CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29289|Reply: 0

[Kedah] Chijioke peledak baharu Kedah FA

[Copy link]
Post time 5-2-2026 02:15 AM | Show all posts |Read mode
Chijioke peledak baharu Kedah FA

Izzali Ismail[email protected]





CHIJIOKE bakal mantapkan serangan skuad kendalian ketua jurulatih, Victor Andrag. FOTO PERSATUAN BOLA SEPAK KEDAH




Alor Setar: Sentuhan penyudah terus menjadi fokus utama buat Kedah FA apabila menyenaraikan penyerang berpengalaman dari Nigeria, Chukwu Nnabuike Chijioke bagi meneruskan cabaran Liga A1 Semi Pro hingga ke hujung musim ini.

Kemasukan Chijioke, 29, yang pernah bersama skuad Terengganu FC pada musim 2024/2025 diumumkan semalam melalui laman rasmi skuad berkenaan, sekali gus diyakini dapat menambah sengat di ruang serangan skuad kendalian ketua jurulatih, Victor Andrag yang inginkan penambahan jumlah jaringan.

"Chukwu Nnabuike Chijioke adalah pemain import dari Nigeria yang beraksi di posisi penyerang dan dia memiliki kekuatan fizikal, kepantasan serta naluri jaringan yang tajam.

"Nama yang tidak asing lagi dalam saingan bola sepak Malaysia dengan sentuhan penyudah yang berkesan.

Beliau memiliki pengalaman beraksi di pentas domestik, dan akan hadir sebagai satu elemen penting untuk melengkapkan jentera serangan Kedah FA.

"Kehadirannya juga dijangka memberi dimensi baharu, tenaga segar dan ancaman berterusan kepada pertahanan lawan untuk saingan pusingan kedua Liga A1 Semi Pro pada musim ini," menurut Kedah FA yang sekadar memperolehi jumlah 25 gol setakat 19 perlawanan berlangsung.

Sementara itu Victor turut mengharapkan sentuhan penyerang licik dari Nigeria itu mampu mempertingkatkan lagi jumlah jaringan yang diharapkan skuadnya.

"Saya berharap dengan pengalaman yang ada pada Chijioke sebelum ini dapat membantu pasukan dalam jentera serangan.

Ketajaman penyudah yang sebelum ini dilihat tumpul, diharap dapat ditambah baik," katanya.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 12:35pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2026/02/1318782/chijioke-peledak-baharu-kedah-fa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 1784 Replies : 2
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 808 Replies : 0
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 909 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1920 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2222 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3131 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3133 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 1.755629 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list