CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26979|Reply: 4

[Jenayah] Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis

[Copy link]
Post time 5-2-2026 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 5-2-2026 01:20 AM
Suspek kes bunuh ibu hutang dengan 'ah long', dibebani sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing


Suspek kes bunuh ibu hutang dengan 'ah long', dibebani sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing
ALOR SETAR: Siasatan awal polis mendapatii suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri mempunyai hutang pinjaman 'ah long' yang dibuatnya di Pulau Pinang.




Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata suspek juga dibebani masalah hutang bagi melunaskan sewa motosikal RM700 sebulan untuk p-hailing dan membayar sewa biliknya.

Beliau berkata, bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain masalah hutang berkenaan.

Selain itu, katanya, polis juga masih meneruskan usaha mengesan barang kes.

"Dalam pada itu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kesan luka tikaman di bahagian dada (stab wound to the chest).

"Luka tikaman pada paru-paru kiri dan jantung yang menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh masa yang singkat.

"Doktor turut mengesahkan kecederaan luka tikam dan luka hiris pada badan si mati adalah disebabkan oleh objek keras dan tajam seperti pisau dapur, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Zahrullail Basir, 52, yang juga eksekutif operasi sebuah bank ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman di badan yang dipercayai dibunuh anaknya, Isnin lalu.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anak sulung si mati pada jam 8.34 malam kelmarin dalam sebuah bas persiaran yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke Selangor.

Suspek berusia 29 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam hingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber:buletintv3.My

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ibu mati dlm keadaan mcm tu, suspek ni msti dh 'study' dulu sblum tikam. Klau org x tau msti main tikam je. Pndpat iols la
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:19 AM | Show all posts
kenapa bunuh?

sbb maknya tak tolong byrkan hutang ke?



sian kt adik2
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:05 AM | Show all posts
sanggup dia tikam mak sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:53 AM | Show all posts
kesian mak
membesarkan pembunuh sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 30322 Replies : 34
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20765 Replies : 7
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40466 Replies : 408
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 23894 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 04:45 PM GMT+8 , Processed in 3.634840 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list