CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23858|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hadiah Tahun Baharu Cina, Jambatan Kedua beri diskaun 50 peratus

[Copy link]
Post time 12-2-2026 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Hadiah Tahun Baharu Cina, Jambatan Kedua beri diskaun 50 peratus

BERNAMA




JAMBATAN Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. FOTO Arkib NSTP



Batu Kawan: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna sempena Tahun Baharu Cina 2026 pada Sabtu dan Ahad ini.

JKSB dalam kenyataan memaklumkan, diskaun itu untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Diskaun itu bermula jam 12.01 tengah malam Sabtu (14 Februari) hingga 11.59 malam Ahad ( 15 Februari )," menurut kenyataan itu menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju memberikan diskaun 50 peratus untuk tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang akan bermula pada jam 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari.

Diskaun itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 pada semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang, namun tidak membabitkan plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 11:19am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321881/hadiah-tahun-baharu-cina-jambatan-kedua-beri-diskaun-50-peratus




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:00 AM GMT+8 , Processed in 1.249709 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list