CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16338|Reply: 0

[Kedah] Ular sawa 70 kg baham ayam penduduk ditangkap APM

[Copy link]
Post time 10-2-2026 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Ular sawa 70 kg baham ayam penduduk ditangkap APM

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Anggota APM menangkap ular sawa dalam reban yang baru selesai menelan ayam milik penduduk di Kampung Batu 22, Jalan Selama. FOTO IHSAN APM




Bandar Baharu: Bunyi bising di kawasan reban ayam membongkar kehadiran seekor ular sawa berhampiran rumah penduduk di Kampung Batu 22, Jalan Selama, di sini tengah malam tadi.

Ular sawa berkenaan dipercayai baru membaham ayam di reban itu dan kejadian disedari pengadu, wanita berusia 56 tahun yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.54 tengah malam tadi.

Katanya, sepasukan anggota dari APM Bandar Baharu bergegas ke lokasi untuk menangkap ular sawa berkenaan.

"Ular sawa yang panjangnya lebih tiga meter dan berat 70 kilogram (kg) itu akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat APM untuk perlindungan sementara waktu sebelum diserahkan pada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

"Operasi tamat pada jam 1.35 pagi selepas ular berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

"Cuaca panas ketika ini menyebabkan ular keluar dari habitatnya untuk mencari perlindungan terutama di rumah penduduk," katanya.

Katanya, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan menghubungi pasukan penyelamat untuk membantu menangkap ular bagi mengelak sebarang risiko.



Disiarkan pada: Februari 10, 2026 @ 9:15am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321000/ular-sawa-70-kg-baham-ayam-penduduk-ditangkap-apm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037396 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list