisi mental mereka dan menciptakan kitaran syaitan kemurungan yang sukar diputuskan...
Jika masih teringat Filem Norma: Antara Mertua dan Menantu... Keadaan ini mempunyai persamaan dengan Postpartum Depression (PPD) dari segi simptom seperti kelesuan melampau, rasa hampa, dan kesukaran membina ikatan emosi dengan anak, namun punca dan tempohnya berbeza... PPD biasanya dicetuskan oleh perubahan hormon mendadak selepas bersalin, manakala isu yang dibincangkan tadi lebih bersifat trauma kronik dan keletihan psikososial akibat beban hidup yang berterusan... Walaupun begitu, seorang ibu tunggal yang mengalami trauma pengusiran dan pengkhianatan mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk menghidap PPD yang lebih parah dan berlarutan jika tidak mendapat sokongan sistemik yang stabil...
Dekat filem Pangku, Iols rasa Sartika juga mengalami decision fatigue... Benda tu nampak pada masa Sartika tidak dapat menguruskan pentadbiran pendaftaran sekolah anak mereka kerana mereka tidak mempunyai dokumen pendaftaran yang lengkap... Sartika nampak letih dan sedih sampai menangis... Tapi dekat filem ni, decision fatigue tidak membuat Sartika mengalami parental burnout juga... decision fatigue memang tak selalu disertai parental burnout dan kesukaran emosi dengan anak... Dekat filem ni, Sartika tidak sukar membina emosi dengan anaknye yaitu Bayu, mungkin sebab karana ade Bu Maya yang boleh jaga Bayu masa Sartika bekerja...
Di tengah-tengah semua tekanan menjadi single parent, ramai ibu bapa tunggal yang kelihatan sangat tabah dan berjaya di mata orang lain... Namun sebenarnya mereka sedang menghidap High Functioning Anxiety (kerisauan berfungsi tinggi)... Dari luar, mereka nampak sangat produktif, berdisiplin, dan teratur, namun di dalam hati, penggerak utamanya adalah ketakutan yang mencekam, takut gagal, takut jatuh miskin semula, atau takut anak mereka akan menderita seperti masa lalu mereka... Mereka tidak boleh berehat, setiap detik waktu lapang dianggap sebagai ancaman... Kerisauan ini sering kali menjelma dalam bentuk perilaku perfeksionis atau berfikir secara berlebihan (overthinking) yang parah... Mereka memaksakan diri bekerja melampaui batas (overworking) sebagai bentuk pampasan (kompensasi) ke atas rasa tidak selamat mereka, yang secara fizikal boleh bermanifestasi menjadi gangguan tidur, masalah pencernaan, hinggalah jantung berdebar kronik...
Selain ketiga-tiga hal tersebut, terdapat juga beban Identity Crisis (krisis identiti)... Seorang ibu bapa tunggal sering kali kehilangan jati diri sebagai individu kerana seluruh waktunya terserap oleh peranan sebagai "pencari nafkah" sekaligus "pengasuh"... Mereka mungkin berasa tidak lagi mempunyai hak untuk memiliki keinginan peribadi, hobi, atau kehidupan romantik yang sihat terutamanya jika ada bayang-bayang trauma daripada hubungan masa lalu... Tekanan dalaman ini menciptakan rasa kesunyian yang eksistensial, di mana mereka berasa harus menjadi wira bagi anaknya, namun pada masa yang sama, mereka sendiri berasa hancur di dalam tanpa ada tempat untuk bersandar...
Iols letak gambar budak-budak fatherless dekat filem Pangku, tapi Iols tak nak bahas ulang pasal fatherless dekat benang ni... Sila baca pasal fatherless dekat benang Suka Duka Tawa dan Surat Untuk Masa Mudaku...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menangani kompleksitas masalah yang dihadapi oleh seorang single parent seperti Sartika...
Menangani Decision Fatigue (Keletihan Membuat Keputusan)
Apabila otak sudah tepu dengan ribuan pilihan, kuncinya adalah automasi dan pengurangan beban... Bina rutin harian yang tetap untuk perkara remeh (contoh: jadual menu makanan mingguan yang sama atau gaya pakaian yang ringkas)... Ini menjimatkan tenaga mental untuk keputusan besar... Untuk keputusan besar (kewangan/sekolah), amalkan peraturan menunggu 24 jam sebelum memberi jawapan... Ini mengelakkan tindakan impulsif akibat keletihan kognitif... Seperti dalam filem Pangku, kehadiran Bu Maya adalah penyelamat. Jangan segan untuk delegasi kecil atau meminta bantuan orang dipercayai untuk keputusan kecil... (contoh: "Tolong pilihkan barang dapur untuk minggu ini")...
