CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27877|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis luluskan 395 permit jual mercun di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-2-2026 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Polis luluskan 395 permit jual mercun di Pulau Pinang

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail merasmikan Majlis Advokasi dan Pelancaran Op Selamat 25/2026 sempena Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat PDRM Kontinjen Pulau Pinang yang diadakan di Pasar Awam Jelutong. FOTO AURIS FAQRURAZZI




Georgetown: Polis Pulau Pinang mengeluarkan 395 permit menjual bunga api dan mercun sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini.

Bagaimanapun 19 permohonan tidak diluluskan selepas melalui proses penilaian.

Ketua polis negeri, Datuk Azizee Ismail, berkata, secara keseluruhan, pihaknya menerima sejumlah 448 permohonan permit dari peniaga dengan baki sebanyak 34 permohonan lagi sedang dalam proses semakan untuk tindakan lanjut.

"Dalam hal ini polis akan teruskan pemantauan (aktiviti jualan bunga api dan mercun) melalui Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing," katanya ketika ditemui pada Majlis Advokasi dan Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Jelutong, tadi.

Azizee berkata, sebanyak dua juta kenderaan dijangka keluar dan masuk serta melalui kawasan negeri Pulau Pinang sepanjang enam hari tempoh Op Selamat bermula 15 Februari ingga 20 Februari depan.

Beliau memaklumkan, seramai 380 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang akan terbabit secara langsung dalam Op Selamat itu dengan tumpuan akan diberikan kepada daerah yang mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi serta kawasan berisiko mengalami kesesakan.

" JSPT turut akan bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS).

"JSPT akan memberi tumpuan kepada kawasan 'blackspot' iaitu kerap berlaku kemalangan dan kawasan 'hotspot' yang kerap mengalami kesesakan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik khususnya di sepanjang laluan PLUS," jelasnya.

Katanya, antara jalan di kawasan Seberang Perai yang dikenal pasti sebagai lokasi mempunyai kepadatan trafik dan 'blackspot' kemalangan maut ialah Jalan Teluk Air Tawar - Jalan Bagan Luar di Seberang Perai Utara (SPU), Jalan Perusahaan Perai - Jalan Kulim di Seberang Perai Tengah (SPT) selain Jalan Besar Simpang Empat dari Kilometer 12 hingga Kilometer 32 di Seberang Perai Selatan (SPS).

Manakala kawasan di sebelah pulau yang turut diberi tumpuan membabitkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Ayer Itam - Paya Terubong di Daerah Timur Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang di Daerah Barat Barat Daya.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 11:29am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321885/polis-luluskan-395-permit-jual-mercun-di-pulau-pinang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037935 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list