CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32103|Reply: 0

[Kedah] Tindakan sendiri pukul ular tedung selar boleh ragut nyawa

[Copy link]
Post time 4-2-2026 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan sendiri pukul ular tedung selar boleh ragut nyawa

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Mohd Bukhori Mat Sidik




Alor Setar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri memukul atau mencederakan ular terutama spesis berbisa kerana ia boleh mengancam keselamatan mereka.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata, tindakan yang diambil sendiri itu boleh meragut nyawa jiwa dipatuk ular terutama spesis tedung selar atau King Cobra.

Beliau berkata, sekiranya berhadapan dengan ular yang masuk dalam kediaman penduduk atau reban haiwan ternakan, mereka boleh menghubungi pasukan penyelamat untuk menangkap ular itu.

"Kami mempunyai anggota APM yang berkemahiran dan terlatih dalam mengendalikan haiwan berbisa seperti ular dan sebagainya.

"Anggota kami akan menggunakan penjerut dan pencakuk untuk menangkap ular dan dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang ke pejabat.

"Selepas itu ular yang ditangkap itu akan diserahkan kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut, " katanya ketika ditemui di Kompleks APM Kota Setar di Anak Bukit, di sini, hari ini.

Beliau mengulas berkaitan video tular yang didakwa berlaku di Kedah yang menunjukkan seorang lelaki memukul seekor ular tedung selar yang masuk ke dalam kediamannya dengan sebatang kayu.

Tindakan lelaki itu mengundang bahaya kerana ular tedung selar itu mengembangkan kepalanya dan cuba menyerang lelaki berkenaan.

Mohd Bukhori berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kes berkaitan kes itu dan tidak tahu kejadian berlaku di mana walaupun hanya dimaklumkan di Kedah.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mengancam nyawa.

"Kalau tengok video itu, memang bahaya kerana ular tedung selar adalah spesis paling bahaya.

"Ini kerana ular tedung selar akan bertindak agresif lebih-lebih lagi ketika cuaca panas ini," katanya.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 4:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318897/tindakan-sendiri-pukul-ular-tedung-selar-boleh-ragut-nyawa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 1784 Replies : 2
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 808 Replies : 0
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 909 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1920 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2222 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3131 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3133 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.907896 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list