|
View: 12150|Reply: 17
|
Anak raja pun belum tentu selamat. Inikan pula terlibat skandal besar dengan Epstein.
[Copy link]
|
|
|
Anak raja pun belum tentu selamat. Inikan pula terlibat skandal besar dengan Epstein.
Pernah dengar nama Putera Andrew?
Dulu, dia adalah "anak emas" Ratu Elizabeth II. Wira perang, Duke of York, dan wajah diplomasi United Kingdom.
Hari ini? Dia mungkin hanya selangkah lagi ke pintu penjara, dan kali ini, abang sendiri iaitu Raja Charles III tak akan selamatkan dia.
Isu yang meletup tak sampai 48 jamini bukan lagi kisah skandal se**ks lama yang kita tahu. Ini kisah pengkhianatan amanah negara.
Jadi apa yang berlaku sebenarnya di Istana Buckingham.
...
Pertama, siapa sebenarnya Putera Andrew?
Untuk faham beratnya kes ini, kita kena kenal siapa watak utamanya.
Status VVIP dan Wira Negara.
Dia adalah His Royal Highness (HRH) dan The Duke of York.
Kalau nak bandingkan dengan Malaysia, His Royal Highness (HRH) setaraf dengan "Duli Yang Teramat Mulia".
Ia menunjukkan seseorang itu adalah ahli keluarga diraja "senior" yang aktif menjalankan tugas rasmi mewakili Raja/Ratu.
Lebih hebat, sesiapa yang ada gelaran HRH perlu disembah (bow) atau diberi hormat (curtsy) oleh orang lain.
Mereka juga layak menerima kawalan keselamatan penuh dan dana awam (Sovereign Grant).
...
The Duke of York pula ialah adalah gelaran tradisi yang sangat berprestij.
Memegang gelaran ini bermakna Putera Andrew adalah orang kedua paling penting dalam hierarki adik-beradik lelaki selepas Putera Mahkota (Prince of Wales).
Bukan calang-calang Putera Andrew ini.
....
Selain reputasi dalam keturunan diraja, beliau juga ada peranan atau tugas penting yang membuatkan status sangat duhormati.
Sebab merupakan bekas juruterbang helikopter tentera laut yang berjuang dalam Perang Falklands (1982).
Kenapa macam gempak sangat?
Sebab dalam sejarah pe*rang ini, Putera Andrew yang baru umur 22 tahun, seorang anak raja dijadikan "Umpan Hidup" pe*lu*ru berp*andu (Missile Decoy).
Ini adalah tugas paling gila dan berbahaya.
Walhal Kerajaan British sebenarnya mahu memindahkan beliau ke tugas pejabat kerana bimbang jika anak Ratu mati atau ditangkap musuh, ia akan memberi kesan besar kepada negara.
Boleh buat satu negara malu dan terkesan.
Tetapi Andrew berkeras mahu pergi.
Apabila kapal HMS Invincible diserang oleh pel*uru berp*andu Exocet milik Argentina, helikopter Andrew diarahkan untuk terbang dan "terapung" (hover) di sisi kapal.
Menjadikan helikopter sebagai sasaran palsu supaya peluru berpandu itu menghentam helikopter atau terkeliru, bukannya menghentam kapal induk yang membawa ratusan nyawa.
Jasa dia besar sebab dia bersedia untuk gadaikan ny*awa sendiri untuk menyelamatkan kapal induk tersebut.
Sebab itu ramai orang ingat sampai sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CARI-HBZ at 11-2-2026 08:44 AM
Selain itu, antara jawatan penting yang dipegang juga ialah ialah Duta Khas Perdagangan & Pelaburan UK (UK’s Special Representative for International Trade and Investment) selama 10 tahun.
Tugasnya memprom*osikan ekonomi Britain ke seluruh dunia.
...
???? Sekarang pula?
Beliau telah hilang gelaran HRH.
Dilucutkan pangkat tentera.
Diusir dari pejabat di Istana Buckingham.
Kalau sebelum ini reputasinya dah tercemar teruk kerana kes dengan Virginia Giuffre.
Virigina dakwa dipaksa melakukan hubungan dengan Putera Andrew sebanyak tiga kali pada tahun 2001, ketika beliau baru berusia 17 tahun (bawah umur).
