CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10877|Reply: 0

[Sarawak] Operasi JIM Miri: 76 warga asing diberkas hasil maklumat awam

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:32 AM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Gambar JIM Sarawak

MIRI: Seramai 76 warga asing yang disyaki melakukan kesalahan imigresen berjaya diberkas dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Cawangan Miri di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini.

Operasi yang dilaksanakan hasil maklumat awam itu melibatkan seramai 30 pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Imigresen Bahagian Miri, dengan tindakan diambil bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 17 premis telah diperiksa membabitkan tapak pembinaan, kedai makan, bilik sewa dan rumah persendirian yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas sah.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 185 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 76 orang telah ditahan membabitkan 66 warga Indonesia dan 10 warga Filipina.

Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu masuk dan berada di negara ini tanpa dokumen atau pas yang sah.

Dalam operasi sama, seorang warganegara Malaysia turut ditahan kerana dipercayai bertindak sebagai majikan kepada sebahagian warga asing terbabit dan disyaki melanggar peruntukan undang-undang berkaitan.

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut prosedur undang-undang yang berkuat kuasa.

Operasi dua hari yang bermula pada 5 Februari itu telah berakhir kira-kira jam 6 pagi 6 Februari.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.852864 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list