CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8800|Reply: 3

[Politik] BERSATU pecat Hamzah Zainuddin

[Copy link]
Post time 13-2-2026 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 13-2-2026 08:18 PM

BERSATU pecat Hamzah Zainuddin

Mohd Nasaruddin Parzi - Februari 13, 2026 @ 4:07pm

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa hari ini. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat keahlian partinya serta-merta.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.

"(Pemecatan) berkuat kuasa 13 Februari 2026 (hari ini) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu dalam satu notis yang dilihat BH dan dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, memaklumkan lembaga yang bersidang semalam itu memutuskan pemecatan berkenaan.

"Notis ini berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun pihak Datuk Seri (Hamzah) boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini," tulis notis itu.

Hamzah semalam dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil hadir ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu dijadual berlangsung di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli, memaklumkan Ahli Parlimen Larut itu kini berada di Sydney, Australia.

Beliau berkata, Hamzah berlepas ke Australia bagi menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding Lembaga Disiplin BERSATU.

Lembaga Disiplin BERSATU dalam notis panggilan sebelum ini memaklumkan Hamzah dipanggil terkait isu kritikan dan serangan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta rundingan membabitkan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu mahu supaya keahlian Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Muhyiddin.

Hamzah yang juga ketua pembangkang Parlimen turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan BERSATU ketika ini.

Sebelum ini, BERSATU juga sudah mengambil tindakan pemecatan kepada ramai pemimpinnya yang terbabit dalam gerakan sama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 04:59 PM | Show all posts
orang buat kerja, nak pecat pasal apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 08:19 PM | Show all posts
'Jika Muhyiddin tidak berundur, mungkin ramai pimpinan dan ahli BERSATU keluar parti'
Nor Fazlina Abdul Rahim - Februari 13, 2026 @ 5:29pm



KOTA BHARU: Kemelut yang melanda BERSATU termasuk pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini dijangka akan memburukkan lagi keadaan dengan pengunduran pimpinan dan ahli dari parti itu.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, yang juga Ahli Parlimen dari BERSATU yang menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak pengunduran Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin berkata, tindakan itu bakal diambil berikutan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

"Ini bukan kemungkinan kecil, sebaliknya kemungkinan besar ramai pimpinan dan ahli akan keluar parti dengan kemelut yang berlaku.

"Jika benar BERSATU mahu selamat, Tan Sri Muhyiddin perlu meletak jawatan dengan memberi laluan kepada pimpinan lain mengetuai parti.

"Jika Tan Sri Muhyiidn masih berkeras dan masih kekal, masa depan BERSATU akan hancur dan parti sukar untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya ketika dihubungi.

Khlir berkata, tindakan pemecatan Hamzah tidak sepatutnya berlaku kerana Timbalan Presiden itu tidak melakukan sebarang kesalahan atau menghasut mana-mana pihak.

"Bukan hanya ramai pimpinan mahukan Hamzah, sebaliknya PAS juga begitu. Malah jika BERSATU bukan bersama PAS dan dibantu oleh parti itu, BERSATU juga akan hancur.

"Jadi kena faham desakan yang mahu Muhyiddin berundur adalah demi selamatkan parti," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti, memutuskan Hamzah dipecat keahlian serta-merta.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:33 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.227888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list