CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16568|Reply: 0

[Sabah] Agama tidak wajar dipolitikkan, cetus perpecahan masyarakat

[Copy link]
Post time 7-2-2026 12:55 PM | Show all posts |Read mode


JIMMY

KOTA KINABALU: Agama tidak seharusnya diperalatkan sebagai modal politik sehingga mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat majmuk, kata pengulas politik tempatan era baharu, Jimmy Lai.

Terdahulu, ia susulan kontroversi melibatkan tindakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mempertikaikan penggunaan beberapa istilah budaya dan agama oleh bukan Islam.

Jimmy berkata, isu yang dibangkitkan di Parlimen oleh wakil rakyat DAP berhubung penggunaan istilah tertentu bukanlah perkara baharu.

Katanya, perkara itu sebaliknya mencerminkan corak pemikiran politik yang kaku, bersifat emosional dan kurang rasional, serta tidak selari dengan semangat keterangkuman dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama.

“Agama pada asasnya adalah sesuatu yang indah. Nilai terasnya ialah membimbing manusia ke arah kebaikan dan memupuk keharmonian sosial.

“Namun, amat dikesalkan apabila ajaran agama sering dipetik secara terpisah, ditafsir secara selektif dan akhirnya dijadikan alat politik sehingga mencetuskan perpecahan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jimmy yang juga pengasas ideologi Kesepaduan Rakyat menegaskan bahawa masalah sebenar bukan terletak pada agama, sebaliknya pada sikap segelintir pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan tertentu.

Sebagai seorang bukan Muslim, beliau menolak dakwaan bahawa penggunaan istilah agama atau budaya tertentu boleh mengelirukan akidah atau menyebabkan perubahan pegangan.

Katanya, golongan bukan Islam tidak pernah berasa keliru hanya kerana mempelajari, mendengar atau menggunakan istilah berkenaan.

“Usaha memahami dan menggunakan istilah berkenaan dengan niat yang baik adalah satu bentuk penghormatan terhadap perbezaan budaya, malah mampu merapatkan hubungan antara komuniti serta mengukuhkan keharmonian sosial,” katanya.

Beliau turut memberi contoh amalan saling mengucapkan perayaan seperti sambutan Tahun Baharu Cina, di mana ungkapan ‘Gong Xi Fa Cai’ digunakan secara meluas tanpa sebarang unsur dakwah agama, sebaliknya sebagai simbol perkongsian kegembiraan dan doa yang baik.

Menurutnya, di banyak negara Arab, istilah agama yang sering dipersoalkan turut digunakan secara meluas oleh masyarakat Muslim dan bukan Muslim dalam kehidupan harian tanpa menimbulkan kekeliruan akidah atau konflik agama.

“Dakwaan bahawa penggunaan istilah tersebut boleh mengelirukan pegangan rakyat bukan sahaja tidak berasaskan fakta, malah meremehkan tahap kematangan dan kebijaksanaan masyarakat,” katanya.

Jimmy menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang agama dan budaya dibina atas asas saling menghormati dan toleransi, selari dengan prinsip kebebasan beragama dan kepelbagaian budaya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyeru pemimpin politik agar memikul tanggungjawab menyatukan rakyat dan tidak terus menjadikan isu agama serta kaum sebagai modal politik jangka pendek yang boleh menjejaskan perpaduan dan kepercayaan masyarakat.

“Keimanan yang tulen seharusnya menyatukan manusia, menyemai kebaikan dan memupuk keharmonian, bukannya dijadikan alasan untuk mencetuskan ketakutan, sikap eksklusif dan pertentangan.

“Sebuah negara yang matang dan progresif perlu dibina atas asas kefahaman, rasionaliti dan keterangkuman, sambil menekankan bahawa agama seharusnya menjadi jambatan perpaduan, bukan senjata untuk memecah-belahkan masyarakat,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.366579 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list