CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30410|Reply: 0

[Dunia] Pendapatan isi rumah median Singapura melepasi SGD$12,000

[Copy link]
Post time 11-2-2026 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-2-2026 02:41 AM


Pendapatan isi rumah median Singapura melepasi SGD$12,000Gambar hiasan. - Foto AFP



SINGAPURA: Pendapatan median isi rumah Singapura meningkat pada 2025 dan buat pertama kali pendapatan bulanan itu melepasi paras SGD$12,000 (RM37,216), menurut data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura (DOS).


Dalam kalangan isi rumah penduduk, pendapatan median bulanan meningkat 7.7 peratus daripada SGD$11,558 (RM35,847) pada 2024 kepada SGD$12,446 (RM38,602) tahun lalu sebelum pelarasan inflasi.

Menurut DOS, laporan 'Key Household Income Trends 2025' turut merangkumi buat pertama kalinya data pendapatan bukan daripada pekerjaan, termasuk pendapatan sewaan dan pelaburan, serta bayaran berkala daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta insurans.

Liputan laporan itu juga diperluaskan bagi merangkumi isi rumah tanpa individu bekerja, berbanding sebelum ini yang hanya membabitkan isi rumah dengan sekurang-kurangnya seorang pekerja.

Menurut DOS, pengambilan kira pendapatan pasaran, merangkumi pendapatan daripada pekerjaan dan bukan pekerjaan, membolehkan analisis trend pendapatan isi rumah yang lebih menyeluruh.

DOS berkata, dengan penduduk Singapura yang semakin menua, terdapat peningkatan bilangan isi rumah yang terdiri daripada warga emas berumur 65 tahun ke atas yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, mereka masih mempunyai sumber pendapatan lain, termasuk sewaan, pelaburan dan elaun daripada anak-anak yang tidak menetap bersama.

Pendapatan pasaran median isi rumah merujuk kepada paras pendapatan di titik tengah, dengan separuh isi rumah memperoleh pendapatan lebih tinggi, sementara separuh lagi memperoleh pendapatan lebih rendah.

DOS memaklumkan data pendapatan bukan pekerjaan diperoleh terutamanya daripada rekod pentadbiran seperti CPF dan Central Depository, selain tinjauan berskala besar oleh agensi kerajaan.

Laporan itu membabitkan isi rumah penduduk, iaitu isi rumah diketuai warganegara Singapura atau pemastautin tetap.
DOS turut menyatakan langkah-langkah seperti model gaji progresif, bertujuan meningkatkan gaji pekerja berpendapatan rendah melalui peningkatan kemahiran dan produktiviti, menyumbang kepada pengurangan jurang pendapatan di republik itu. - AGENSI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
Tak tidur lagi ke?
maklukpenggodaTak tidur lagi ke?
Views : 18490 Replies : 32
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 1556 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7068 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30518 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 2424 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list