CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20724|Reply: 3

‘Kalau anak mengadu demam, jangan paksa mereka ke sekolah’ - Diana Danielle

[Copy link]
Post time 6-2-2026 11:27 AM | Show all posts |Read mode





Hati pelakon Diana Danielle cukup tersentuh saat anak sulungnya, Muhammad memohon maaf kerana berasakan diri banyak membebankan ibunya selepas lumpuh pada bahagian muka akibat jangkitan demam virus.

Tidak dapat menahan sebak, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 36, menyifatkan kata-kata anaknya itu memberikan impak emosi yang sangat besar sehingga membuatkan dia diselubungi rasa bersalah.

“Dia minta maaf sebab Muhammad menyusahkan ibu (Diana), saya kena jaga dia, tak boleh pergi kerja dan sebagainya.

“Saya katakan dia amanah saya dan walau apa pun, saya ada di sini dan akan menjaga dia. Jadi kita pula yang saya rasa bersalah dengan semua ini, rasa dunia saya gelap.

“Tapi alhamdulillah sekarang dia okey dan saya kongsi sebab mahu bagi saranan pada ibu bapa di luar sana, kalau anak-anak demam, selsema atau batuk, kurangkan aktiviti mereka dan bagi mereka rehat. Jangan paksa mereka lakukan rutin mereka dan pergi sekolah.

“Itu antara kesilapan saya, pada minggu dia awal sakit, saya dengar cakap anak, dia kata okey dan pergi ke latihan bola sepak serta bersekolah. Saya meremehkan penyakit viral sekarang ini,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran produk Numinara, semalam.

Pada masa sama, pelakon filem Imaginur itu terharu menerima banyak sokongan selain memaklumkan niatnya berkongsi mengenai Muhammad hanyalah sebagai pengajaran buat ibu bapa lain.

“Saya rasa tersentuh sebab ramai yang mesej mendoakan dan rasa bimbang. Jadi sebagai seorang ibu saya rasa sangat bertuah sebab saya dapat menggunakan platform saya untuk perkara sebegini.

“Niat saya berkongsi mengenai Muhammad, adalah saya tak mahu budak lain melalui seperti apa yang dia lalui.

“Saya sebagai ibu, sudah cuba sedaya upaya untuk mengawal demamnya yang ‘on’ dan ‘off’ selama tiga minggu,” ujarnya lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu sempat berkongsi keadaan terkini puteranya yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan meskipun masih cepat berasa letih.

“Muhammad sudah boleh gerakkan bibir, muka dan sudah boleh pergi sekolah. Dia masih lagi rasa letih dan kerap tidur tapi dia sangat kuat.

“Dia ambil darah nak dekat lima kali, melihat itu saya faham bagaimana kuatnya ibu bapa lain yang berhadapan situasi sama. Tapi saya tak tunjuk kesedihan saya depan Muhammad, kami berdua memang sangat penat.

“Tiga minggu kami tak cukup tidur dan dalam seminggu, Muhammad juga mengalami alergi pada antibiotik walaupun sebelum ini dia tak pernah alergi pada apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, Diana berdepan detik cemas apabila anak lelakinya disahkan mengalami lumpuh muka namun kini sudah dibenarkan keluar wad.

Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil pada 3 November 2012 namun bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac 2025.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 13 dan Nur Aurora, 11.

Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2026 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal takde org komen sini

Bapaknya x tlg bergilir jaga kt ward ke? Ke betul bapaknya okg
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberi kesembuhan.. Aamiinn
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian budak2 sakit...
Aku takleh tgk budak2 sakit or meninggal.mesti sedih or nangis. Maybe aku kena hide or block ig elly mazlein sbb dia suka share content visit budak2 sakit pastu meninggal. Aku tgk malam2.. menangis2 padahal aku tengah tgk video kelakar dia. Random sgt ig elly mazlien
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.484441 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list