Memulihkan Parental Burnout & Emosi
Burnout berlaku apabila tuntutan (demands) melebihi sumber (resources)... Boleh sediakan Mikro-Rehat (The 5-Minute Rule)... Jangan tunggu cuti panjang... Cari 5 minit waktu "mati" (seperti ketika anak tidur atau di dalam bilik air) untuk bernafas dalam-dalam tanpa gangguan telefon... Benarkan diri untuk menjadi "Ibu yang cukup baik" (Good Enough Parent) dan bukannya "Ibu yang sempurna"... Tidak mengapa jika rumah bersepah atau makan malam sekadar ringkas asalkan emosi anda terjaga... Cari kumpulan sokongan (support group) ibu tunggal... Mengetahui bahawa perasaan "hampa" atau "terputus emosi" itu adalah simptom keletihan (bukan tanda anda ibu yang jahat) dapat mengurangkan rasa bersalah...
Mengurus High-Functioning Anxiety
Anxiety jenis ini berbahaya kerana ia "bersembunyi" di sebalik produktiviti... Untuk mengurus benda ni, boleh buat jadual waktu risa... Peruntukan 15 minit sehari untuk berfikir tentang ketakutan Uols... Selepas 15 minit, paksa diri untuk berhenti... Ini mengelakkan overthinking sepanjang hari... Apabila jantung mula berdebar atau rasa cemas melampau, boleh cuba grounding techniques... tunakan teknik 5-4-3-2-1 (kenal pasti 5 benda nampak, 4 benda boleh sentuh, dsb)... Selain tu, untuk mengurus High-Functioning Anxiety, boleh dengan membezakan "kekhawatiran" & "fakta"... Boleh tanya diri sendiri, "Adakah ketakutan saya ini berdasarkan fakta sekarang, atau bayangan masa lalu?"...
Menangani Krisis Identiti
Menangani krisis identiti memerlukan usaha sedar untuk menuntut semula jati diri individu (reclaim your name) dengan mengingati bahawa sebelum memegang watak sebagai "Ibu Bayu" atau "pencari nafkah", Uols adalah seorang insan bernama Sartika yang mempunyai keinginan sendiri... Langkah ini boleh dimulakan dengan mengamalkan hobi minimum, iaitu mencari sekurang-kurangnya satu aktiviti yang tiada kaitan dengan urusan kerja atau anak, walaupun sekadar membaca beberapa muka surat buku atau mendengar lagu kegemaran sebagai cara untuk "menyambung semula" wayar identiti diri yang telah lama terputus...
Akhir sekali, sebagaimana Sartika yang bernasib baik mempunyai Bu Maya dalam filem Pangku, ibu tunggal di dunia nyata haruslah proaktif dalam mencari atau membina "perkampungan" (village) sendiri sebagai sistem sokongan sosial yang menjadi talian hayat paling utama untuk kelangsungan hidup mereka...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 15-2-2026 05:27 PM
Keputusan Sartika ini untuk bekerja melayani "kopi Pangku" sebenarnya bukanlah soal "nakal" atau "tidak beriman," tetapi kerana pikirannya sedang terperangkap dalam mod bertahan hidup... Kopi pangku merupakan sebuah istilah yang merujuk kepada kedai kopi di mana pelayan wanita bukan sahaja menghidangkan minuman, tetapi juga boleh dipangku oleh pelanggan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan hiburan dewasa... Sebelum menjalani kopi pangku, Sartika hanya menjaga kedai... Selain itu, dia juga bekerja sebagai buruh tani, tetapi kedua-dua pekerjaan ini masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan sara hidup Sartikan dan anaknya, jadi akhirnya dia memilih untuk menghidangkan kopi pangku...
Dalam ilmu psikologi, ini disebut sebagai Agensi yang Terpaksa (Constrained Agency)... Bayangkan seseorang yang sedang lemas, dia akan menyambar apa sahaja, walaupun ia adalah kawat berduri yang tajam, asalkan dia boleh terus bernafas... Bagi Sartika, pekerjaan ini adalah satu-satunya "kawat" yang ada supaya dia dan anaknya tidak mati kelaparan... Disebabkan pilihannya sangat terhad, maka "pilihan" itu sendiri sebenarnya bukan lagi satu kebebasan, melainkan satu keperluan biologi untuk terus hidup...
