CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22549|Reply: 5

[Tempatan] RM3 Bagi Seekor Tikus Termasuk Bangkai, Kaunter Pembelian Tikus MPAJ Kini Dibuka

[Copy link]
Post time 11-2-2026 01:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-2-2026 09:34 AM





RM3 Bagi Seekor Tikus Termasuk Bangkai, Kaunter Pembelian Tikus MPAJ Kini Dibuka
Langkah ini diharapkan dapat membantu mengurangkan risiko penularan penyakit serta masalah kebersihan.

Usaha membanteras masalah tikus di kawasan perbandaran kini tampil dengan pendekatan berbeza apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengumumkan tawaran pembelian tikus pada harga RM3 seekor sempena Kempen Membasmi Tikus MPAJ 2026.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan mengawal populasi tikus, malah menggalakkan penglibatan komuniti dalam memastikan persekitaran lebih bersih dan selamat.

Menerusi kempen tersebut, MPAJ akan membuka Kaunter Pembelian Tikus selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Februari 2026, dari Sabtu hingga Jumaat.

Kaunter berkenaan akan beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan bertempat di Pasar Pandan Jaya.
Gambar sekadar hiasan.
Semua tikus yang dihantar akan dibeli pada kadar RM3 bagi setiap ekor

Menurut kenyataan MPAJ, semua tikus yang dihantar sama ada dalam keadaan hidup atau bangkai layak dibeli pada kadar RM3 bagi setiap ekor.

Langkah ini diharapkan dapat membantu mengurangkan risiko penularan penyakit serta masalah kebersihan yang sering dikaitkan dengan pembiakan tikus di kawasan tumpuan awam.

"Semua tikus yang dihantar (tikus hidup atau bangkai tikus) akan dibayar pada kadar RM3 per ekor," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung kempen ini boleh menghubungi Puan Rosniza binti Che Harun atau Encik Mohd Faridz bin Mokhtar di talian 03-4285 7007.

MPAJ turut mengajak penduduk setempat untuk bersama-sama menjayakan Kempen Membasmi Tikus MPAJ 2026 sebagai usaha kolektif menjaga kebersihan, kesihatan awam dan kesejahteraan komuniti.

https://says.com/my/seismik/rm3-bagi-seekor-tikus-termasuk-bangkai-kaunter-pembelian-tikus-mpaj-kini-dibuka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 01:32 AM | Show all posts
Jika ada forumers yang duduk di ampang jangan lepaskan peluang ini!


Bagus untuk Rohingya satu peluang pekerjaan untuk mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:36 AM | Show all posts
Mungkin juga kau orang boleh tangkap tikus sawah di seluruh malaysia dan dibawa ke ampang untuk di jual RM3 sekor!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kegigihan hirup bau bangkai tikus 3 hari mati
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-2-2026 01:36 AM
Mungkin juga kau orang boleh tangkap tikus sawah di seluruh malaysia dan dibawa ke ampang untuk di j ...

Wow kaya kaya

Jual tikus pun boleh kaya

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:23 AM | Show all posts
bagus la.. staf2 MPAJ tu bole fokus buat keje2 lain.. penguatkuasaan mana2 yang bole delegate ke komuniti.. bagi je komuniti buat..
komuniti yang nampak and lalui hari2..

harap ada kaunter untuk terima anjing liar jugak.. maybe RM25 per stray dog?
cuma kena hantar dalam keadaan hidupla..
kang saje pedajal anjing jiran pulak. naya je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.856481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list