Andrew pula nafikan kenal Virginia, mendakwa berada di Pizza Express pada tarikh kejadian, dan memberi alasan pelik "tidak boleh berpeluh" (atas masalah kesihatan) untuk menyangkal dakwaan Virginia.
Sudahnya, Andrew tak berani lawan di mahkamah. Beliau ba*yar 70 12 juta po*und (R__M70 juta) untuk selesai luar mahkamah untuk menutup kes sivil tersebut tanpa mengaku bersalah.
Kes inilah yang menyebabkan Ratu Elizabeth II melucutkan gelaran tentera dan status HRH beliau sebelum ini.
Sekarang hanya hidup menyendiri, tiada tugas rasmi, dan digelar "bangsawan yang memalukan".
...
Skan*dal dan isu terbaru Februari 2026 telah terdedah, bukan saja soal peribadi.
Kalau dulu isunya moral, kali ini isunya jena*yah negara.
Dokumen mahkamah yang baru didedahkan (daripada fail DOJ Amerika Syarikat) menunjukkan satu bukti mengejutkan:
1)Semasa Andrew menjadi Duta Khas Perdagangan UK (2010), beliau didakwa telah membocorkan "rahsia sulit kerajaan" kepada Jeffrey Epstein.
2)Bayangkan, laporan sulit mengenai lawatan rasmi perdagangan dia pergi ke Singapura, Vietnam, dan China yang mengandungi strategi pelaburan dan maklumat sensitif kerajaan didakwa dihantar begitu sahaja melalui e-mel kepada Epstein.
Kenapa? Mungkin untuk membantu Epstein untuk? Jeng je jeng...
Macam yang tengah panas sekarang ini melibatkan Jeffrey Epstein.
...
Jika di UK, ini bukan main-main. Ini boleh jatuh di bawah kesalahan 'Salah Laku di Pejabat Awam' (Misconduct in Public Office) dan melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Anak raja tak anak presiden, langgar undang-undang keselamatan negara, alamatnya memang kena gegar lah.
---
Respon si abang, iaitu Raja Charles III.
Biasanya, istana akan diam atau cuba selindung macam negara lain. Tapi Raja Charles III ambil langkah drastik.
Baginda dilaporkan sedia bekerjasama dan menyokong siasatan polis UK terhadap adindanya sendiri.
Maksudnya, Raja Charles pilih 'Intergriti Institusi' berbanding 'Ikatan Darah'.
Istana Buckingham malah mengeluarkan kenyataan "kebimbangan mendalam" (profound concern)
Kalau dalam bahasa diplomatik, ini bermaksud: "Kami takkan tolong dia kali ini."
...
Kisah Putera Andrew ini adalah peringatan keras tentang kejatuhan dari puncak kuasa.
Dulu dipuja sebagai wira, kini mungkin disiasat seperti penjenayah biasa kerana salah guna kuasa dan kedudukan.
Tiada siapa yang terlalu besar untuk jatuh , waima seorang Putera Raja sekalipun.
Raja Charles III nampaknya faham satu perkara: Untuk menyelamatkan kapal besar (Monarki, Negara atau Pentadbiran Yang Bagus), kadang-kadang kita terpaksa buang muatan yang berpenyakit, walaupun muatan itu adalah adik sendiri.
...
Sebab itu buat para pemimpin.
Besar manapun jasa kita, jangan rasa bongkak dan cuba-cuba nak rosakkan negara.
Bagaimana nak jasa jadi kenangan,
Kalau kerak yang rosak lebih banyak dari nasi yang dimasak...
Siapa yang nak puji? ????
Sumber : Mohammad Nazri Haris
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
seram tengok video2 Epstein kat twitter...memang betul gila kalau golongan elite dunia mesti perangai pelik dan buat benda scary |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 11-2-2026 12:31 PM
semoga jadi pedo man
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dedulu ex wife je yg asyik terpalit skandal. Rupanya sekufu je dedua. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Prince andrew semasa muda hensem
Semoga ramai memaafkan prince andrew...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dari file DOJ, yg mana sempat save tu dpt la tgk & yg org viralkan tu sikit je.. tp skrg dlm DOJ dah tggl PDF file je, ms awal2 aku buka ada lg Video & Photo file (menyesal juga tak tgk cuma save je link nk tgk nnt )
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
i see...mmg x dapat tgk dah laa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
blh kot tgk yg org upload dlm X & IG tp tak byk sgt la.. video2 dia blh buat anxiety
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gitulah king yang sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|