Supaya jiwanya tidak hancur atau menjadi gila semasa melakukan pekerjaan yang sebenarnya dia benci, otaknya secara automatik melakukan Disosiasi... Ini adalah seumpama "suis pemati" kecemasan dalam fikiran... Semasa dia sedang melayani lelaki, fikirannya sengaja pergi jauh mungkin memikirkan anaknya dan masa depannya, sehingga dia merasa bahawa tubuh yang sedang disentuh itu bukan benar-benar miliknya... Dia melayan tubuhnya seperti sebuah "alat" atau mesin yang sedang disewakan, supaya hatinya tetap terlindung daripada rasa jijik dan sakit...
Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang menyedihkan adalah munculnya Internalisasi Stigma... Disebabkan setiap hari dia dilayan seperti barang yang boleh dibayar, lama-kelamaan dia mula percaya bahawa dirinya memang hanyalah "barang"... Harga dirinya perlahan-lahan terhakis habis... Hal ini membuatnya rasa bahawa dia tidak mempunyai nilai lagi sebagai manusia yang utuh... Itulah sebabnya, apabila ada "lelaki baik" datang, dia rasa sangat terharu, sehingga dia sangat mudah percaya dan tidak berwaspada pada lelaki tersebut...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam konteks wanita yang sedang berada di titik terendah hidupnya macam Sartika, dia mudah percaya dan tidak berwaspada pada lelaki yang mendekatinya... Sehingga mudah terkena Halo Effect... Hallo effeck berlaku apabila satu sifat positif yang menonjol pada diri seorang lelaki, iaitu kesanggupan untuk "menerima dan bertanggungjawab dengan baik" menyebabkan wanita tersebut secara automatik menganggap bahawa lelaki itu mempunyai keperibadian yang baik dalam aspek lain... Kerana lelaki itu hadir sebagai pemberi perlindungan dan kasih sayang di saat wanita tersebut berasa tidak berharga, otak wanita ini cenderung menutup mata terhadap sebarang petunjuk negatif... Akibat Halo Effect ini, dia melihat lelaki tersebut sebagai sosok "penyelamat" yang jujur sepenuhnya, sehingga dia tidak terfikir untuk mempersoalkan status perkahwinan atau niat sebenar lelaki itu... Kehadiran lelaki tersebut berisiko mencetuskan trauma baharu yang lebih mendalam kerana dia mengeksploitasi kerentanan emosi wanita yang sedang berasa tidak berharga... Apabila wanita tersebut sudah memberikan kepercayaan sepenuhnya dan berasa telah menemui "tempat bernaung" yang selamat, pengkhianatan merosakkan asas realitinya... Benda ini akan mencetuskan Re-traumatisasi, di mana luka akibat dikhianati pada masa lalu (seperti oleh lelaki yang menghamilinya) dibuka semula dengan lebih perit...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols merasakan filem Pangku boleh ditonton untuk melengkapkan perbincangan tentang Fatherless dari perspektif isteri yang ditinggalkan, kerana ia sebenarnya juga boleh menyebabkan mother wound atau motherless pada anak-anak... Walaupun sudah banyak perbincangan tentang Fatherless, masih ada satu topik menarik yang saya fikir menarik dan mungkin boleh dibincangkan lain kali... Seperti sama ada trauma fatherless boleh menyebabkan anak-anak menjadi homoseksual ke tak?... Baik pada anak lelaki mahupun perempuan... Kerana sempat terbaca dekat media sosial, Fatherless boleh menyebabkan trauma dan ketidakpercayaan pada anak perempuan terhadap lelaki, sehingga mencari pasanngan sesama perempuan... Ataupun boleh menjadi punca anak lelaki mencari father figure pada pasangan sesama lelaki... Adakah itu benar secara saintifik dan psikologi?... Selain trauma boleh disebabkan oleh ketiadaan figura bapa (Fatherless), trauma juga boleh berpunca daripada ketiadaan figura ibu (Mother Wound atau Motherless), perkara ini mungkin juga menarik untuk dibincangkan pada masa yang lain dengan filem yang berkaitan...
Seperti biasa, Dislaimer: Iols bukan ekspert dekat mana mana bidang... harap ambik maklumat dekat benang ini sewajarnya... Harap sedikit banyak bermanfaat... Harap juga ada ada ekspert yang boleh membetulkan dan bagi pandangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain membahas masalah yang dihadapi singgle parent, Filem Pangku juga menggambarkan perjuangan dan pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya... Dimana kepentingan diri sendiri dihapuskan sepenuhnya demi kelangsungan hidup anaknya... Dimana seorang ibu sanggup menanggung moral injuridan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip atau maruah asalnya semata-mata untuk memastikan perut anaknya terisi dan masa depan anaknya terjamin... Filem ini mungkin boleh membuat lagi menghargai dan menghormati perjuangan seorang Ibu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|