CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32079|Reply: 0

[Pulau Pinang] JAS ambil sampel air Sungai Air Terjun kesan punca pencemaran

[Copy link]
Post time 4-2-2026 06:35 PM | Show all posts |Read mode
JAS ambil sampel air Sungai Air Terjun kesan punca pencemaran

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel air di Sungai Air Terjun, Jalan York, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil sampel air di Sungai Air Terjun di Jalan York, di sini, bagi pemeriksaan lanjut.

Ia susulan laporan Harian Metro mengenai penemuan udang dan ikan pelbagai saiz yang mati, selain baunya busuk hingga meresahkan penduduk.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, laporan daripada JAS itu dijangka diterimanya hari ini.

"Saya terima aduan mengenai sungai yang dikhuatiri tercemar itu termasuk sungai di Jalan Waterfall iaitu di lokasi berlangsung acara keagamaan Thaipusam baru-baru ini.

"JAS sudah lakukan pemantauan dan laporan yang disediakan dijangka diperoleh hari ini supaya kita boleh ambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sundarajoo berkata, masalah berkenaan pernah berlaku sebelum ini pada musim perayaan Thaipusam.

Katanya, kemungkinan besar air berkenaan dicemari oleh susu basi yang dibuang ke dalam sungai berhampiran.

"Ia adalah kemungkinan kerana ia pernah berlaku pada musim perayaan itu sebelum ini.

Saya juga sudah bertanya kepada pihak jawatankuasa di dua rumah ibadat di situ.

"Mereka menafikan membuang susu yang digunakan bagi tujuan bernazar itu ke dalam sungai dan mendakwa menguruskannya dengan kaedah betul.

"Saya yakin kedua-dua rumah ibadat di tepi sungai itu tidak membuang susu, cuma saya risau mungkin penganut yang datang bawa susu itu, mereka buang ke dalam sungai apabila ia sudah masam.

"Hidupan yang mati itu terapung dan mengeluarkan bau busuk apabila tersangkut di tebing atau pada sampah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah mencemar sungai atau laut.

"Kita akan terus pantau, kalau kita boleh kenal pasti punca pencemaran sungai ini sama ada (membabitkan) perseorangan ataupun organisasi, tindakan sewajarnya akan diambil.

"Mungkin selepas ini kita akan buat kempen tegah buang susu ke dalam sungai dengan meletak papan tanda amaran di sekitarnya," katanya.

Sementara itu, tinjauan di Sungai Air Terjun mendapati beberapa kakitangan JAS sudah mengambil sampel air serta lakukan pemantauan.

Difahamkan keadaan air berada pada tahap baik, namun sampel perlu diambil bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Semalam Harian Metro melaporkan penemuan bangkai ikan di Sungai Air Terjun yang menimbulkan kebimbangan kemungkinan pencemaran air, selain menyebabkan bau busuk hingga menjejaskan persekitaran penduduk berhampiran.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 4:49pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318917/jas-ambil-sampel-air-sungai-air-terjun-kesan-punca-pencemaran




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 1784 Replies : 2
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 808 Replies : 0
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 909 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1920 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2222 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3131 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3133 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 1.206853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list