CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26731|Reply: 0

[Sarawak] AirBorneo sahkan tempahan lapan pesawat ATR, tingkat RAS

[Copy link]
Post time 6-2-2026 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Abu Bakar (kanan) dan Nathalie (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Megat (dua kanan) dan Naib Presiden Kanan Komersial ATR Alexis Vidal.

SINGAPURA: AirBorneo telah menandatangani perjanjian bagi mengesahkan tempahan muktamad lapan pesawat ATR serta hak pembelian bagi empat pesawat tambahan untuk memodenkan armada Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) Malaysia.

Majlis menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan ATR itu berlangsung di Singapura pada Khamis antara wakil kedua-dua pihak disaksikan Pengerusi AirBorneo Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Pegawai Eksekutif ATR Nathalie Tarnaud Laude.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah AirBorneo Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar, Dato Sri Saferi Ali, Dato Sri Abdullah Zaidell, Datu Hasmawati Sapawi serta pasukan pengurusan yang lain.

Di bawah perjanjian perkongsian itu, AirBorneo mengesahkan tempahan lapan pesawat ATR terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600, dengan penghantaran pesawat dijadualkan antara tahun 2027 dan 2029.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata, perkongsian dengan ATR ini menandakan satu pencapaian besar dalam komitmen AirBorneo untuk menyediakan perkhidmatan udara yang boleh dipercayai, selamat dan moden kepada komuniti.

“Armada ATR-600 baharu kami akan memperkukuh rangkaian (RAS) dengan ketara melalui peningkatan keselesaan, kecekapan yang lebih tinggi serta keupayaan operasi yang diperlukan bagi memastikan kesalinghubungan serantau di Malaysia Timur.

“Platform ATR telah terbukti paling sesuai untuk persekitaran operasi kami dan peningkatan kepada siri 600 terkini memastikan kami dapat terus menyediakan hubungan penting sambil mempersiapkan AirBorneo untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu Nathalie berkata, keputusan AirBorneo untuk melabur dalam ATR 72-600 dan ATR 42-600 mencerminkan kekuatan dan kepelbagaian keluarga ATR serta kesesuaiannya untuk operasi serantau yang mencabar.

“ATR 42-600, dengan kecekapan luar biasa dan kos operasi yang rendah, amat sesuai untuk laluan serantau berkepadatan rendah, manakala ATR 72-600 menyediakan kapasiti tambahan di laluan yang memerlukannya.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan AirBorneo dalam memperkukuh kesalinghubungan udara yang boleh dipercayai di seluruh Borneo dan rantau sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, tempahan pesawat ATR ini telah dimuktamadkan pada akhir tahun 2025 bagi menyokong strategi pembaharuan armada jangka panjang AirBorneo susulan pengambilalihan MASwings oleh Kerajaan Sarawak pada tahun 2025 dan penjenamaan semula sebagai AirBorneo.

Ketika ini, AirBorneo mengendalikan lapan pesawat ATR 72-500 yang diwarisi daripada MASwings.

Pengenalan pesawat ATR 42-600 dan ATR 72-600 akan membolehkan AirBorneo meningkatkan pengalaman penumpang, kebolehpercayaan operasi serta keupayaan perkhidmatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:02 PM GMT+8 , Processed in 1.750993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list