CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30297|Reply: 7

[Dunia] Mati beku dalam peti sejuk, keluarga saman RM196 juta

[Copy link]
Post time 4-2-2026 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Miami: Keluarga seorang wanita yang dibiarkan membeku hingga mati di dalam peti sejuk sebuah pasar raya di Florida, Amerika Syarikat, menyaman pengurus kedai berkenaan kerana didakwa gagal memastikan keselamatan pelanggan.

Memetik Metro UK, mayat Dr Helen Massiell Garay Sanchez yang tidak berpakaian ditemukan oleh seorang pekerja, di premis Dollar Tree pada pagi 14 Disember tahun lalu.

Polis Miami berkata, tiada bukti bahawa pakar bius berusia 32 tahun itu, dipaksa masuk ke dalam peti sejuk, tetapi masih misteri bagaimana dia terperangkap di dalamnya.

Difahamkan, saman bernilai AS$50 juta (kira-kira RM196.3 juta) meletakkan kesalahan kepada pengurus kedai, Yanelkis Gonzalez, kerana gagal mencari Dr Sanchez walaupun sudah diberitahu wanita itu hilang di premis berkenaan.

Berdasarkan tuntutan saman itu lagi, pengurus itu didakwa gagal menemukan Sanchez di dalam peti sejuk, dan memanggil bantuan kecemasan pada masa yang sesuai.


"Gonzalez juga dituduh gagal melaksanakan, melatih pekerja dan menguatkuasakan polisi penutupan untuk memastikan semua pelanggan, termasuk Sanchez, keluar sebelum kedai ditutup," katanya.

Dalam pada itu, keluarga Dr Sanchez berkata, peti sejuk berkenaan sudah rosak dan pekerja kedai gagal menghalang pembeli daripada masuk ke dalamnya.

Pada pagi hari kejadian, seorang pekerja menemukan mayat mangsa di dalam penyejuk dari bilik stok dan menghubungi talian kecemasan.

Media tempatan mengandaikan mayatnya mengalami hipotermia yang boleh menyebabkan seseorang menanggalkan pakaian sebelum mati.

Hipotermia boleh membuat mangsa berasa terlalu panas, menyebabkan mereka menanggalkan pakaian yang dipakai.

Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 12:41pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 06:18 PM | Show all posts
kesiannya alahai..cantik lak tu...pakar bius...tp kenapa dia masuk dlm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cs , tapi owner kedai yg disalahkan kah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.teringat cite hindi kes sama tp bapak die sempat selamatkan anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian dia kat mana?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 4-2-2026 06:18 PM
kesiannya alahai..cantik lak tu...pakar bius...tp kenapa dia masuk dlm tu?

Tgk gambar tadi ingatkan india. Tapi mmg cantiklah.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:40 AM | Show all posts
tak saman polis sekali ke

bukan keja depa ke yg sepatutnya buat siasatan di setiap inci crime scene

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.412188 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list